Followers

Sunday, 28 August 2016

Bermain Trampoline di EnerZ Indoor Extreme Park

Hari Khamis (25hb Ogos 2016) yang lepas aku sempat menghadiri satu sesi sidang media untuk pelancaran pembukaan semula EnerZ Indoor Extreme Park bertempat di Subang Jaya, Selangor. Untuk pengetahuan korang, EnerZ Indoor Extreme Park ini adalah TRAMPOLINE EXTREME PARK yang TERBESAR di Malaysia ini. Sukan Trampoline ini kalau kat luar negara da jadi trend yang mana Trampolines ni adalah sukan yang wajib diceburi contohnya dekat Negara Australia dan Amerika.



EnerZ Indoor Extreme Park



EnerZ Indoor Extreme Park



EnerZ Indoor Extreme Park



EnerZ Indoor Extreme Park



Walaupun masa ni aku tengah demam, tapi sebab terlampau minat dengan sukan extreme ni aku join jugak diorang main Trampoline tu. Memang rasa macam tak nak berhenti main tau. Permainan Trampoline tu bukan setakat main lompat-lompat Free Jump je tapi ada Foam Pit dan Dodgeball. Dan selain Trampolines, Gut Builder, Wall Climbing, dan Sky Ropes pun ada dekat EnerZ Indoor Extreme Park ini. 



EnerZ Indoor Extreme Park



EnerZ Indoor Extreme Park






Dengan keluasan 80,000 kaki persegi, aku yakin EnerZ Indoor Extreme Park dapat menjadi satu tempat orang ramai beriadah sebab selain permainan yang aku nyatakan tadi ada lagi permainan baru yang diorang tambah seperti Gladiator, Ninja Warrior, dan Meltdown. Kalau korang jenis yang aktif macam aku ni memang sesuai sangat datang sini. Lagipun ada ramai coach, so anytime je diorang boleh support kalau tak pandai nak main tu kan.



EnerZ Indoor Extreme Park



Harga tiket untuk main dalam EnerZ Indoor Extreme Park ni plak korang boleh refer dekat dalam gambar kat bawah ini. 



EnerZ Indoor Extreme Park



Banyak fasiliti yang disediakan dekat sini contohnya tandas, bilik mandi, surau dan play ground. So, kalau ada family yang bawa budak-budak kecil tu tak jadi masalah la. Boleh bagi diorang main kat play ground and korang take turn la main Trampoline semua tu kan. Tak ada budak-budak bosan sangat nak tunggu mak ayah dia tengah syok melompat-melompat mengalahkan budak kecik tu. Hahaha...

Selain tu kat sini boleh celebrate BIRTHDAY PARTY tau. WOW!!! Menarik sangat. Pihak EnerZ Indoor Extreme Park ni memang ada provide kan tempat khas. Ada lima bilik private yang dilengkapi dengan AV systems untuk kegunaan birthday party event untuk kanak-kanak, remaja, dan juga orang dewasa. Servis katering pun jangan risau, sebab diorang memang ada sediakan jugak. Best kan?



EnerZ Indoor Extreme Park



EnerZ Indoor Extreme Park



EnerZ Indoor Extreme Park



EnerZ Indoor Extreme Park


Dekat mana lokasi EnerZ Indoor Extreme Park ni? Korang boleh guna Waze atau Google Maps, just type the address states kat bawah ni. Kalau korang naik Uber car, 2 minit je perjalanan dari Stesen LRT Taipan, USJ.


EnerZ Indoor Extreme Park
Lot 791 Persiaran Subang Indah
Subang Jaya
47500 Selangor.

Tel: 011 1500 0066

12 comments:

  1. Mcm best boleh cuba bwa family xuti sek ni. Tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang happening dekat enerZ ni. Sesuai utk beriadah seisi keluarga.

      Delete
  2. Besarnya tempat ni. Boleh la try datang nanti. Teruja tengok byk games di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar sangat. Banyak games plak tu. Rugi kalau tak datang sini.

      Delete
  3. wow..best juga tu..sukan yang agak rare untuk saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la. Rare jugak utk saya. First saya main trampoline ni. Rasa macam nak pergi main lagi tau.

      Delete
  4. Wow.. looks like can have so much fun with kids as well <3

    ReplyDelete
  5. wish I could have gone for this event... huhuhu... Miss out on all the fun here

    ReplyDelete
  6. dah lama follow qiya..tp mls nak bw..hihi

    ReplyDelete
  7. I miss the place so much. Great to see it open again.

    ReplyDelete
  8. What fun! Reminds me of Jump Street where I had such a good time. Hope I will have a chance to drop by one day.

    ReplyDelete
  9. Didn't go because need to send girl to school. Such a fun activity.

    ReplyDelete