Followers

Monday, 18 July 2016

Kenapa Genting Highlands Boleh Maju?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Genting Highlands. Ingat lagi dulu nak sampai kat puncak Genting Highlands tu rasa kecut je perut. Dalam hati puas doa jangan la putus tali clutch kereta. Kalau tak memang tersadai la kat bukit Genting tu.

Sejujurnya aku tak pernah menikmati keindahan Genting Highlands tu dan hari ni aku bukan nak cerita apa yang menarik yang ada kat Genting Highlands. Tapi aku nak share info yang aku dapat dari training FIFR atau pun nama penuh dia Fund Information & Financial Report. Semua ni training untuk pelaburan Unit Amanah.


Sumber: theluxurytravelexpert.com


Hari ni satu hari dari pagi sampai petang aku spent masa dekat Office Public Mutual Cawangan Shah Alam tau. Sakit betul pinggang aku ni..hahaha..mengada-ngada je! Sebenarnya aku sampai lewat tadi. Sepatutnya training start pukul 9 pagi tapi aku sampai pukul 10 pagi..hahaha..adoi..teruk betul aku ni..

Tapi bukan aku sengaja lewat tau, aku tak berapa sihat sebenarnya..semalam satu hari aku sakit perut..da la petang semalam kena jumpa client, da pergi kat lokasi tu client pulak tunggu supplier dia kat Shah Alam tak sampai-sampai. Terpaksa set appointment hari lain plak..

Dengan aku belum makannya lagi masa tu sebab busy set appointment dengan client...perut plak buat hal..pagi tadi memang aku tak larat nak bangun..celik mata tidur balik..sedar-sedar pukul 8.30 pagi..ikut hati memang tak nak pergi da training tu tapi aku paksa juga walaupun badan aku langsung tak bermaya..

Tragis tak cite aku ni? Hahaha...tapi kan..lepas dapat breakfast nasi goreng free tu terus aku sihat..hihi

Ok, now kita back to cerita pasal macam mana Genting Highlands boleh maju ataupun apa industri terbesar yang dapat menyumbang kepada kemajuan Genting Highlands. Aku rasa satu sebab ni semua orang tau. Betul tak?

Aku tak nak kupas panjang-panjang dengan lebih detail tentang faktor-faktor peningkatan ekonomi Genting Highlands tu. Apa yang aku boleh ringkaskan kat sini adalah berkaitan dengan tiga sektor utama yang betul-betul bagi impak kepada Genting Highlands iaitu Kasino, Theme Park, dan Hotel.

Sebagai seorang perunding unit amanah aku kena tahu semua info-info ni. Lagi-lagi aku terlampau baru dalam bidang pelaburan ni so aku kena share info yang aku tahu supaya aku tak lupa fakta-fakta penting ni.




Lagi satu kalau korang berminat dengan pelaburan contohnya saham tahniah aku ucapkan sebab korang tergolong dalam golongan orang-orang yang bijak merancang masa depan. Tapi aku nak ingatkan korang sebagai Muslim kita patut pilih instrumen pelaburan yang patuh shariah ataupun dalam bahasa English dia Shariah compliant.

Macam aku walaupun aku ada pilihan sama ada aku boleh offer client aku untuk melabur dalam unit amanah conventional atau patuh shariah tapi aku da buat keputusan aku lebih confident dengan instrumen pelaburan patuh shariah sebab pelaburan conventional dah terang-terang tak halal sebab saham-saham dia termasuk perniagaan arak, rokok, tembakau, dan yang seumpama dengannya.

So korang kalau nak melabur kena pilih pelaburan yang betul-betul Islamik dan Genting Highlands bukan la satu pilihan pelaburan yang tepat untuk orang yang beragama Islam sebab ada unsur-unsur riba' dan aktiviti perniagaan yang haram dari sisi agama.

Sampai sini je dulu untuk entry kenapa Genting Highlands boleh maju ni. Harap-harap dapat bagi input yang bermanfaat buat pembaca diluar sana.. Bye...

4 comments:

  1. Thanks for info dear.")
    Baru tau. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome dear..Qiya pun baru je tau..hehe

      Delete
  2. bln depan baru nak pi sana xsaba

    ReplyDelete