Followers

Thursday, 10 March 2016

Kenapa Saya Pilih Tone Excel?

Assalamualaikum..dan salam sejahtera.

Untuk entry ni saya nak share sikit kenapa saya pilih untuk bertukar dari telco X ke Tone Excel.

Kenapa saya pilih Tone Excel ni? da hampir setahun saya guna sim kad Tone Excel sebenarnya.

Mula-mula tu saya tak pernah tahu pun pasal sim kad Tone Excel ni. Ada sorang kawan yang perkenalkan kat saya. Lepas tu saya bercerita dengan abang saya pasal manfaat yang kita boleh dapat kalau guna Tone Excel. Rupa-rupanya abang saya pun pakai sim kad Tone Excel juga. 


jana pendapatan sampingan, make money online, panduan jana wang dari rumah untuk wanita, sim kad ajaib, Tone Excel,


Kebetulan pula saya memang memerlukan beberapa manfaat yang ditawarkan terutamanya insurans kemalangan RM100,000.00 sebab masa tu saya belum ada apa-apa polisi perlindungan insurans.

Selain insurans, sim kad Tone Excel ni bila kita topup dapat Cash back 3% dan 7%. Kenapa ada 3% dan 7% tu saya pun kurang faham sebab niat pakai sim kad ni untuk dapatkan perlindungan insurans je.

Kat bawah ni screen shot jumlah cash back 3% yang saya dapat dari hasil tiap-tiap bulan topup selama hampir setahun. Memang sikit tapi at least ada la juga tempat nak dikorek nanti bila tengah sesak...hehehe..


jana pendapatan sampingan, make money online, panduan jana wang dari rumah untuk wanita, sim kad ajaib, Tone Excel,


Bila jumlah Cash back da cukup RM30.00 secara automatik duit ni akan masuk dalam bank yang kita daftarkan. Dan cas yang dikenakan pula adalah RM3.00 untuk setiap transaksi.

Selain itu banyak lagi kelebihan sim kad Tone Excel ni contohnya setiap kali topup RM30.00 kita akan dapat 1GB data internet untuk tempoh sebulan, setiap kali topup dapat point dan point tu pula boleh ditukarkan dengan tiket kapal terbang Air Asia, tiket wayang dan banyak lagi.

Kalau ada yang berminat nak daftar Tone Excel dengan saya boleh je tapi saya kena study dulu macam mana nak daftarkan downline sebab upline Tone Excel (TE) saya tak aktif. So, saya pakai sendiri jela..Kalau ada downline kita akan dapat sikit income setiap kali downline kita topup.


jana pendapatan sampingan, make money online, panduan jana wang dari rumah untuk wanita, sim kad ajaib, Tone Excel,


Bagus tak plan sim kad Tone Excel ni?saya tak tahu pandangan korang tapi bagi saya TE ni bagus dan kalau kena gayanya boleh jadi sumber pendapatan sampingan.

Ataupun boleh tengok Panduan Jana Wang Di Rumah Untuk Wanita! ni kalau nak income korang lebih masyuk.

ok la, sampai sini je perkongsian saya tentang sim kad Tone Excel ni. Terima kasih sebab sudi singgah kat Blog saya ni.

2 comments:

  1. salam Qiya.. header to kalau buat shrink to fit lg lawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menu shrink to fit to tak keluar.ada header placement je.anyway thanx for this header. saya suka sangat-sangat..:)

      Delete