Followers

Sunday, 31 January 2016

Taman Ular dan Reptilia Perlis

Jika berkunjung ke negeri Perlis pasti akan merasa rugi kalau tak singgah ke tempat-tempat menarik di daerah Kangar ini. Dikelilingi dengan sawah padi amat la memberi ketenangan kepada saya yang dah biasa dengan kesibukan kota.

Taman Ular dan Reptilia Perlis merupakan salah satu tarikan pelancongan yang ada di negeri Perlis selain Taman Burung, Taman Herba, Taman Bunga, Ladang Nipah Kipli dan sebagainya.

Tempat Pelancongan Menarik di Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Taman Ular dan Reptilia Perlis, Qiya, Saad

Lokasi Taman Ular dan Reptilia Perlis terletak kira-kira 10km dari bandar Kangar.

Tempat Pelancongan Menarik di Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Taman Ular dan Reptilia Perlis, Qiya, Saad

Terdapat kira - kira 150 ekor ular dari 34 spesies di taman ini. 25 spesies ular tempatan dan sembilan spesies dari luar negara. 10 spesies ular ditaman ini adalah jenis yang berbisa dan selebihnya tidak berbisa. 

Tempat Pelancongan Menarik di Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Taman Ular dan Reptilia Perlis, Qiya, Saad

Diantara jenis ular yang terdapat di taman ini ialah ular sawa, ular tedung selar, ular tedung senduk, ular ekor merah, ular kapak bakau, ular rusuk kerbau dan ular katam termasuk katam tebu dan katam payung serta punti. 

Tempat Pelancongan Menarik di Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Taman Ular dan Reptilia Perlis, Qiya, Saad

Paling berbisa ialah ular tedung senduk sembur. Ular paling berat ialah ular sawa seberat 80kg dan panjang 23 kaki. 

Tempat Pelancongan Menarik di Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Taman Ular dan Reptilia Perlis, Qiya, Saad

Pengunjung juga boleh melihat landak, memerang, biawak hutan termasuk seekor biawak berekor dua, katak bertanduk, ijok, iguana, tuntung dan rusa.

Tempat Pelancongan Menarik di Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Taman Ular dan Reptilia Perlis, Qiya, Saad

Ketika melangkah masuk ke Taman Ular dan Reptilia Perlis ini kita akan ditawarkan servis fotoshoot. Satu keping gambar berharga RM25, manakala 3 keping pula berharga RM50. Selain itu banyak lagi cenderamata yang boleh didapati disini seperti keychain, customize T-shirt yang mana boleh print gambar kita sendiri, dan banyak lagi.

Tempat Pelancongan Menarik di Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Taman Ular dan Reptilia Perlis, Qiya, Saad

Landskap Taman Ular dan Reptilia Perlis ini juga agak menarik. Terdapat pondok untuk pengunjung berehat setelah penat berjalan.

Tempat Pelancongan Menarik di Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Taman Ular dan Reptilia Perlis, Qiya, Saad

Namun bagaimana pun buat masa ini fasiliti disini sedang di naik taraf. Terdapat bangunan baru dibina untuk penempatan baru haiwan-haiwan eksotik ini.

Tempat Pelancongan Menarik di Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Taman Ular dan Reptilia Perlis, Qiya, Saad

Oh ye..hampir terlupa pasal tiket masuk  ke Taman Ular dan Reptilia ini. Untuk dewasa RM5.00 manakala RM2.00 untuk kanak-kanak. Tapi disebabkan terdapat pembinaan disini tiket dewasa RM5.00 adalah untuk 2 orang. Jadi tiket dewasa RM2.50 untuk seorang pengunjung. 

4 comments:

  1. Tula..tengok dalam cermin pun rasa takut jugak yien..tapi sekarang ni ada yang kecik-kecik je ular tu..yang besar tak ada..

    ReplyDelete
  2. Tak tau pun ada Taman Ular di Perlis. Last time pergi Perlis cuma pergi Taman Anggur je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak tempat-tempat best dekat Perlis ni..tapi saya pun tak sempat pergi tempat lain..Ladang Nipah Kipli pun best jugak..minum ABC, air nira nipah, murah-murah je..private plak tu..:)

      Delete