Followers

Saturday, 12 December 2015

Resepi Ikan Kerisi Masak Merah dan Sayur Campur Kiub Ayam Knorr

Assalamualaikum...

Hai untunglah hari ni berasap juga dapur makcik...hehe. Tapi disebabkan da lama sangat tak masak so saya masak yang simple-simple je..yang susah-susah macam nasi ayam ke nasi tomato ke memang tak pandai pun sebenarnya..hahaha..Ini jela yang termampu. Ok hari ni saya nak share resepi ikan kerisi masak merah dan sayur campur kiub ayam Knorr. Seterusnya sila scroll lagi ye...


Bahan-bahannya macam yang dalam gambar-gambar ni ye. Gambar yang atas tu untuk ikan kerisi masak merah dan gambar yang dekat bawah ni untuk sayur campur. Sikit je bahan-bahannya. Untuk dapatkan full recipes sila scroll lagi ye. 


Resepi pertama

Ikan Kerisi Masak Merah


Bahan-bahan:-

1) Ikan kerisi
2) Garam 
3) Kunyit serbuk
4) Cili kering yang dikisar
5) Bawah putih dan bawang merah yang dikisar
6) Sos cili
7) Air asam jawa 
8) Gula
9) Air

Cara-caranya:-

1. Goreng ikan kerisi yang telah digaul dengan garam dan kunyit separuh masak.
2. Tumiskan cili kering serta bawang putih dan bawang merah sehingga pecah minyak.
3. Bubuh sedikit garam dan air asam jawa.
4. Tambahkan sos cili separuh botol.
5. Tambahkan 2-3 sudu gula. Kalau pekat boleh tambah sedikit air.
6. Agak-agak kuah dah masak boleh masuk ikan kerisi yang telah digoreng tadi. Biarkan mendidih seketika dan sedia untuk dihidang.

Resepi ke-2

Sayur Campur kiub ayam Knorr.


Bahan-bahannya:-

1) Sayur kobis
2) Putik jagung
3) Bawang putih dan bawang merah dihiris
4) Bebola ikan
5) Kiub ayam Knorr
6) 500ml air
7) Secubit garam

Cara-caranya:- 

1. Tumis bawang putih dan bawang merah dengan sedikit minyak.
2. Masukkan kedua-dua jenis sayur kedalam kuali.
3. Tuangkan sedikit air dan perasakannya dengan secubit garam. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba! 

2 comments: