Followers

Sunday, 14 February 2016

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi Menyeru Rakyat Malaysia Ceburi Sektor 3D.

Rancangan pengambilan 1.5 Juta rakyat Bangladesh ke negara kita Malaysia sebagai sumber tenaga kerja mendapat tentangan hebat pelbagai pihak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi.
Ekoran daripada ketidakpuasan rakyat Malaysia terhadap isu ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Zahid Hamidi menyeru rakyat Malaysia supaya menceburi sektor 3D.

3D yang memberi maksud Dirty, Difficult, dan Dangerous mungkin memberi cabaran untuk penduduk tempatan kerana kerja-kerja yang kotor, susah dan merbahaya ini sudah terbiasa dilakukan oleh buruh asing.

Namun walau bagaimana pun, mungkin pada permulaannya terasa sukar tetapi memandangkan ekonomi negara yang semakin gawat graduan yang memiliki ijazah juga terpaksa menerima tawaran kerja dalam sektor 3D ini demi untuk mengelakkan masalah pengangguran.

2 comments:

  1. Ekonomi sangat mencabar kebelakangan ini, moga rakyat tak terlalu memilih kerjaya...

    ReplyDelete
  2. siswazah dah banyak yang menceburi bidang tu di Singapura. Kalau majikan Malaysia dapat buat benda sama, tak mustahil siswazah kita sanggup kerja dalam bidang tu. Ini kerana bangladeshi datang kerja di Malaysia dan Malaysian yang keluar kerja ke Singapura dan Negara lain tujuan dan sebabnya sama.

    ReplyDelete