Followers

Thursday, 11 February 2016

Premier Clinic: Merawat Parut Jerawat dengan Kaedah Subcision (Review)

Dua minggu lepas sebelum bercuti balik kampung saya sempat buat rawatan kulit muka untuk menghilangkan parut jerawat (Acne Scarring Treatment) melalui satu prosedur yang di panggil Subcision atau rawatan pembedahan kulit kecil (minor surgery) di Premier Clinic.

Premier Clinic telah beroperasi sejak 2014 dan setakat ini mempunyai dua cawangan yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), dan Bangsar, Kuala Lumpur. Untuk sesi rawatan tersebut saya memilih untuk ke cawangan TTDI. Memandangkan rawatan tersebut adalah pada hari Khamis, jadi agak sukar untuk mendapatkan parking dan rata-rata jalan di kawasan tersebut agak sibuk. Namun walaubagaimanapun, ianya tidak menjadi penghalang untuk saya serta pesakit lain untuk mendapatkan rawatan di klinik tersebut kerana semua staff memberi layanan yang mesra. Selain itu, saya diberitahu oleh salah seorang staff yang merawat saya yang mana pada hari Sabtu keadaan di Premier Clinic ini sangat sibuk kerana ramai pesakit datang mendapatkan rawatan di sini.    


Sebelum prosedur rawatan di jalankan, saya telah dirunding terlebih dahulu oleh doktor yang merawat saya iaitu Dr Kee Yong Seng berkaitan masalah yang saya hadapi, punca-punca berlakunya parut jerawat, kaedah yang akan dilakukan, dan kesan-kesan rawatan dalam tempoh tertentu secara terperinci. Selepas sesi rawatan ini dijalankan saya dinasihatkan oleh doktor agar muka saya tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari secara berterusan tanpa memakai krim pelindung matahari (sunblock) kerana ianya akan meninggalkan tanda-tanda penuaan (pigmentation) pada kulit muka saya. Jadi walaupun saya bercuti di kampung yang mana kawasan sekitarnya adalah sawah padi, tetapi saya tetap mendengar nasihat doktor dan sentiasa memakai alat solek yang mengandungi pelindungan UV.  


Setelah mendapatkan khidmat rundingan daripada Dr Kee Yong Seng, bermulalah rawatan untuk menghilangkan parut jerawat di muka saya ini. Untuk langkah permulaan, muka saya dicuci terlebih dahulu untuk menanggalkan make-up. Kemudian, muka saya disapu dengan numbing cream untuk memberi kesan kebas pada wajah bagi mengurangkan rasa sakit apabila rawatan subcision dilakukan. Numbing cream yang telah disapu dimuka saya akan dibiarkan selama 15 minit untuk mendapatkan kesan kebas yang optimum.




Untuk prosedur yang seterusnya, numbing cream dibersihkan dari wajah dan doktor membuat pemeriksaan kulit muka saya untuk mengenalpasti bahagian yang perlu dirawat. Terdapat hampir sepuluh point dimuka saya ini yang mempunyai kesan jerawat yang agak teruk dan memerlukan rawatan pakar kulit.


Setelah mengenalpasti bahagian yang perlu dirawat, jarum halus akan dicucuk ke kulit muka untuk memecahkan fibrous tissue yang mana jika ianya tidak dibuang parut jerawat akan terus kekal di kulit wajah. Tujuan fibrous tissue ini dipecahkan adalah untuk menggalakkan pertumbuhan sel baru pada bahagian kulit yang telah dibuang tersebut. Setelah tissue yang rosak itu dibuang, wajah pesakit akan di rehatkan di bawah cahaya lampu LED selama 15 minit. Prosedur ini sangat penting untuk menghentikan pendarahan dan mengurangkan kesan kemerah-merahan pada kulit wajah. 






Setelah selesai menjalani rawatan, pesakit akan dibekalkan ubat sapu iaitu Antibiotik dan brusing cream. Antibiotik perlu disapu setiap kali selepas cuci muka sebagai langkah terakhir setelah set penjagaan wajah di pakai secara rutin.


Inilah hasil setelah hampir dua minggu rawatan ini dijalankan. Kesan parut jerawat telah pudar dan setakat ini tidak ada sebarang kesan sampingan pada kulit wajah saya. 


Selain rawatan wajah melalui proses subcision, terdapat banyak lagi rawatan lain yang di tawarkan di Premier Clinic ini. Antara rawatan yang ditawarkan disini ialah rawatan kulit, rawatan rambut, dan rawatan untuk menurunkan berat badan. Jika anda ingin melakukan rawatan di sini anda layak diberi potongan harga sebanyak 10% jika anda merujuk artikal saya ini.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Premier Clinic di talian 012-6625552 atau terus ke cawangan berdekatan anda seperti yang tertera dibawah ini.

1) TTDI - NO 31 Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), 60000 Kuala Lumpur. (* sama barisan dengan Pizza Hut dan bersebelahan dengan Maxis dan Digi Centre) 

2) Bangsar - 40 Jalan Telawi Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur. (*sama barisan dengan Post Office dan bersebelahan dengan kedai mamak Raj Banana Leaf)

Contact details: 012-6625552
Instagram: premier_clinic
Dr Kee Yong Seng's blog page: http://www.KLasethetic.com



3 comments: