Followers

Thursday, 19 May 2016

Beli Buku Resepi Secara Online Dengan Harga Serendah RM2

Tinggal beberapa hari je lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadhan. Kebiasaannya semua orang akan fikir tentang persiapan hari raya. Betul tak? Lagi-lagi pasal kuih raya. Mesti ramai da yang mula tempah kuih raya kan. Dan ada juga yang sedang tercari-cari buku resepi biskut raya untuk buat home made biskut raya. Kalau tanya aku, aku lebih suka beli biskut raya yang di jual di pasaraya atau yang home made, aku akan pilih home made. Sebab rasa yang home made ni lain sikit. Bahan-bahan dia secukup rasa.

Dulu bila masuk bulan puasa mesti aku akan beli buku resepi biskut raya ataupun aku google je resepi yang aku nak then aku tulis dalam buku resepi aku. Banyak juga jenis kuih raya yang aku belajar buat sendiri contohnya biskut almond london, biskut semperit, biskut cornflakes, biskut cornflake madu, biskut arab, popiah gulung, dan banyak lagi. Tapi sekarang ni da ingat-ingat lupa sebab jarang sangat masuk dapur. Hehehe...




Selain buku resepi biskut raya, buku resepi masakan tradisional juadah hari raya pun aku beli. Kalau time raya aku suka masak rendang minang ataupun rendang cili api. Perghhhh...memang sedap..ni bukan aku cakap tapi adik beradik, mak ayah, dan anak-anak buah aku yang cakap. Diorang siap ratah lagi rendang minang yang aku masak tu sampai sakit perut..hahaha..tapi yang kelakarnya lepas tu repeat lagi..rendang minang ni memang tiap-tiap tahun saudara-mara aku request. Inshaallah raya tahun ni aku masak lagi rendang cili api tu.

Selain rendang cili padi, aku suka masak lontong. Masak lemak kuning sayur-sayur yang makan dengan nasi impit tu. Sedap sangat-sangat.

Kalau nak beli buku resepi secara online boleh beli dekat SINI. Murah-murah je semua buku tu dan yang RM2 pun ada tau.

12 comments:

  1. mesti banyak resepi ni...nak try tengok la dulu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila kan Izzati..murah-murah je semua..

      Delete
  2. Replies
    1. Memang menarik..rambang da mata..hehe..

      Delete
  3. Replies
    1. Betul tu..berbaloi sangat..da la murah siap hantar kat rumah plak tu..

      Delete
    2. kena dapatkan 1, raya dah dekat, mood baking cookies on

      Delete
    3. Sama la kita..mood nak buat kuih raya plak sekarang ni..tapi oven tak ada sekarang dan byk hal lain kena settle kan dulu..so, fokus benda lain dulu..buku resepi jadikan inspirasi jela..hehe..

      Delete
  4. Replies
    1. Ye encik khairuddin..memang best..

      Delete
  5. Menarik... sgt2 berbaloi harga mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..orang laki pun tak salah kalau beli resepi kan? Boleh hadiahkan dekat wife..:)

      Delete