Followers

Tuesday, 14 June 2016

Nak Kuruskan Badan? Bulan Puasa la Masa yang Paling Sesuai...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam aku timbang berat badan aku terkezut sekejap. Bulan puasa ni memang waktu yang paling sesuai untuk merealisasikan impian untuk kuruskan badan. Nak dapatkan bentuk badan yang cantik masa raya nanti bukan la angan-angan kosong lagi..hehehe..Tak payah susah-susah beli produk mahal-mahal semata-mata nak kekal kurus dan langsing. Jaga makan dan bersenam sikit-sikit pun da cukup sangat. Semalam aku sempat bakar 40.7 kalori je dalam masa 15 minit. Tu pun aku berjalan je atas treadmill. Speed pun slow. Paling laju 4.5 je..senaman berjalan ni kita panggil senaman kardiovaskular yang mana semua otot badan bekerja..tapi cungap juga la aku ni dari tengahari sampai time nak berbuka puasa tu..


 


 Bila berat badan aku makin hari makin turun, aku semakin bersemangat la nak kawal jumlah kalori yang aku ambil dalam saiz hidangan harian aku. Sekarang ni aku kurangkan portion nasi je sebab nasi kan karbohidrat. Karbohidrat ni sumber tenaga macam yang aku cerita dalam entry 10 Tips Kuruskan Badan Tanpa Perlu Berlapar tu. Dan tenaga ni kalau kita tak guna akan jadi lemak dan sebab tu juga la badan kita senang nak naik dan kembang macam kuih pau yang gebu-gebu tu...hehe..so, control pengambilan nasi memang boleh turunkan berat badan..


Nak Kuruskan Badan? Bulan Puasa la Masa yang Paling Sesuai
40.7 kalori je sempat aku bakar lepas sahur semalam

Semalam aku timbang sebelum makan sahur, berat badan aku 50.8 kg..target aku nak turunkan sampai 45kg tapi kalau lebih pun apa salahnya kan..40 kg ke okey jugak..lagi aku suka..hahahahahaha..tapi baru je tadi aku timbang still 50.8 kg lagi sebab tadi da makan sahur kan. Kalau korang nak tahu waktu paling ideal sekali nak timbang berat badan adalah waktu perut kita kosong..waktu tu la bacaan meter penimbang berat badan tak menipu korang..tu berat badan kita yang sebenar ye...


Nak Kuruskan Badan? Bulan Puasa la Masa yang Paling Sesuai


Abaikan perut aku yang buncit tu...sekarang ni aku cuma target nak kurus dulu..nanti da kurus baru aku buat senaman sit up plak...lepas tu dapatkan shape yang cantik plak so that nanti dapat la aku pakai baju saiz XS atau XXS ke kan..hihi..sekarang ni bertabah jela dulu pakai baju saiz M atau S..


Nak Kuruskan Badan? Bulan Puasa la Masa yang Paling Sesuai


Dulu ada sorang kawan aku cakap, kalau aku buat exercise Yoga mesti sebulan je bentuk badan aku da cantik..lama da dia cakap..tahun 2014 lagi. Masa tu la aku start aktif pergi gymnasium. Dulu naik treadmill pun tak pandai..sedih betul seorang perempuan yang bernama Qiya Saad ni. Susah betul aku nak move on. Mesti lama masa yang aku ambil nak bertindak tu..haishhh..kalau la dari dulu lagi aku dengar cakap dia confirm sekarang aku da boleh guide orang lain macam mana nak kuruskan badan supaya kadar obesiti dikalangan wanita dapat dikurangkan..bahaya obesiti ni..please take serious precautions for this lifestyle problem okey...

4 comments:

  1. btol2.. sokong sgt2.. tgh fight ngn member opis trun bert badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cik Ein..kalau kurangkan minum air batu dgn nasi confirm boleh kurus..

      Delete