Followers

Friday, 26 June 2015

Giveaway: 2nd Anniversary Yana & Dean

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Klik BANNER untuk join (^^,)

SENARAI HADIAH :

Wang Tunai RM30 x 1 pemenang (Top Referral)
Wang Tunai RM20 x 1 pemenang
Sehelai instant shawl benang hitam x 1 pemenang
Sekotak mineral coffee x 1 pemenang
BVR Collagen x 1 pemenang
Topup RM5 x 1 pemenang
Jeju Mask x 3 pemenang
Keychain Sarawak x 3 pemenang
*Hadiah akan ditambah sekiranya penyertaan menggalakkan (^^,)

TARIKH GIVEAWAY : 1 JUN ~ 1 JULAI 2015


Tuesday, 23 June 2015

Adakah sah puasa tanpa mandi wajib?

Sumber
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Belum terlambat lagi rasanya kalau saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam. Hari ni nak cite pasal adakah sah puasa tanpa mandi wajib?. Pagi tadi buka Youtube tengok ceramah Ustaz Azhar Idrus pasal puasa, tu yang terjumpa video pasal sah tak sah kalau kita berpuasa dalam keadaan hadas besar.

Ustaz Azhar Idrus cakap mandi wajib ni ada dua sebab sebenarnya. Yang pertama, mandi wajib untuk sucikan diri dari haid dan nifas. Yang kedua adalah mandi wajib sebab keluar air mani ataupun suami isteri bersetubuh pada waktu malam. Mandi wajib yang kedua ni biasanya disebut mandi junub.

Berbalik pada hukum sah atau tak sah puasa ketika berhadas ni. Untuk sebab yang pertama, tak sah berpuasa ketika berhadas besar kerana belum mandi wajib selepas kedatangan haid atau nifas. Manakala hukum berpuasa bagi seseorang yang belum mandi junub tetapi telah berniat untuk puasa sebelum waktu subuh adalah sah. 

Ada dua dalil yang saya ambil dari www.zaharuddin.net bagi mengukuhkan lagi statement Ustaz Azhar Idrus tu.

Kesohihan puasa orang yang belum mandi wajib ini adalah berdasarkan kepada apa yang pernah berlaku kepada Nabi s.a.w sebagaimana diriwayatkan iaitu :-

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ كان يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وهو جُنُبٌ من أَهْلِهِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ

Ertinya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w  dalam keadaan berjunub hasil bersama dengan isterinya semasa sampai waktu fajar (Subuh), kemudian baginda s.a.w mandi dan berpuasa pada hari tersebut " ( Riwayat Al-Bukhari, Bab As-Soim Yusbihu Junban, 2/679 ; Muslim, 2/779 )

Disebutkan juga bahawa isteri Nabi s.a.w iaitu Ummu Salamah r.a pernah ditanya adakah sah puasa orang yang tatkala masuk waktu subuh berpuasa sedangkan ia belum mandi hadas.
Ummu Salamah menjawab :-

كان رسول اللَّهِ يُصْبِحُ جُنُبًا من جِمَاعٍ لَا من حُلُمٍ ثُمَّ لَا يُفْطِرُ ولا يَقْضِي

Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sendiri pernah masuk Subuh dalam keadaan ia berjunub hasil 'bersama dengan isterinya' dan bukan dari mimpi , kemudian bgainda tidak berbuka dan tidak pula mengganti puasanya (menunjukkan puasanya sah)" ( Riwayat Muslim, 2/780 ; sohih )

Monday, 22 June 2015

Latihan Asas Keusahawanan Skim Usahawan Siswazah (SUS)


PENGENALAN

Skim Usahawan Siswazah (SUS) adalah program anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) untuk melaksanakan kursus dan Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) untuk pinjaman Tabung Usahawan Siswazah. Program ini merangkumi dua komponen iaitu Skim Usahawan Siswazah (kursus) dan Tabung Usahawan Siswazah (pinjaman).

KUMPULAN SASAR

Terbuka kepada sekurang-kurangnya pemegang Diploma yang telah tamat pengajian tidak melebihi 15 tahun dan berumur tidak melebihi 40 tahun dari Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta dalam dan luar negeri yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Politeknik di bawah Kementerian Pengajian Tinggi  atau Kolej MARA. Pelajar di tahun akhir, semester akhir boleh  mengikuti kursus Skim Usahawan Siswazah tetapi hanya layak memohon pinjaman Tabung Usahawan Siswazah selepas tamat pengajian dengan menyertakan transkrip keputusan penuh.

OBJEKTIF KURSUS

meningkatkan bilangan siswazah dalam bidang keusahawanan yang akan menyumbang ke arah matlamat pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB);
Memberi latihan penyediaan rancangan perniagaan, pengurusan pemasaran dan kewangan, mengenalpasti peluang perniagaan dan kemudahan pembiayaan; dan
Melayakkan peserta memohon pembiayaan Tabung Usahawan Siswazah (TUS).

SKIM USAHAWAN SISWAZAH (KURSUS)

Latihan ini diadakan sebagai satu langkah untuk menggalakkan dan meningkatkan penglibatan siswazah dalam bidang perniagaan sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berpendidikan tinggi.

TEMPOH

Sepenuh masa : 8.30 pagi – 10.30 malam.

KANDUNGAN

Modul 1: Keusahawanan dan Motivasi Keusahawanan;
Modul 2: Pengurusan Perniagaan;
Modul 3: Peluang Perniagaan;
Modul 4: Rancangan Perniagaan;
Modul 5: Pengurusan Kewangan; dan
Modul 6: Taklimat Pembiayaan.

YURAN

Yuran kursus adalah sebanyak RM250.00 (termasuk nota, makan & penginapan). Bayaran hendaklah dibuat pada hari pendaftaran untuk diserahkan kepada urusetia dan dijelaskan dalam bentuk Kiriman Wang, Bank Deraf atau Wang Pos sahaja atas nama Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

TEMPAT

Peserta blh memilih tempat kursus (negeri) yang ingin dihadiri seperti di dalam jadual. Maklumat terperinci mengenai lokasi kursus akan dimaklumkan melalui surat tawaran yang akan diedarkan selewat-lewatnya 2 minggu dari tarikh kursus bermula. Kursus ini diadakan di seluruh negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

PERMOHONAN KURSUS

Pemohon boleh mendapatkan Borang Latihan Keusahawanan melalui laman web INSKEN. Permohonan perlu disertakan dengan borang kursus, sijil akademik dan pengiktirafan MQA atau JPA.  Pemohon perlu menyemak  (sendiri pengiktirafan sijil melalui MQA atau JPA sebelum memohon kursus . Permohonan boleh dikemukakan ke INSKEN melalui :

Email kepada arni@miti.gov.my atau nurakmar@miti.gov.my (attachment : pdf sahaja);
Faks di talian 03-88805199/ 5152; atau
Pos ke alamat :

Aras 3, Blok Menara
Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI)
No.18, Persiaran Perdana,Precint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 Putrajaya.

TABUNG USAHAWAN SISWAZAH (PINJAMAN)

Dana Tabung Usahawan Siswazah (TUS) disediakan oleh kerajaan untuk pemohon yang telah mengikuti kursus Skim Usahawan Siswa yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sahaja. Selain itu, dana TUS juga layak dimohon oleh peserta Program Inkubator Usahawan Siswazah (PIUS) yang dikendalikan oleh SME Bank.

Permohonan terbuka kepada pemohon yang ingin memulakan perniagaan, telah mempunyai perniagaan dan ingin mengembangkan perniagaan. Pemohon adalah diwajibkan mengikuti kursus untuk melayakkan permohonan pembiayaan TUS melalui SME Bank.

SYARAT PERMOHONAN TUS

Pinjaman melalui TUS adalah untuk pembiayaan harta tetap dan modal kerja atau kedua-duanya sekali;
Pengambilalihan syarikat/ firma dan perolehan teknologi juga adalah dibenarkan. Ianya terbuka kepada pembiayaan projek-projek dalam industri yang mendapat galakan kerajaan dan berdaya maju kecuali pelaburan hartanah, industri 'primary agriculture', direct selling, cybercafe dan insurans;
Mestilah pengusaha sepenuh masa dan pemilik majoriti perniagaan;
Permohonan dana TUS boleh dibuat dengan mengemukakan sebanyak lima (5) salinan Rancangan Perniagaan (RP) yang lengkap kepada INSKEN, MITI mengikut format RP SME Bank untuk melayakkan ke proses penapisan (screening).

Pemohon TUS yang telah menghantar 5 salinan RP kepada INSKEN akan diberikan surat tawaran untuk menghadiri proses penapisan.
Pemohon perlu membentangkan RP tersebut yang bertempat di INSKEN, MITI. Pembentangan Rancangan Perniagaan adalah antara 30-40 minit dan akan dinilai oleh INSKEN dan SME Bank; dan
Pemohon yang beroperasi di Sabah dan Sarawak diberikan pengecualian daripada menghadiri proses penapisan di INSKEN. Permohonan dana TUS boleh dibuat melalui SME cawangan Sabah dan Sarawak.

KEMUDAHAN PINJAMAN (DANA TUS)

Pinjaman yang disediakan adalah dari RM20,000.00 hingga maksimum RM500,000.00. Walaubagaimanapun, had pembiayaan boleh dipertingkatkan sehingga maksimum RM750,000.00 khusus untuk pembiayaan bagi pengambilalihan syarikat sahaja (hanya pembiayaan aset tetap);
Membiayai keperluan harta tetap atau modal kerja projek perniagaan atau kedua-duanya;
Pemohon yang telah berniaga dan beroperasi melebihi dua (2) tahun tidak perlu menghadiri kursus Skim Usahawan Siswazah (SUS) dan proses penapisan (screening) di INSKEN;
Kadar faedah 4% setahun;
Tempoh pembiayaan maksimum sehingga 10 tahun (tidak termasuk bangunan) dan 20 tahun (untuk bangunan/ premis perniagaan sahaja) dari tarikh pengeluaran wang pertama;
Tempoh pengecualian bayaran balik pinjaman maksimum sehingga 48 bulan;
Tiada penjamin diperlukan bagi pembiayaan bangunan/ premis perniagaan atau pembiayaan modal kerja sehingga RM100,000.00;
Untuk pembiayaan melebihi RM100,000.00 penjamin hanya menjamin sebanyak 20% daripada jumlah baki pinjaman yang melebihi RM100,000.00 sahaja;
Pembiayaan sehingga 100% daripada kos item yang dibiayai (termasuk kos insurans, yuran dokumentasi guaman dan yuran-yuran perundingan) bagi pembiayaan sehingga RM100,000.00;
Pembiayaan sehingga 90% daripada kos item yang dibiayai (termasuk kos insurans, yuran dokumentasi guaman dan yuran-yuran perundingan) bagi pembiayaan melebihi RM100,000.00; dan
Pembiayaan secara konvensional dan syariah.




Sport Event: Run With Us 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni saya nak tulis entry tentang sport event yang dianjurkan oleh hooha.asia iaitu Run With Us 2015. Run With Us 2015 ni akan diadakan seminggu selepas ASEAN Unity Run 2015 yang juga dianjurkan oleh hooha.asia yang akan berlangsung di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2015.

run, with, us, sport, event, putrajaya, syarifah, sakinah

Run With Us 2015 ini akan diadakan pada 16 Ogos 2015, pada jam 6.15 pagi, bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.


Antara kategori-kategori yang boleh disertai adalah seperti di bawah ini.


Setakat hari ini kategori E telah pun memenuhi kuota penyertaan iaitu 1000 peserta.

Untuk kategori A, B, C, dan D hadiahnya adalah berupa wang tunai seperti di bawah ini.


Untuk maklumat lanjut berkaitan syarat-syarat penyertaan dan pendaftaran sila klik SINI

Kebiasaannya sebelum acara seperti ini diadakan para peserta perlu mengambil peralatan peribadi yang disediakan oleh penganjur seperti T-shirt, batch dan sebagainya.

 Saiz T-shirt seperti di bawah ini.


Detail-detail berkaitan Race Kit Collection adalah seperti berikut:-

Tempat  : Akan diberitahu
Tarikh    :  14 & 15 Ogos 2015
Masa    : 10.30am to 6.30pm

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Jun 2015.

3rd Giveaway Sulaman Lace Heaven

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Giveaway, giveaway, giveaway. Kalau cakap pasal giveaway ni mesti ramai yang excited kan? Of course la..semua orang nak barang free..lagi-lagi syarat dia simple sangat..pejam mata pn boleh buat..hehe..

3rd, giveaway, sulaman, lace, heaven
Klik gambar untuk join

Syarat penyertaan mudah sangat-sangat..just follow a few simple steps je..tarikh tutup penyertaan pula adalah 25 Jun 2015. Tinggal dua hari je lagi..tapi still sempat nak join 3rd Giveaway Sulaman Lace Heaven ni..good luck to all of u guys..

Saturday, 20 June 2015

Resepi Biskut Almond London

Sumber
Bahan-bahan (Anggaran 150 biji)

250 gm mentega
125 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
50 gm serbuk badam
200 gm tepung jagung
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
50 gm badam cincang (untuk hiasan)
70 gm compound coklat (coklat masakan)

Cara-cara:-

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur serta esen vanila. Pukul lagi.
3. Masukkan serbuk badam dan kacau.
4. Ayak bersama tepung jagung dan baking powder. Gaulkan bersama adunan tadi.
5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
6. Bentukkan doh menjadi bulat kecil/lonjong. Jangan lupa untuk masukkan kacang badam didalamnya.
7. Letakkan diatas dulang pembakar yang telah dilenserkan dengan sedikit mentega.
8. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit atau sehingga masak.
9. Sementara menunggu, cairkan compound coklat dengan kaedah 'double-boil'.
10. Kemudian golekkan biskut dalam coklat yang telah dicairkan tadi dan masukkan kedalam cawan kertas. Setelah itu, taburkan badam cincang ke atasnya sebagai hiasan.
11. Biarkan kering.


Kredit: myresepi.com

Tags: Resepi inti kacang merah|Resepi mini popiah simpul|Resepi rendang daging cili padi|Resepi udang masak sambal cili padi|Resepi kuih bom bijan/onde-onde inti kacang merah|

Resepi kuih bom bijan/onde-onde inti kacang merah

Sumber
Bahan-bahannya:-

250gm tepung pulut
2 sudu makan tepung gandum
sedikit garam
santan cair secukupnya
Inti secukupnya : inti kacang merah atau inti kelapa atau inti kacang hijau
Bijan secukupnya
Minyak untuk mengoreng

Cara-caranya:-

1. Masukkan tepung dan garam dalam bekas, gaul rata
2. Tuangkan santan cair sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan.
3. Ambil sedikit doh dalam anggaran 30gm dan bulat-bulatkan. Buat sehingga habis doh tersebut
4. Ambil dulang dan tabur dengan bijan
5. Leperkan doh dan masukkan inti, tutup rapat supaya inti tidak terkeluar. 6. Bulatkan dan letakkan diatas bijan yang ditabur atas dulang tadi. Buat langkah 5 sehingga semua doh habis.
7. Goyang-goyang dulang supaya semua kuih diliputi dengan bijan.
8. Rehatkan kuih bom anda sebelum digoreng.
9. Goreng dengan minyak panas sehingga kekuningan. Pastikan digoreng dengan mengunakan api sederhana.

Tips:

1. Jangan terus goreng kuih bom yang telah siap dimasukkan inti. Jika anda terus goreng, kuih bom anda akan mengelembung dan pecah serta 'meletup'. Kuih anda tidak cantik dan ia jugak tidak garing.

2. Jika buat malam, biarkan dalam dulang dan tutup dengan kain bersih. Goreng pagi esoknya. Jika nak makan petang, buat pagi dan goreng petang.

Kredit: resepidaria.com

Tags: Resepi inti kacang merah|Resepi mini popiah simpul|Resepi rendang daging cili padi|Resepi udang masak sambal cili padi

Resepi inti kacang merah

inti, kacang, merah, kuih, bom, bijan, onde-onde, resepi, tradisional

Bahan-Bahan:

500 gram kacang merah, rendam semalaman
6 cawan air
2 helai daun pandan
1 cawan serbuk gula merah, masak bersama 1/2 cawan air dan tapis
1 3/4 cawan
100 gram butter atau marjerin
1/2 cawan minyak sayur
secubit garam

Cara Penyediaan:

1. Bilas kacang yang telah direndam semalaman.

inti, kacang, merah, kuih, bom, bijan, onde-onde, resepi, tradisional

2. Rebus bersama air dan daun pandan yang dicarik dan simpul. Rebus sehingga kacang betul-betul lembut dan empuk.

inti, kacang, merah, kuih, bom, bijan, onde-onde, resepi, tradisional

3. Jika kacang masih keras dan air sudah kering, tambahkan lagi beberapa cawan air.

4. Apabila sudah lembut (kacang mudah dipicit hancur jika lembut), sejukkan kacang dan kisar di dalam blender.

inti, kacang, merah, kuih, bom, bijan, onde-onde, resepi, tradisional

5. Masak kacang yang telah dikisar tadi bersama gula, butter, minyak sayur dan secubit garam dan kacau sehingga kering.

inti, kacang, merah, kuih, bom, bijan, onde-onde, resepi, tradisional

6. Angkat dan sejukkan.

Friday, 19 June 2015

Giveaway Duit Raya Dari BBL


< Klik gambar untuk join >

Assalamualaikum & hello there,


Siapa cakap bila dah besar mesti tak dapat duit raya? Sempena bulan Syawal bakal datang BBL dengan rasa gembira nak bagi duit raya kepada blogger bertuah. Cepat beratur submit entri ya. Boleh belanja diri sendiri makan aiskrim pasu.

Hadiah duit raya

Duit raya RM20 
untuk 1 orang pemenang

Duit raya RM10 
untuk 3 orang pemenang

Duit raya RM5 
untuk 5 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di

Follow blog

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway  Duit Raya Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 Julai 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 Julai 2015 nanti

BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya

Tuesday, 16 June 2015

BIGBANG 2015 World Tour (Made) in Malaysia pada 25 Julai 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Kepada peminat-peminat k-pops, korang mesti teruja kan bila ada artis-artis dari Korea ni datang buat concert kat negara kita. Baru-baru ni saya banyak terbaca pasal kontroversi anak-anak gadis Melayu bertudung dipeluk dan dicium artis-artis lelaki dari negara Korea tersebut.

Memang memalukan sebenarnya sebab negara kita adalah sebuah negara Islam yang menganggotai pertubuhan antarabangsa iaitu Organization Islamic Cooperation (OIC) ataupun dalam bahasa Melayu adalah Pertubuhan Kerjasama Islam. Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara Timur Tengah dan utara Afrika, Caucasus, Asia Tenggara, Asia Tengah, Balkan, dan Asia Selatan.

Sedikit teguran ingin saya sampaikan kepada gadis-gadis Melayu Islam yang terlampau fanatik dengan artis-artis k-pop ni lagi-lagi yang menutup aurat. Tak salah pun kalau nak berhibur tapi perlu ada batasan. Berfikir dan terus berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara tu. Kita perlu berfikir secara rasional dalam setiap tindakan kerana setiap apa yang kita lakukan akan mencerminkan siapa diri kita yang sebenarnya dan lebih buruk lagi nama baik negara Islam akan terus tercemar. Maaf kalau ada yang terasa, tapi percayalah, ini hanyalah sekadar satu teguran ikhlas dari saya yang juga insan biasa yang seringkali melakukan kesilapan.

Okay, berbalik semula pada BIGBANG 2015 World Tour ni. Concert ini akan diadakan pada 25 Julai 2015, jam 6 petang bertempat di Putra Indoor Stadium, Bukit Jalil.




Harga tiket adalah seperti berikut:-

Rock Zone A - RM798 (Free standing)
Rock Zone B - RM698 (Free standing)
VIP Cat 1 - RM698 (Numbered seat)
Cat 2 - RM598 (Numbered seat)
Cat 3 - RM498 (Numbered seat)
Cat 4 - RM288 (Numbered seat)
*Harga tiket adalah termasuk 6% GST dan tidak termasuk yuran pemprosesan sebanyak RM4.

Untuk maklumat lanjut berkaitan concert, sila layari Facebook rasmi IME Productions www.facebook.com/imepmy atau Facebook rasmi BIGBANG.

Kredit: k-popped.com




Tutorial cara memasang Widget Join This Site di blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk entry ni saya nak share tentang cara memasang Widget Join This Site di blog.


Cara-caranya seperti berikut:-

1. Buka Blogger Dashboard > Layout > Add Gadget > Java Script

2. Copy paste script di bawah ni

<a href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=3317579390176803773" title="Follower Blog" rel="nofollow" target="_blank"><img src="http://4.bp.blogspot.com/-a409Bq2T2bE/UmvRU1JEMiI/AAAAAAAAaWA/IdJz0L5Yv2g/s1600/Follow+my+blog.gif" width="117" height="21" alt="Google Follower" style="border:0;" title="Follower Blog"/></a>

3. Gantikan nombor yang berwarna merah dengan ID blog anda.

Cara untuk mendapatkan ID blog

ID blog boleh didapati dengan cara membuka Dashboard Blogger blog anda yang terpapar di Address Bar blog anda seperti gambar di bawah.

ID blog
4. Klik Save arrangement.

Sekarang anda boleh buka blog anda dan cuba klik Widget tersebut.

Tags: Tutorial cara pasang lagu dalam blog|Tutorial cara buat blog|

Sunday, 14 June 2015

Sport Event: ASEAN Unity Run 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


ASEAN Unity Run 2015 akan diadakan pada 9 Ogos 2015 bertempat di Kuala Lumpur sehari selepas sambutan hari ASEAN iaitu pada 8 Ogos 2015. 

Tujuan ASEAN Unity Run ini diadakan adalah untuk menyatukan semua peserta dari seluruh rantau Asia Tenggara untuk berlari bersama-sama.

Terdapat tiga kategori iaitu 21KM Race, 10KM Run, 5KM Fun Run.

ASEAN Unity Run ingin meningkatkan budaya berlari dan aktiviti dalam komuniti bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh Rantau Asia Tenggara.

Yuran penyertaan adalah seperti di bawah ini.

asean, unity, run, kuala, lumpur

Klik SINI untuk pendaftaran.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

ASEAN Unity Run 2015
Secretariat
M Hotline: +60-3-5637-3821
icare@hooha.asia

Sebelum menyertai ASEAN Unity Run 2015 ini ada bebarapa persedian yang harus dibuat. Antaranya adalah latihan fizikal agar anda lebih bertenaga. Selain itu, persediaan lain adalah anda perlu mengambil peralatan untuk berlumba. 

asian, unity, run, 2015, kit, singlet
ASEAN Unity Run - Race Singlet

Maklumat pengambilan peralatan untuk perlumbaan adalah seperti di bawah: 

Tempat: 
Tan Sri Hamzah Arena, Level 3, Multi Purpose Hall, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat 50150 Kuala Lumpur.

Tarikh: 
1st & 2nd August 2015

Masa: 
10.00am to 6.00pm


Antara hadiah-hadiah berupa wang tunai untuk kategori 21KM Separa Marathon adalah seperti di bawah.


Selain itu, anda juga berpeluang untuk berlari bersama selebriti yang terpilih untuk menyertai ASEAN Unity Run ini.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://oneasean.my

Tags: ASEAN



Aman Malaysia

aman, malaysia, sukarelawan, kebajikan, peace, progress, unity

Bertonggakkan Prinsip-Prinsip Rukun Negara Malaysia , ‘AMAN MALAYSIA' adalah satu gerak inisiatif dan kempen , yang berdasarkan perpaduan dan keharmonian untuk seluruh rakyat dan masyarakat Malaysia.Moto Aman Malaysia adalah " Peace . Progress . Unity " ( Keamanan, Pembangunan, Perpaduan ).

Presiden Aman Malaysia

aman, malaysi, hazali, abu, hassan

Dato Mohamed Hazali Abu Hassan

"Saya bercita-cita agar masyarakat Malaysia dari pelbagai kaum, agama dan latarbelakang dapat sentiasa hidup aman dan harmoni dan berharap agar visi Malaysia untuk menjadi sebuah Negara maju pada tahun 2020 akan tercapai . Kemajuan dan pencapaian ini bukan sahaja dari segi index kemajuan dan pembangunan fizikal , tetapi yang lebih penting ialah kemajuan dari segi keharmonian dan kerohanian minda secara menyeluruh , oleh masyarakat Malaysia."

Kredit: Laman Web Rasmi Aman Malaysia

Tags: Anggota ASEAN|Sukarelawan Aman Malaysia

Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

asean, bendera, sejarah, pertubuhan, negara, asia, tenggara, association, southeast, asian, nations

ASEAN, merupakan singkatan bagi "Association of Southeast Asian Nations" atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap November.

Prinsip ASEAN

Prinsip prinsip utama ASEAN digariskan seperti berikut:

1. Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua negara

2. Hak untuk setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada campur tangan luar, subversif atau koersion (coercion)

3. Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman

4. Menolak penggunaan ketenteraan

5. Kerjasama effektif antara anggota.

Anggota ASEAN

Kini ASEAN dianggotai oleh hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali Papua New Guinea. Negara-negara anggota adalah seperti berikut:

Brunei Darussalam
Filipina
Indonesia
Kemboja
Laos
Malaysia
Myanmar
Singapura
Thailand
Vietnam
Timor Leste (Bukan ahli, hanya negara pemerhati)

Kredit: Wikipedia

Pasaran hartanah mendatar pada 2015

KUALA LUMPUR: Pasaran hartanah dijangka mendatar sepanjang tahun ini disebabkan sentimen belian yang lemah, kata Presiden Institut Ejen-ejen Hartanah Malaysia (MIEA), Siva Shanker.

"Kini pasaran pada tahap sederhana, dengan pembeli enggan memasuki pasaran dan mengekalkan pendekatan berhati-hati," katanya. Beliau berkata, pasaran dijangka tidak memperlihatkan peningkatan dari segi jumlah transaksi, namun harga dijangka naik.

"Ini bukan disebabkan oleh GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) kerana dengan atau tanpa GST, harga akan terus meningkat berikutan kos pembinaan, bangunan dan tanah terus meningkat," katanya selepas Forum Pengurusan Pelaburan Affin Hwang Asset 2015 di sini hari ini.

Tahun depan, katanya pasaran dijangka menyaksikan peningkatan lima hingga enam peratus, terutama hartanah kediaman.

"Selari dengan unjuran perkembangan pasaran pada 2018, dipacu oleh bekalan, permintaan dan lokasi hartanah, mereka yang merancang membeli rumah, perlu melakukannya sekarang disebabkan lebih lama anda menunggu, anda perlu membayar harga yang lebih tinggi," katanya.

Pada forum itu, beliau berkata mereka yang mencari hartanah, terutama pembeli kali pertama, wajar membeli rumah mampu milik dan menaik tarafnya kemudian.

