Followers

Saturday, 27 August 2016

Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC

Bukan semua orang bernasib baik dapat peluang untuk melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam bidang yang mereka inginkan disebabkan pelbagai kekangan terutamanya tidak melepasi syarat-syarat am seperti keputusan SPM yang tak cemerlang. Tapi kalau nak belajar tak jadi masalah besar pun sebenarnya sebab masih wujud organisasi seperti Selangor Human Resources Development Centre (SHRDC) yang menawarkan program latihan dan kemahiran untuk belia.



Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC



Belia yang saya maksudkan disini adalah belia lepasan SPM, SKM Tahap 3, dan Diploma. Program ini dinamakan Program Perantisan Kemahiran Belia. Sebelum itu, apa kata kita berkenalan dengan SHRDC ni terlebih dahulu.

Siapakah SHRDC?


  • SHRDC ditubuhkan pada 14hb Febuari 1992.
  • Misi mereka adalah untuk membangunkan ketrampilan ataupun kemahiran dan kualiti bagi individu dan organisasi untuk meningkatkan prestasi industri bagi negeri Selangor.
  • Penubuhan SHRDC melalui kerjasama diantara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Selangor, & Industri.


Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC



Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC


Program yang Ditawarkan untuk Belia Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)


Objektif Program


  • Memenuhi permintaan terhadap kemahiran teknikal bagi sektor perkilangan.
  • Membangunkan karier pelatih dengan memberi peluang latihan.
  • Memberi peluang mendapat kelulusan dan persijilan.
  • Memberi peluang pekerjaan.


Bagi belia lepasan SPM terdapat tiga (3) program yang boleh disertai, iaitu:-


  • WTTP - Industrial Automation Engineering (Penyeliaan Kejuruteraan Industri Automasi)

  • WTTP - Solar Technology (Pemasangan & Penyelenggaraan Sistem Solar)

  • YES - Manufacturing Technology (Kejuruteraan Teknologi Pembuatan)

 

1. WTTP - Industrial Automation Engineering (Penyeliaan Kejuruteraan Industri Automasi)


Tempoh program ini adalah selama 18 bulan latihan & OJT. Selepas tamat program, pelatih akan dianugerahkan Sijil MC-091-3:2013 Industrial Automation Engineering Supervision dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (Single Tier).


Struktur Program






Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC




Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC


SILA DAFTAR PROGRAM INI DI SINI


2. WTTP - Solar Technology (Pemasangan & Penyelenggaraan Sistem Solar)


Tempoh Program WTTP - Solar Technology (Pemasangan & Penyelenggaraan Sistem Solar) ialah 6 bulan latihan & OJT. Manakala SIJIL pula akan ditauliahkan oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA), Malaysia. 



Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC



Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC

SILA DAFTAR PROGRAM INI DI SINI



3. YES - Manufacturing Technology (Kejuruteraan Teknologi Pembuatan)


Tempoh latihan program YES - Manufacturing Technology (Kejuruteraan Teknologi Pembuatan) ialah 6 bulan latihan & OJT. Pelajar yang tamat pengajian dan lulus ujian peperiksaan akan dianugerahkan Certificate II in Engineering oleh Box Hill Institute Melbourne, Australia.

Kejuruteraan Teknologi Pembuatan ini seperti kursus-kursus latihan Injection Moulding yang diaplikasikan dalam kilang-kilang pembuatan plastik yang mana ianya digunakan hampir setiap hari dalam kehidupan kita. Gambar di bawah ini adalah mesin memproses plastik dari bahan mentah yang dihasilkan oleh Petroleum sehingga menjadi satu bentuk plastik yang sedia untuk digunakan selepas dihantar ke kilang seterusnya untuk proses menebuk lubang atau menghasilkan tangkai.

Menarik kan???


Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC


Struktur Program 


Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC


Syarat Kemasukan untuk Belia lepasan SPM


  • Rakyat Malaysia
  • Lepasan SPM
  • Berumur 24 tahun dan ke bawah
  • Tidak bekerja sewaktu berlansungnya program

Kelebihan Program


  • Persediaan ke alam pekerjaan
  • Yuran ditanggung sepenuhnya melalui geran latihan kemahiran.
  • Elaun RM300 sebulan & Elaun tambahan dari Syarikat minimum RM300 semasa tempoh latihan sangkutan (OJT).
  • Peluang pekerjaan.

SILA DAFTAR PROGRAM INI DI SINI


Program Yang Ditawarkan Untuk Belia Lepasan SKM Tahap 3 & Diploma


Objektif Program


Objektif program yang ditawarkan untuk belia lepasan SKM Tahap 3 dan Diploma ini adalah untuk meningkatkan bilangan ahli teknologi dan jurutera yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan, bagi industri di Malaysia dengan standard yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Bagi belia lepasan SKM Tahap 3 dan Diploma, terdapat hanya satu (1) program latihan dan kemahiran ini iaitu Malaysia Meister in Mechatronic.


1. Malaysia Meister in Mechatronic


Tempoh program Malaysia Meister in Mechatronic ini ialah selama 24 bulan bekerja termasuk latihan. Pelajar yang tamat program dan lulus peperiksaan akhir akan dianugerahkan sijil berkembar iaitu Malaysian Meister in Mechatronic & Malaysian Skill advance Diploma (DLKM), dan MC-090-5:2013 - Industrial Automation Engineering Managment.


Struktur Program


Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC


Kelebihan Program


  • Bekerja sambil belajar.
  • Yuran RM31,000 ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia di bawah geran latihan PTPK.
  • Elaun/gaji semasa dalam tempoh latihan ialah RM1000 - RM1500 sebulan daripada PTPK dan Syarikat.
  • Manfaat tambahan dari syarikat *(tertakluk pada terma dan syarat)

Fasiliti


Antara fasiliti-fasiliti yang disediakan oleh pihak SHRDC ialah makmal komputer, ruang belajar yang kondusif, makmal-makmal proses seperti makmal Pembuatan dan Penyelenggaraan Sistem Solar, Makmal Penyeliaan Kejuruteraan Industri Automasi, Makmal Injection Moulding dan sebagainya.



Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC



Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC


Sekitar Majlis Taklimat Pembangunan Program Kemahiran di SHRDC, Shah Alam, Selangor.



Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC



Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC




Program Latihan dan Kemahiran untuk Belia Lepasan SPM, SKM Tahap III, & Diploma Anjuran SHRDC





Cara Untuk Mendaftar dan Tarikh-tarikh Temuduga



Pendaftaran Program



Pendaftaran program boleh dilakukan di atas talian DI SINI.


Tarikh Temuduga Bagi Program Lepasan SPM



Tarikh temuduga bagi program lepasan SPM ini adalah pada 1hb September 2016 sehingga Disember 2016 (sehingga masih ada kekosongan) yang akan dijalankan di SHRDC.


Tarikh Temuduga Bagi Program Lepasan SKM Tahap 3 dan Diploma



Tarikh temuduga bagi program lepasan SKM Tahap 3 dan Diploma ini adalah pada 7hb September 2016 sehingga Disember 2016 (sehingga masih ada kekosongan) yang akan dijalankan di SHRDC.



Untuk maklumat lanjut sila emelkan ke sitirokiyah.saad@gmail.com atau terus membuat pendaftaran di SINI. Selain itu anda juga boleh terus menghubungi pihak SHRDC seperti di alamat di bawah ini jika ada sebarang kekeliruan berkaitan program latihan dan kemahiran belia lepasan SPM, SKM Tahap 3, dan Diploma ini.


Selangor Human Resources Development Centre (SHRDC)
1, Block 2, Pusat Perniagaan Worldwide,
Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Tel: 03-5513 3560
Fax: 03-5513 3490

4 comments:

  1. Bestnya kalau dapat belajar balik..Teringin nak belajar bab pemasangan solar nie..jarang2 orang dapat peluang belajar dan masa kini ilmu ini jarang2 yang ada dan dengan peningkatan kos hari ini dapat memberi peluang kepada ilmu yang mencari pendapatan sampingan...

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete