Followers

Saturday, 28 May 2016

Maksud SURRENDER!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni aku nak terangkan maksud SURRENDER. Of course dalam bahasa Melayu Surrender ni maksudnya mengalah, pasrah atau berserah. Dalam bahasa pasar kita cakap 'lantak'. Ataupun selalu kita dengar orang cakap 'lantaklah, apa nak jadi pun jadi lah!'. Surrender dengan GIVE UP lebih kurang je maksud dia. Budak-budak Generasi Y sekarang ni selalu cakap 'kipidap, dongibab' kalau ada kawan-kawan yang LOSER tu. Macam-macam bahasa ada..

So, hari ni aku nak tambah lagi satu maksud perkataan surrender dari sudut pemikiran aku sendiri. Maksudnya adalah seperti dibawah ni...

S - Something
U - Unusual
R - Reflected
R - a Reinforcement
E - of Emotion
N - Never
D - be Disturbed
E - Even
R - a Regression

Faham ke tak? Biar aku terangkan sikit lagi ye. Maksudnya sesuatu perkara yang tak selalu kita lakukan yang mana ianya mencerminkan kekuatan emosi kita yang tak akan terganggu walaupun sebuah penyesalan. Maksudnya kita betul-betul berserah dan tak nak fikir lagi walaupun perkara tersebut adalah perkara yang paling kita sesalkan dalam hidup kita. Tapi disebabkan kita da pasrah atau surrender kekuatan tu datang dan emosi kita tak akan terganggu lagi dengan perkara tersebut walaupun setiap saat dan setiap masa kita pernah menangis dan bersedih disebabkan satu perkara tu dulu.

Image dari Google

Faham ke tak faham? Kalau tak faham juga biar aku terangkan dari konteks agama pulak. Surrender dari sudut agama Islam adalah REDHA. Bila kita redha dengan sesuatu musibah atau suatu ketentuan yang Allah aturkan pasti jiwa kita akan menjadi kuat dan bila kita benar-benar percaya takdir dan janji Allah tentu perasaan sesal tu akan hilang hari demi hari.

Ni maksud SURRENDER dari kamus hidup aku. Apa pulak maksud surrender dari kamus kehidupan korang? Nak juga aku tahu..at lease ada perkara baru yang aku belajar hari ni..

4 comments:

  1. Redha je la.. haha.. hurmm surrender dalam hidup eh..
    mcm tiada pula.. kalau jatuh tu bangun semula, anggap sebagai satu lonjakan untuk naik semula.. ceh2.. mcm motivasi pulak..

    ReplyDelete
  2. singgah

    http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. salam semua. jom sama sama sokong Kempen Taja Shopping raya ! tak menderma share post pun jadilah!

    ReplyDelete
  4. surrender nak keje kat sini tp tu lah redha je lah xdpt keje lain..hihi

    ReplyDelete