"Ada yang lazimnya mahu membeli hartanah yang tidak mampu mereka beli sekarang dan menyimpan wang untuk tujuan itu. Namun apabila sudah mampu, harganya kian meningkat. "Adalah lebih baik membeli hartanah pada kos yang lebih rendah dan menjualnya dan membeli hartanah yang lebih besar dan baik kemudian," katanya. - BERNAMA

Kredit: www.bharian.com.my

Tags: Berita Sukan

Saturday, 13 June 2015

Sukan Sea: Emas ke-50 negara menerusi sukan pelayaran


SINGAPURA: Emas ke-50 Sukan SEA diperoleh menerusi sukan pelayaran, acara 420 (Bawah 19 tahun) selepas gandingan Muhamad Uzair Amin Mohd Yusof dan Naquib Eiman Shahrin mengetepikan Thailand yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Gangsa dimenangi pelayar tuan rumah, Singapura.

Kredit: www.bharian.com.my

Celebrity giveaway 2015 at iDCC shah alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

First of all saya nak minta maaf banyak-banyak sebab picture blur sikit. Ok, saya tak nak bebel panjang-panjang just straight away regarding celebrity giveaway yang masih berlansung di iDCC shah alam.


Semalam giveaway dari Dynas Mokhtar da lepas so kita cite pasal yang hari ni jela ye. Pukul 1.00 tengahari ni Top medel, host, dan juga actress Amber Chia will be introducing to you the latest Pensonic products and its functionality. Ada 6 Pensonic hair dryer yang bakal diberikan kat korang yang bertuah. 

Selain tu pada pukul 3.00 petang ni (14 jun 2015) celebrity and master chef Dato' Fazley Yaakob will be demonstrating his special Raya recipes with free food tasting. Dan ada 5 buah Panasonic Personal Blender (with twin tumbler) MX-GM0501 yang juga bakal diberikan kepada korang semua. So, apa tunggu lagi?sapa yang tinggal sekitar area shah alam jom kita terjah!

Travel Log: Mai Singgah Port Dickson sat...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Port Dickson ni adalah salah satu pantai yang paling dekat dengan kawasan lembah klang selain pantai-pantai yang terdapat di negeri selangor.


Setiap tahun kalau berkesempatan biasanya ni la aktiviti kegemaran saya. Saya suka terapungkan badan atas air laut. Lagi best kalau dapat terlelap sekejap masa tengah baring tu. Rasa tenang sangat-sangat sebab tak dengar bunyi apa-apa bila telinga dalam air. 


Terasa macam kat dalam kubur. Gambaran dalam kubur kan sunyi je..eee seram pulak cite pasal ni..tapi apa-apa pun ni la cara saya untuk refresh dan buangkan semua stress akibat sibuk yang melampau-lampau tu.


Kebetulan masa pergi PD ni ada kejohanan perahu layar MSSM 2015 berlansung kat situ tapi tak sempat tengok sebab acara belum mula lagi untuk hari penutup tu (12hb Jun 2015). 


Kat PD hari tu tak buat aktiviti apa-apa pun, memang niat datang sini just untuk mandi dan snap foto as usual. Tapi setahu saya korang boleh main jetsky kat sini tapi saya tak tau berapa harga dia. Korang cek sendiri ye..hehe


Yang datang dari jauh tu kat sini banyak tempat penginapan. Ada chalet, apartmen, dan hotel. Masa datang sini hari tu Hotel Seri Malaysia jadi pilihan saya sebab dah malas nak cari tempat lain. Rate untuk family room adalah RM215. Ni dikira mahal la sebab time cuti sekolah kan. Kalau hari biasa murah sikit tapi tak banyak la dalam berapa ringgit je.

Kenangan terindah bersama geng-geng blogger 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

blogger, yeos, khirkhalid, qiya, qiyasaad, dayangdeno, nadiajohari, broframestone, halimbrothers, denaihati, bonikacak, melastikbintang, sheda ucu, mamadarwish, redmummy, ayujean, mohdrasul

Hari ni walaupun penat bersantai dengan geng-geng blogger untuk menjayakan program sepetang bersama blogger 2015 & yeo's tapi puas hati sebab dapat kenal dengan ramai sahabat-sahabat blogger bukan saja dari seluruh Malaysia tapi juga dari Indonesia.

sepetang, blogger, 2015, yeos, denaihati, equrban, putrajaya, usahawan

blogger, qiya, qiyasaad, khirkhalid, broframestone, dayangdeno, nadiajohari, miszrockers

Antara sahabat-sahabat blogger yang sempat saya berkenalan adalah uncle gedekDayang Deno, dan Halim Brothers

sepetang, blogger, 2015, yeos, denaihati, equrban, putrajaya, usahawan, qiyasaad, qiya, halimbrothers



Seronok sangat-sangat sebab dapat snap gambar dengan Halim. Selalu tengok kat facebook je. So, saya ucapkan selamat berkenalan dan tahniah kepada semua pemenang cabutan bertuah.Semoga ukhuwah ni berkekalan. Amin.

kem, ramadhan, beramal, bersama, bintang, artis, Ajak Shiro, nad zainal, akim, atikah, AG, heliza, qiya, qiyasaad, yeos

Untuk next event insyaallah saya akan menyertai program Kem Ramadhan - Beramal Bersama Bintang. Antara artis-artis jemputan adalah Ajak Shiro, Nad Zainal, Atikah, Akim, AG, dan Heliza. Program ni akan berlansung pada 11 Julai 2015 bertempat di SACC mall, Shah Alam. 

