Followers

Friday, 1 April 2016

Khasiat Kunyit Hidup

Kunyit (Tumeric) atau nama saintifiknya curcuma longa Linn atau curcuma domestica val bukan saja digunakan sebagai rempah dalam masakan, tetapi juga digunakan untuk pelbagai rawatan penyakit seperti buasir, kanser, tumor, gastrik dan banyak lagi. Selain merawat penyakit, kunyit juga digunakan secara meluas dalam produk kecantikan kulit serata dunia kerana dalam petua kecantikan turun temurun banyak menggunakan kunyit sebagai bahan semulajadi untuk menghilangkan cela di wajah.

Pigmentasi ataupun tanda-tanda penuaan yang terjadi akibat kesan radikal bebas seperti tona kulit tidak sekata, kulit berminyak, bintik hitam dan bintik putih kelihatan jelas diwajah, jerawat dan sebagainya dapat dirawat menggunakan kunyit. Kunyit ini boleh dicampur dalam pelbagai masakan, dikisar untuk dijadikan sebagai jus, ataupun dimakan mentah bagi mengoptimumkan penggunaannya agar kesannya nampak setara dengan penggunaan kostemik yang bermutu tinggi pada kadar kos yang lebih murah malah selamat digunakan.

Selain itu, kunyit juga digunakan sebagai herba bagi kaum wanita untuk kecantikan dan sumber tenaga dalaman. Kebiasaanya kunyit banyak digunakan untuk wanita ketika dalam pantang. Rahim ibu yang mengembang ketika mengandung memerlukan rawatan agar kembali pulih seperti sediakala. Kunyit dipercayai dapat membantu mengecutkan rahim wanita setelah proses melahirkan bayi, membuang angin, melansingkan badan, dan menambahkan susu ibu.

Khasiat dan manfaat kunyit sebenarnya terhasil daripada kandungan nutrien kurkumin yang terdapat dalam kunyit tersebut. Selain curcumin, kunyit juga mengandungi zat besi, vitamin B6, dan kalium iaitu mineral semulajadi yang sangat baik untuk diet yang seimbang. Walau bagaimanapun, kunyit serbuk yang terdapat dipasaran dikatakan telah dicampur dengan pewarna tiruan yang boleh memudaratkan kesihatan. Jadi, tukarkan kunyit serbuk kepada kunyit hidup dalam setiap masakan setiap hari untuk kekal sihat sepanjang masa.


Gambar: Google


Khasiat kunyit 

1.      Masyarakat Melayu guna kunyit sebagai jamu bagi ibu yang selepas bersalin, digunakan untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Kunyit di ambil sebagai ulam atau minum air rebusan ibu kunyit.

2.       Kunyit juga terkenal untuk memanaskan badan serta melancarkan peredaran haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah. 

3.       Kunyit juga dipercayai dapat membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angin dalam perut. Di Jepun kunyit ditambah di dalam teh untuk mengeluarkan angin dari dalam badan. 

4.       Bagi masyarakat Cina pula percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. 

5.       Di India dalam perubatan ayuverda, kunyit digunakan sebagai antiseptik serta anti bakteria, pada luka, kesan terbakar dan juga kesan lebam.

6.        Di Thailand kunyit digunakan untuk merawat luka akibat patukan ular.

7.        Kunyit mempunyai antioksiden yang tinggi, antaranya ialah vitamin C dan E, dan juga karotenoid (carotenoids). Ia juga mengandungi antioksidan yang berkesan seperti curcumin dan kompaun curcuminoids. Curcumin ialah antioksiden yang mujarab, ia membantu mengurangkan paras kolesterol dengan menstimulasikan pengeluaran ‘bile’ menghalang menyempitkan arteri penyebab utama serangan jantung.

8.        Kunyit juga membantu menghalang platelete, iaitu sel-struktur kecil dalam darah, daripada melekat antara satu sama lain menyebabkan darah berketul (blood clots).

9.        Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit.

10.     Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal, kudis, sakit-sakit lutut, dan ruam.

Petua pengambilan kunyit.

1. Gunakan kunyit hidup dalam masakan harian

2. Ambil kunyit hidup sebesar ibu jari; kupaskan kulitnya dan dicuci hingga bersih. kemudian diparutkan dan diperah hingga mengeluarkan airnya. Campurkan air perahan kunyit itu dengan 1 sudu madu dan suku sudu teh lada hitam. Minumlah ramuan ini dua kali sehari iaitu pagi dan petang. InsyaAllah ia dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.

Mencegah kulit daripada cepat berkedut: Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya.  Parut dua ketul isi kunyit dan seketul lempoyang. Masukan setengah cawan air hingga sebati. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu. Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga mencantikkan kulit. 

Memanaskan Badan: Tumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan. Minum airnya tiga kali seminggu. 

Daun Kunyit: Sekiranya diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air. Selepas itu sapulah di kepala hingga rata.

Sebagai Tanaman disekeliling rumah 

Kunyit amat sesuai ditanam di rumah. Di Malaysia kunyit banyak diimport dari luar negara. Pengeluar terbesar kunyit di dunia adalah China, India dan Indonesia. Sebagai peringatan jangan guna kunyit serbuk, kerana kemungkinan telah dicampur dengan pewarna kuning Tetrazine yang boleh menyebabkan alahan. Gunakan kunyit hidup.

2 comments: