Followers

Saturday, 18 June 2016

Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion

Setiap tahun fesyen baju raya untuk perempuan mesti akan berubah-ubah. Kebanyakan fesyen baju raya perempuan tahun 2016 ni diperbuat dari kain kosong yang tidak bercorak atau kain lace dan hanya dihiasi dengan manik yang di jahit secara sederhana di bahagian depan baju. Warnanya pula pasti memikat hati setiap mata yang melihatnya. 

Dari sekolah rendah sampai la umur aku tengah 20-an aku suka fesyen baju kurung je. Tak kisah la baju kurung tu bercorak bunga-bunga ataupun plain je. Yang penting bukan baju kebaya ataupun baju kurung moden yang ikut bentuk badan tu. Sebab..kenapa entah..segan kot..hehe..Pada hal masa tu kurus je..berat badan aku maintain 45kg je..kalau berjalan time angin kuat rasa melayang-melayang je badan aku macam kena tiup dengan angin..hahaha

Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion

Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion

Kalau korang berkunjung ke Jalan Masjid India Kuala Lumpur jangan lupa singgah di Butik Pinkz Fashion yang bersebelahan dengan kedai Emas Sri Pinang di dalam pusat membeli-belah Semua House. Butik Pinkz Fashion ini menawarkan pelbagai jenis baju kurung dan juga baju fesyen muslimah yang sesuai digayakan sempena hari raya nanti seperti jubah. Selain jubah dan baju kurung, baju kurung moden, blouse, dan baju kebaya juga ditawarkan di butik ini dengan kadar harga yang sangat berpatutan. Memang berbaloi-baloi. 

Tapi kalau korang malas nak bersesak-sesak beli online pun boleh. Pinkz Fashion ada servis order secara online..so, tak payah susah-susah nak redah jam bagai..lagipun hari ni kan da hari ke-14 umat Islam berpuasa, so aku rasa shopping complex da mula busy sekarang. Semalam pun aku singgah dekat satu shopping mall ni, memang ramai juga family tengah tengok-tengok baju raya. Maybe ada yang tengah survey harga baju raya..macam aku dulu la..survey kemain lagi..walaupun masa tu ada da baju raya yang aku berkenan tapi aku survey je lagi. Bila datang semula kat kedai tu time dekat-dekat nak raya baju tu da tak ada stok. Sold out! Menyesal tak beli masa awal-awal survey tu..last-last aku beli je baju mana-mana je yang aku rasa cantik tapi still terfikir lagi baju yang mula-mula aku berkenan tu..hurmmmm..

Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion

Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion

Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion

Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion

Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion

Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion

Banyak tau koleksi baju raya yang ada dekat Butik Pinkz Fashion ni. Antaranya adalah Koleksi Siti, Koleksi Ayue, Koleksi Madeena, Koleksi Zieta, dan macam-macam lagi. Korang boleh tengok gambar-gambar kat bawah ni. Semuanya cantik-cantik dan harganya pula berpatutan dengan kualiti yang ditawarkan.

Untuk mengetahui saiz baju yang sesuai korang boleh tengok jadual saiz kat bawah ni. Tapi sebelum tu korang kena tahu ukuran asas badan korang contohnya ukur lilit dada, pinggang, dan punggung. Da ada ukuran asas baru la boleh tentukan saiz apa yang sesuai dengan badan korang. Ukuran badan aku 36-28-36, so saiz baju yang sesuai dengan aku adalah saiz S. Tu pun muat-muat je. Macam sarung nangka gitu..hehe..tapi bila aku pakai masa hari raya nanti mungkin longgar sikit kot sebab sekarang ni kan aku tengah usaha nak kuruskan badan at least turun 5kg lagi pun ok. Dari 50.8kg sampai 45kg tak mustahil kan..

Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion

Lokasi: 

Butik Pink Fashion 
(sebelah Kedai Emas Sri Pinang)

Semua House,
No 3, Jalan Bonus 6, Jalan TAR, 
50100 Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut berkaitan stok, saiz, warna, dan sebagainya bagi semua fesyen baju raya 2016 ini sila hubungi pihak Butik Pinkz Fashion melalui Facebook, Instagram, dan nombor H/P yang tertera di bawah.

Facebook: Pinkz Fashion
Instagram: @pinkzfashion
No H/P: 016-3266406

* Happy Shopping! *

12 comments:

  1. Replies
    1. Memang cantik pun..rambang mata pergi butik Pinkz Fashion tu..

      Delete
  2. Replies
    1. Ye..anggun sangat-sangat..design dia simple tapi nice..

      Delete
  3. Lawa lawa design baju ni. Order online ke puan?

    BENARKAH MUSLIMAH BERKACAMATA VINTAGE LEBIH ANGGUN?
    + Optom. berkonsepkan Kaca mata vintage, sesuai digayakan dengan tudung atau shawl.
    + Kalau tak percaya jemputlah ke www.optom.my.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Order online boleh. Offline pun boleh..

      Delete
  4. Saya lebih suka beli baju kat kedai dripada beli online sbb blh fitting..kalau beli online risau tak ngam pulak walaupun nmpk cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada kelapangan boleh la pergi butik Pinkz Fashion tu. Kat sini tengok design dulu dan cek stok dengan owner..kalau ada yang berkenan pergi butik terus la..:)

      Delete
  5. Cantik dan banyak pilihan warna, masih mengekalkan elemen tradisi dalam rekaan

    ReplyDelete
  6. Wow.. really beautiful collection they have. Ada jual tak macam baju kebaya sebab I tak pernah pakai selain buju kurung most of the time. ^^"""

    ReplyDelete