Friday, 12 June 2015

Berakhir seksaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni saya nak tulis entry pasal seksaan yang berakhir. Sementara menunggu ada lagi tak rakan-rakan blogger yang datang lambat di program sepetang bersama blogger kat kompleks sukan lasak, taman cabaran, presint 5, putrajaya ni saya pun manfaatkan la masa menunggu ni untuk update blog saya ni.


Menyesal pulak datang lambat sebab tinggal saya sorang je yang belum ada team sekarang ni. Satu team lapan orang dan semua team da penuh setakat ni tapi still ada lagi peserta yang belum sampai sebab masa pendaftaran tadi banyak lagi button batch yang masih tersisa.


Sementara tengah bosan sangat-sangat ni saya nak cite pasal apa yang jadi kat saya semalam. Dah beberapa bulan ni saya asyik menanggung sakit gigi yang teramat sangat. Baru semalam berkesempatan untuk cabut gigi yang sakit tu. Mula-mula ingat nak buat treatment sebab sayangkan gigi tu walaupun banyak bagi masalah kat saya sampai terpaksa cuti kerja dan terpaksa skip kelas. Tapi masalahnya treatment tu mahal sangat. Dia ada tiga stage treatment. First kena buat rawatan akar gigi yang menelan belanja sebanyak RM600. Second stage saya tak berapa ingat. And final stage kena buat crown lebih kurang macam cover gigi yang da berlubang tu. Harga untuk buat crown tu RM650. Total RM1250. Memang tak mampu la cite dia kan. 

Sejak 2 3 bulan kebelakangan ni memang banyak yang da saya habiskan kat klinik gigi je. Beli ubat je lebih kurang RM100, scaling dan x-ray termasuk ubat RM235, lepas tu pergi klinik lagi ambil ubat da kena bayar RM75, dan last sekali semalam. Berakhir jugak seksaan ni setelah gigi kesayangan saya tu dicabut dan costnya pulak RM80. So total yang saya spent untuk dental treatment saje sejak dua tiga bulan ni adalah sebanyak RM490.00. Fuhhh..banyak tu..kalau shopping da macam-macam dapat kan..hehe..



Ketahui tarikh lahir anda mengikut kalendar Masihi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dulu suka sangat cek kat kalendar dalam handphone dengan kat internet hari apa dan bila tarikh lahir saya dalam bulan Islam. Tapi tak ingat-ingat jugak. Sekarang saya dah pun buat reminder untuk diri sendiri dan lepas ni tak payah susah-susah nak cek lagi.


Saya memang sengaja letak kat entry ni supaya korang yang membaca blog saya ni ingat besday saya..faham-faham jela kan apa maksud sebenarnya saya letak tarikh lahir kat sini..hehehe..


Korang pun boleh cek hari dan tarikh lahir korang mengikut kiraan bulan Islam. Klik je kat Hijrah-Masihi Calendar ni. Selamat mencuba...

Thursday, 11 June 2015

1st Giveaway by Murni Alysa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1st, giveaway, murni, alysa, shaklee, vitamin c

Hari ni hari Jumaat. Selamat menunaikan solat Jumaat kepada semua lelaki yang beragama Islam.

Tadi sambil-sambil tengok Unique visitor kat Nuffnang tergerak hati nak tengok sapa la Nuffnanger yang sudi jengah ke blog saya yang tak seberapa ni.

blogger, blog, nuffnang, unique, iklan, earning, income, advertisement
Tengah duk usha-usha tu, eh ada kawan baru la. Apa lagi terus la saya terjah ke blog sahabat ni. Sebab tu la terjumpa 1st Giveaway by Murni Alysa ni. FYI, contest ni still berlangsung sampai 15hb Jun 2015. Sempat lagi kalau nak join. Dan hadiahnya pula adalah Vitamin C Shaklee. Hanya 5 orang pemenang akan dipilih oleh random.org.

Kenapa saya join contest ni?sebabnya simple je. Mesti la sebab saya teringin nak cuba produk Shaklee ni sebab ramai kawan-kawan yang bukan setakat guna je produk Shaklee ni tetapi siap jadikan produk ni sebagai sumber pendapatan sampingan lagi. Untuk maklumat lanjut boleh tengok kat SINI.