Followers

Wednesday, 4 May 2016

Fesyen Hypster Wanita Yang Sopan

Aku selalu je dengar pasal fesyen hypster ni tapi sebelum ni aku tak ambil port pun sebab keluar la fesyen macam mana pun aku tetap malas nak ambil tahu dan sikit pun tak terikut dengan fesyen orang lain sebab aku da cukup selesa dengan fesyen atau cara aku berpakaian.

Bila ke sesuatu tempat yang ramai perempuan aku selalu membuat perbandingan antara aku dengan perempuan-perempuan lain. Memang jauh berbeza pakaian aku dengan mereka. Ada rasa terkilan juga sebab aku tak sama dengan perempuan lain. Maknanya aku ni kurang normal la sebab orang lain pakaian dia lebih kurang je. Jubah, skirt labuh, blouse, ayu sangat..tapi aku..hurmmm..fesyen aku kebanyakannya macam gambar-gambar kat bawah ni pada hal umur aku nak masuk ke three series da pun..aku rasa aku ni macam tak matang je..pakai baju macam budak-budak lagi..

Hypster, fesyen, fashion, wanita, women, girl, qiya, qiyasaad
Gambar dari Google

Hari ni baru aku try cari apa maksud hipster dan fesyen hypster tu macam mana tu pun sebab nanti aku ada event yang berkaitan dengan fesyen hypster ni. So kena la cari info sikit kan. Bila da search kat Google kecewa dan hancur betul rasanya hati aku ni sebab kebanyakan koleksi pakaian dalam wardrobe aku lebih kurang je macam budak-budak hipster ni. Bila ramai orang tengah hangat memperkatakan tentang hypster aku sikit pun tak peduli tapi rupa-rupanya fesyen hypster ni adalah fesyen pakaian aku. Segannya laaa.. Tapi satu perkara yang aku suka tentang hypster adalah mereka sangat kreatif dan sukakan kelainan. Lagi satu aku terbaca dalam blog The Vocket tadi golongan hypster ni sifatnya sangat suka menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

No comments:

Post a Comment