Followers

Monday, 25 April 2016

Review Restoran: Kafeteria Aunty Tartlets di Seremban 2, Negeri Sembilan.

Aunty Tartlets, Qiya, Qiya Saad, restoran


Jika melihat pada nama, mungkin ramai yang menyangka bahawa Kafeteria Aunty Tartlets yang terletak di Seremban 2 ini hanya menjual Flavored Cheese Tart, Muffin Fruit Tart, cupcakes, cakes, brownies, eclaires, Creampuff Shepherd's Pie dan semua menu yang berkaitan dengan cake and bakeries je. Tapi sebenarnya di Kafeteria Aunty Tartlets ini ada menjual masakan goreng panas dan menu makanan yang terdapat di negara Eropah seperti kuey teow goreng, Aglio Olio, Cantonese kuey teow, Spaghetti Bolognese, Spaghetti Carbonara, dan Lasagna.


Aunty Tartlets, Qiya, Qiya Saad, restoran


Aunty Tartlets, Qiya, Qiya Saad, restoran


Aunty Tartlets, Qiya, Qiya Saad, restoran


Aunty Tartlets, Qiya, Qiya Saad, restoran


Aunty Tartlets, Qiya, Qiya Saad, restoran


Aunty Tartlets, Qiya, Qiya Saad, restoran


Aunty Tartlets, Qiya, Qiya Saad, restoran


Aunty Tartlets, Qiya, Qiya Saad


Aunty Tartlets, Qiya, Qiya Saad


Aunty Tartlets, Qiya, Qiya Saad


Aunty Tartlets, Qiya, Qiya Saad


Aunty Tartlets, Qiya, Qiya Saad


Selain itu, nasi lemak juga ada di jual di sini dan harganya pula sangat-sangat murah iaitu cuma RM1.00 je sebungkus. Manakala jika anda sarapan disini jangan terkejut jika harga sarapan pagi anda adalah RM1.50 dan menunya pula adalah sebungkus nasi lemak dan satu gelas besar air teh O. Harga makanan murah macam ni memang susah nak dapat lagi-lagi di kawasan bandar-bandar besar. Untuk senarai penuh menu dan harga di Kafeteria Aunty Tartlets, anda boleh lihat dalam gambar di bawah ini.


Aunty Tartlets, Qiya, Qiya Saad


Aunty Tartlets, Qiya, Qiya Saad


Hampir enam bulan Kafeteria Aunty Tartlets yang berlokasi di Seremban 2 ini telah di buka yang mana iainya mula beroperasi pada sekitar Oktober 2015. Sebelum ini, Aunty Tartlets ini hanya menjalankan perniagaan dari rumah dan menghantar tempahan-tempahan di kawasan sekitar Negeri Sembilan dan Lembah Klang. Namun, walaupun perniagaannya sudah berkembang tapi Aunty Tartlets masih menghantar atau melakukan COD di kawasan Kajang, Bangi, Bangsar, Kuala Lumpur, dan Ampang. Dan sesekali akan menghantar tempahan di kawasan Subang dan Shah Alam.

Jika anda tanya pada saya restoran macam mana yang saya suka pergi. Jawapan saya, selain menu masakan yang sedap dan pelbagai, restoran tersebut mestilah bersih dan kemas. Ketika melihat di dalam Kafeteria Aunty Tartlets ini memang terus jatuh hati sebab rekaan dalaman dan susun atur di dalam restoran ini simple tapi sangat moden dan kontemporari. Memang selesa sangat tambahan pula disini kawasannya sedikit berangin. Angin sepoi-sepoi gitu...


Aunty Tartlets, Qiya, Qiya Saad, restoran


Aunty Tartlets, Qiya, Qiya Saad, restoran


Sebelum makan sempat la saya bergambar dengan kawan-kawan sebagai kenang-kenangan. Lagi pun nak sampai di Kafeteria Aunty Tartlets, Seremban 2 ini ambil masa 1 jam lebih juga dari Klang, Selangor. Drive kereta sorang-sorang pulak tu. So, gambar-gambar yang cantik-cantik ini da cukup sebagai rewards untuk tatapan masa depan...hehehe


Kafeteria Aunty Tartlets, Qiya, Qiya Saad
Bergambar bersama pemilik Kafeteria Aunty Tartlets, Seremban 2, Negeri Sembilan.

Kafeteria Aunty Tartlets, Qiya, Qiya Saad


Kafeteria Aunty Tartlets, Qiya, Qiya Saad


Kafeteria Aunty Tartlets, Qiya, Qiya Saad


Kafeteria Aunty Tartlets, Qiya, Qiya Saad


Lokasi dan waktu operasi Kafeteria Aunty Tartlets ini adalah seperti di bawah.


Aunty Tartlets, Qiya, Qiya Saad, restoran


Aunty Tartlets
No 173, Jalan S2 B22,
Pusat Dagangan Seremban 2 (Centrio),
70300 Seremban, Negeri Sembilan.

H/P No: 019 644 7180
Tel No: 06 601 1515

Waktu operasi:-
Hari: Selasa - Ahad
Waktu: 9.00 pagi - 7.00 malam

Selain itu, jika anda ingin membuat tempahan khas untuk majlis-majlis perkahwinan, sambutan hari jadi, atau untuk anda dan keluarga anda boleh terus menghubungi Aunty Tartlets di talian di atas. Dan jika anda ingin melihat hasil masakan dari Kafeteria Aunty Tartlets ini sila ke Facebook Page dan juga Instagram mereka ataupun sila tonton video Review Kafeteria Aunty Tartlets Seremban 2 (Apo Kono Jang?) yang telah saya sediakan untuk anda di bawah.

Alamat Email: auntytartlets@gmail.com


4 comments:

  1. Wow bestnya... marveles!! Klu ke area sekitar sana wajib singgah ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best. Murah plak tu. Cuba la nanti ye..:)

      Delete
  2. Macam best je. Dah laa murah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye. memang murah sangat Wawa..kalau jalan-jalan kat Negeri Sembilan singgah la dekat sini ye..mesti tak menyesal..:)

      Delete