Followers

Wednesday, 15 June 2016

Belajar Gaya Pose Model

Sejak aku join kelas modelling hari tu banyak benda yang aku nak kena belajar slow-slow. Selain belajar cat walk, grooming, gaya pose pun aku nak kena belajar betul-betul. Maklum la aku ni memang kayu sikit. Tak retinya nak lemah lembut macam perempuan lain tu. That's why kena belajar dan buat research macam mana gaya pose seorang yang bergelar model. Nanti bila nak buat sesi photoshoot senang kerja fotografer dan jimat masa untuk fikir apa pose yang sesuai.


Belajar Gaya Pose Model


Kat atas dan kat bawah ni contoh gambar half body. Dalam dunia modelling ataupun yang berkaitan dengan talent industri untuk lakonan sebagai pelakon extra ataupun pelakon utama combcard, profile, dan portfolio sangat penting. Tak ada semua ni susah la nak cari makan sebab bila ada job benda ni la yang akan diminta terlebih dulu sebelum melayakkan seorang model atau pelakon tu untuk terima sebarang tawaran projek. So, istilah penting untuk gambar dalam sesebuah combcard tu adalah full body, half body, dan close up.


Belajar Gaya Pose Model


Tapi kadang-kadang ada je yang tak kisah kalau kita hantar gambar selfie je untuk sesuatu job tu. Macam baru-baru ni banyak juga aku apply job untuk pelakon extra guna gambar selfie diorang on je..suruh aku datang set penggambaran. Cuma yang tak bestnya, mula-mula kena layan jela dapat bayaran yang murah. Contohnya untuk extra tak berdialog RM65 dan RM80 bagi yang berdialog untuk shooting beberapa scene dalam masa yang diorang tetapkan. Setakat ni aku da dapat satu job extra untuk MTV Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng dan hampir dapat dua job pelakon extra untuk drama Abang Sado dan satu lagi filem cina, tajuk aku lupa nak tanya. Tapi dua-dua job extra ni aku tak dapat pergi sebab aku tak boleh terima masa penggambaran yang diorang buat. Dari petang sampai pagi. Dan satu lagi untuk extra drama Abang Sado plak dia bagi masa satu jam je untuk aku sampai ke set penggambaran dekat sungai buloh. Masa tu aku belum bersiap lagi. So, bukan rezeki aku untuk job tu sebab dari Klang ke Sungai Buloh tambah nak bersiap lagi tempoh satu jam memang tak akan sampai la aku dekat set tu.


Belajar Gaya Pose Model


Untuk job modelling plak susah sikit la aku nak apply sebab aku belum ada combcard dan profile lagi. Lagipun kebiasaannya ketinggian aku tak lepas. Selalu diorang cari model perempuan dengan ketinggian 160cm dan ke atas tanpa sepatu ( barefoot). Tinggi aku 158cm je. That's why aku banyak ke arah talent untuk pelakon extra je buat masa ni sebab prosedur untuk apply job tu senang sikit berbanding untuk modelling. 

Selain tu, benda asas yang perlu ada untuk seorang yang ingin bergelar sebagai model ni adalah sepasang kasut tumit tinggi yang ketinggiannya adalah 5 inci. Tinggi tu..aku biasa pakai high heel 2-3 inci je tu pun kadang-kadang macam nak jatuh je.

8 comments:

  1. huh mencabar juga ye kerjaya modelling ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling mencabar kerja modelling ni tak tentu masa..kena selalu travel plak tu..hati kena tabah la kak Julia..

      Delete
  2. pic yg 1st tu cantik posenya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih el..sebab tu letak paling atas sekali..hehe

      Delete
  3. hoohoo ada na ni nampak gaya model tu...
    disaat boring tak taw nk buat dtg blog ini juga la best ada penyeri.. ada lagu klasik.. hoho..

    tinggi juga tu 158cm.. sy 173cm.. boleh la jdi model eh :D :D

    semoga terus berjaya ye :)

    Blogwalking sini, jom baca article seo ini

    Tip SEO Cara Mudah Bina Tajuk site...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Hasif. Rajin awak singgah blog qiya ye. 173cm tu boleh sangat kalau nak jadi model..try la..hihi..entry SEO qiya da baca..great info..:)

      Delete
  4. Dont worry Im sure you can do it... ^^ Gaya sudah ade...maybe tunggu rezeki?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you yana for the encouragement..saya tengah belajar lagi..inshaallah mungkin ada rezeki saya nanti..

      Delete