Followers

Monday, 1 February 2016

Hari Pertama di Bulan Febuari 2016 bersama Memori Terbakar di Sawah Padi

Assalamualaikum.

Hai semua..Hari ini 1hb Febuari 2016. Sekejap je da masuk bulan baru. Pejam celik pejam celik habis da satu bulan berlalu.


Untuk hari pertama di bulan Febuari ini apa yang nak diceritakan ye? Ermmmm...hari ini nak cerita short story je..


Mesti korang tertanya-tanya kan kat mana saya ambil gambar-gambar ni. Ini la keadaan kawasan di sawah padi selepas musim menuai.


Kebiasaannya tanah di sawah padi ini akan dibakar selepas musim menuai untuk mengekalkan kesuburan tanah. Tanah yang dibakar ni secara semulajadinya akan menjadi baja.

Tapi perlu berhati-hati juga la sebab berkemungkinan akan menyebabkan api merebak ke tempat lain macam yang dilaporkan dalam surat khabar Harian Metro hari ini yang mana stor simpan alat-alat dan mesin menuai padi terbakar di Kedah.

Sekian. Terima kasih kepada yang sudi baca blog saya ni. Bye...

P/s: Kalau singgah di negeri Perlis jangan lupa menikmati air nira yang sangat banyak khasiat di Ladang Nipah Kipli dan jangan lupa juga untuk singgah di Taman Ular dan Reptilia, Taman Herba, dan sebagainya.

4 comments:

  1. Gini plak caranya nak bagi subur tanah lps menuai erkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi bukan semua orang bakar tanah bendang. Kalau semua tak bernafas la jawabnya..:)

      Delete
  2. rindunya tengok suasana padi dibakar, dulu masa kecik2 selalu jer tengok pemandangan sebegini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak ada moment kat sawah padi masa kecik-kecik dulu..so tak rasa sentimental value tu..tapi seronok la sebab pengalaman baru..lagipun suasana kampung aman sangat rasa..:)

      Delete