Followers

Tuesday, 12 January 2016

Mission completed for this semester: Oh My FYPII!

Assalamualaikum...

Baru seminggu saya dapat tarik nafas lega sebab benda yang menghuru-harakan hidup saya selama setahun lebih ni berjaya diselesaikan dengan sempurna. Alhamdulillah. Makanya berlabuhlah tirai semester ni bila thesis dah complete dan exam pun dah habis. Last paper pada 5hb Januari 2015. Yeay, MERDEKA! hehehe...


qiya, saad, uitm, kejuruteraan, awam, blogger, malaysia, student
CD1 dan CD2 untuk diserahkan kepada Fakulti dan SV


Macam-macam cabaran yang saya tempuhi bersama partner Final Year Project (FYP) saya iaitu Muhammad Yusra selama proses menyempurnakan thesis ni. Dari mula lagi betapa kelam-kabutnya kitorang bila FYP Coordinator merangkap Supervisor (SV) iaitu Dr. Anizahyati binti Alisibramulisi bagi tajuk kat kitorang. Banyak kali juga tukar tajuk sebenarnya disebabkan masalah teknikal yang tak boleh dielakkan. Tajuk first adalah Investigation of Tensile Test Properties (High Yield Steel) by using Digital Image Correlation (DIC) Technique untuk selesaikan FYPI. Tapi selepas itu tajuknya ditukar kepada Evaluation of Tensile Test Strength (Mild Steel) by using Particle Swarm Optimization (PSO) Technique. Jauh beza tajuk dia kan? Tu yang buat kitorang jadi huru-hara sangat tu dengan material kena cari sendiri. 

Habis semua tempat saya terjah termasuklah SIRIM Shah Alam. Tapi alhamdulillah staff SIRIM tu memang supporting sangat, buat je appointment dengan dia lepas tu just pergi collect steel plate tu kat SIRIM. Tapi malangnya material tu tak boleh digunakn sebab gred dia lain dengan apa yang kitorang perlukan. Tapi saya still berterima kasih kepada pihak SIRIM Shah Alam sebab berusaha untuk bantu kitorang ni.


qiya, saad, uitm, kejuruteraan, awam, blogger, malaysia, student
Final Year Project (FYP) bounce

Banyak proses sebenarnya untuk siapkan thesis ni. Bukan setakat tulis report dengan buat presentation je, tapi kena survive sendiri dan tak boleh hanya mengharapkan idea dari SV je. Kitorang banyak habiskan masa kat makmal untuk running Tensile Test iaitu ujian regangan untuk dapatkan Strain dengan Stress besi tu. Strain tu adalah nisbah perubahan pemanjangan, ΔL (besi) kepada panjang asal, L besi tu manakala Stress pula adalah daya, F yang dikenakan terhadap luas permukaan, A. Kalau ikut formula matematik pula adalah Strain, ε = ΔL/L dan Stress, σ = F/A.  Strain dengan Stress ni adalah properties yang penting untuk tentukan kekuatan sesuatu bahan tu. Semua ni ada hubung kait dengan bangunan yang dibina tu kukuh atau tak. Kenapa kitorang buat kajian pasal kekuatan besi? kenapa tak buat ujian kekuatan kayu ke..sebenarnya penggunaan besi sangat penting sekarang ni sebab boleh kata semua bangunan yang dibina mesti menggunakan besi sebagai struktur asas bangunan. Selain tu, kenderaan, mesin-mesin, dan perkakas rumah pun banyak menggunakan besi. Sebab tu kajian dan teknologi yang tepat dan cepat sangat-sangat diperlukan pada masa kini. 

Seterusnya saya nak belanja gambar-gambar preparation sampai siap thesis kitorang ni untuk rujukan adik-adik student Engineering semua. Terima kasih kerana membaca.

qiya, saad, uitm, kejuruteraan, awam, blogger, malaysia, student, auto CAD, drawing, drafter
Dog bone shape drawing


qiya, saad, uitm, kejuruteraan, awam, blogger, malaysia, student
Proses mengukur

qiya, saad, uitm, kejuruteraan, awam, blogger, malaysia, student
Besi yang telah dipotong guna Hand Shear Machine


qiya, saad, uitm, kejuruteraan, awam, blogger, malaysia, student
Dog bone shape sedia untuk diuji mengunakan Universal Testing Machine (UTM)

qiya, saad, uitm, kejuruteraan, awam, blogger, malaysia, student
Besi diapit oleh jig UTM



qiya, saad, uitm, kejuruteraan, awam, blogger, malaysia, student
Tensile test tengah running


qiya, saad, uitm, kejuruteraan, awam, blogger, malaysia, student
Particle Swarm Optimization (PSO) banner

p/s: Entry ni berbentuk teknikal. Sesuai untuk rujukan pelajar Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Mekanikal sahaja.

4 comments:

  1. Bahasa Melayu pun dah pening sebenarnya bila nak buat FYP nanti. Ironinya, saya pun habis exam hari tu 5 Januari. hehe
    Good luck uitmian. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahasa Melayu?FYP kan in english..owh sama ke?awak student faculty apa ye haziq?

      Delete