Followers

Thursday, 21 January 2016

SPRM Tahan Empat Individu Termasuk Seorang yang Berpangkat Dato berkaitan Kes Rasuah Isu Perlombongan Bauksit di Kuantan, Pahang.

Assalamualaikum...


Hai semua..hari ini rasa terdetik dihati ini untuk membangkitkan isu semasa yang berhubung kait dengan masalah politik negara Malaysia masa kini. Tadi terdengar berita dalam radio Sinar FM yang mana SPRM menahan Empat Individu Termasuk Seorang yang Berpangkat Dato berkaitan kes Rasuah Isu Perlombongan Bauksit di Kuantan, Pahang. Isu bauksit ini sebenarnya bukan isu baru, dah berbulan-bulan orang ramai komplen tapi diorang buat dek je.



Kenapa bauksit ini dilombong? Bauksit ini apa sebenarnya? Saya percaya ramai yang dah tahu apa bendanya bauksit ini. Tapi mungkin ada juga yang masih terpinga-pinga dan tertanya-tanya bauksit ini apa bendanya. Baiklah, biar saya terangkan secara ringkas ye. Bauksit ni sebenarnya tanah yang mengandungi mineral semulajadi dan kandungan utamanya adalah logam Aluminium. Hari itu sempat bercerita dengan seorang kawan yang juga bekerja sebagai pemandu lori bauksit ini, katanya bauksit ini lepas dikorek akan dieksport ke China untuk diproses menjadi bahan mentah untuk dijadikan pelbagai perkakasan yang diperbuat daripada logam aluminium ni. Biasanya bauksit ni digunakan sebagai bahan mentah untuk membina sebuah kapal.


Dengar cerita lagi ramai juga pengusaha bauksit ini, lebih kurang 26 pengusaha yang ada lesen perlombongan bauksit ni. Inilah bukti kerakusan manusia terhadap alam sekitar demi mengaut keuntungan tanpa mengira kesan terhadap keseimbangan dan juga keharmonian manusia termasuk habitat semulajadi flora dan fauna. Hari-hari penduduk di kawasan berdekatan tapak perlombongan ini terpaksa menghirup udara kotor dan air sungai dibiarkan keroh dek tanah-tanah dari tempat perlombongan mengalir kedalamnya.


Setelah hampir beberapa bulan mendengar rungutan orang ramai baru la isu ini diputuskan dalam sidang Parlimen untuk menghentikan aktiviti perlombongan bauksit ini selama tiga bulan bermula 15 Januari 2016 lalu. Namun walaubagaimana pun bauksit yang telah dilombong akan tetap dieksport ke luar negara untuk diproses.



No comments:

Post a Comment