Followers

Saturday, 13 February 2016

Resepi Sambal Ikan Bilis dan Kentang Kering


Bahan-bahan:-

1) 100g ikan bilis
2) 1 biji kentang saiz besar
3) 1 biji bawang besar
4) 4 ulas bawang putih
5) 5 tangkai cili kering
6) 3 sudu sos cili
7) 3 sudu gula
8) air asam jawa
9) garam secukup rasa
10) minyak masak

Cara-cara:-

1) Goreng ikan bilis dan kentang yang telah dihiris nipis. Tos kan minyak.
2) tumbuk bawang putih, bawang besar, dan cili kering.
3) tumis bawang putih, bawang besar, dan cili kering sehingga pecah minyak.
4) masukkan sos cili, air asam jawa, gula, dan garam.
5) biarkan sehingga kering sedikit dan sejukkan.
6) Gaulkan ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi. 
7) Sedia untuk dimakan.

2 comments:

  1. kita tag awak http://alyasygsanda.blogspot.com/2016/02/giveaway-2016-tahun-impian-kita-by.html

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap, nanti Zumal nak try buat ^-^

    ReplyDelete