Followers

Wednesday, 8 June 2016

Kelas Modelling 'Who Want To Be a Model Volume 1' di Ashbarz Studio

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru-baru ni aku sempat mengikuti kelas modelling 'Who Want To Be a Model Volume 1' ataupun Intensive Modelling Class di Ashbarz Studio pada 14 Mei 2016. Satu hari suntuk dari pukul 9.00 pagi sampai dekat pukul 11.00 malam aku spent masa untuk belajar tentang asas-asas yang perlu ada untuk menjadi seorang model tak kira la model secara sambilan ataupun sepenuh masa.

Dalam kelas modelling tu aku belajar tentang kepentingan ice breaking dan macam mana nak grooming supaya personaliti seorang model tu terserlah dalam slot pagi kelas tersebut. Biasanya sesi ice breaking ni sekejap je kan. Tapi dalam kelas modelling tu sesi ice breaking dia memang lama. Rasionalnya sebab nak bagi kitorang bukan setakat kenal muka kawan-kawan yang join kelas yang sama tu je tapi untuk ingat butir-butir peribadi yang asas contohnya nama, umur, dan tempat tinggal kawan kita tu. Mana tahu one day kita akan join competition yang sama tapi tak ingat siapa nama kawan kita tu. So, macam tak best la kan...

Means seorang model ni selain sikap profesional, sifat intelligence atau kebijaksanaan tu mesti kena ada. Kalau korang biasa belek muka model diorang ni dari raut wajah je da nampak smart. Nampak macam bijak sangat...

Grooming ni plak maksudnya personaliti. Biasa dengar perkataan 'personaliti yang menarik' kan? Nak jadi model off course kena jadi seseorang yang menarik dulu. Cantik tu tak semestinya menarik. Tapi kalau menarik memang akan nampak cantik. Semua ni boleh di make-over. Yang tak cantik atau tak hensem pun boleh nampak menarik dan profesional macam selebriti-selebriti kalau betul-betul grooming. Gaya rambut, make-up, dan gaya berpakaian, semua ni dalam kategori grooming.














12hb Jun 2016 ni Who Wants To Be a Model Volume 2 pula akan diadakan di Ashbarz Studio. Aku nak update entry ni da lama sebenarnya nak promote modelling class tu tapi disebabkan macam-macam hal nak kena settle so baru hari ni dapat publish dalam blog ni. Tapi hari tu aku ada tulis intro tentang modelling class dalam entri Jenis-jenis Kasut Tumit Tinggi Untuk Model Perempuan. Lepas ni mungkin aku jarang-jarang menulis dalam blog ni sebab nak fokus kat Road Show Unit Amanah sebagai career utama dan selain tu untuk memenuhi jemputan event-event untuk blogger plak. 



Kalau ada yg berminat boleh contact nombor handphone yang tertera dalam banner kat atas ni.

6 comments:

  1. Ketinggian kurang..umor lebih, kalau tak boleh joint jugak..hehe..suka modelling2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kategori model ni banyak. Ada plus size, petite model..tak semestinya kena tinggi. Umur tak ada had..tapi of course yg muda dan single lebih besar peluang diorang..

      Delete
  2. wah nti boleh lah join mana2 pencarian modeling dah ada profile baik ni hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qiya belum cukup syarat lagi el. Confident level pun kurang. Banyak yang perlu diperbaiki..terutama berat badan..hehe

      Delete
  3. oo boleh tahan juga mencabar nak jadi model ni ye.. hehe..

    waaa sikit lagi jdi duta produk la ni.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat mencabar sebenarnya..better jadi talent dulu sebelum go to higher level..dan kena rajin join competition..

      Delete