Followers

Saturday, 19 December 2015

Resepi Ayam Masak Halia Chinese Style.


Bahan-bahan:-

2 ketul ayam
5 ulas bawang putih
2 inci halia
Sos tiram
200ml air
4 sudu minyak masak
Garam secukup rasa

Cara-cara memasak:-

1) Daging ayam dipotong sederhana besar.
2) Masak ayam dalam kuali tanpa untuk keringkan air basuhan ayam tersebut.
3) Bubuh 2 sudu minyak dan biarkan kulit ayam sedikit garing.
4) Tambah 2 sudu minyak lagi, ketepikan ayam untuk menumis bawang putih yang ditumbuk dan gaul bersama ayam tadi.
5) Masukkan halia yang dipotong halus secara memanjang dan tambahkan air sebagai kuah. Tutup kuali seketika untuk empukkan ayam tersebut.
6) Tambah sos tiram dan garam secukup rasa, dan biarkan seketika untuk pekatkan kuah. 
7) Siap untuk dihidang.

6 comments:

  1. Replies
    1. Memang sedap pun uncle zuan..satu lagi sesuai untuk jaga kesihatan..kalau sengal-sengal badan elok amalkan makanan yang berasaskan halia..

      Delete
  2. Kalau nak tau sedap ke tak kena try dulu raihanah..kot selera saya je sedap tapi selera awak tak lain pulak..betul tak...

    ReplyDelete