Followers

Monday, 26 September 2016

Moto GP Valentino Rossi Tempat Ke-3 Dalam Perlumbaan di Aragon

Moto GP. Sejak kebelakangan ni kalau ada race moto GP confirm aku tengok. Aku nak tengok Rossi je sebenarnya. Valentino Rossi ni kalau tengok fans dia je da tau macam mana populariti dia. Ramai nak mampus fans dia. Semua pakai baju kuning kehijauan plak tu.

Race baru-baru ni yang dekat litar Aragon hari Ahad lepas (25/09/2016) tu Valentino Rossi berjaya menduduki tempat ke-3 setelah ditewaskan oleh Mark Marquez dan Jorge Lorenzo. No 3 pun tak apa. Still naik podium jugak kan.


Sumber gambar


Selain berkali-kali menyandang gelaran juara Moto GP apa lagi keistimewaan Valentino Rossi ni ye?

Haaa... sebab yang pertama ni tak payah cakap pun semua orang tau. Apa dia tu? Hehehe...

Yang pertama mesti la sebab Valentino Rossi ni good looking. Handsome la senang cerita. Yang kedua, dia ni humble sangat. Semua peminat dia layan baik je. Susah la nak jumpa bintang popular yang tak sombong macam Valentino Rossi ni.

Lagi?

Nanti aku fikirkan apa lagi kelebihan Valentino Rossi ni di mata gadis Melayu.

Siapa bilang gadis Melayu tak menawan? Ehhh??? Da kenapa melalut ni... ni la namanya mood sewel da datang...hahaha...

Maklum la tidur pun tak cukup. Pukul 4 pagi da bangun pastu sampai sekarang da pukul 10.30 malam belum tidur lagi. Tu la pasalnya duk merepek je ni...kuikuikui

Ok, kita sambung lagi cerita pasal rider moto GP si Valentino Rossi ni. Kalau korang nak tau penggunaan Bahasa Inggeris Rossi ni da semakin bagus walaupun slang Itali tu still jelas kedengaran.

Keputusan Perlumbaan Moto GP di Twin Ring Motegi Japan

No comments:

Post a Comment