Followers

Saturday, 13 June 2015

Travel Log: Mai Singgah Port Dickson sat...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Port Dickson ni adalah salah satu pantai yang paling dekat dengan kawasan lembah klang selain pantai-pantai yang terdapat di negeri selangor.


Setiap tahun kalau berkesempatan biasanya ni la aktiviti kegemaran saya. Saya suka terapungkan badan atas air laut. Lagi best kalau dapat terlelap sekejap masa tengah baring tu. Rasa tenang sangat-sangat sebab tak dengar bunyi apa-apa bila telinga dalam air. 


Terasa macam kat dalam kubur. Gambaran dalam kubur kan sunyi je..eee seram pulak cite pasal ni..tapi apa-apa pun ni la cara saya untuk refresh dan buangkan semua stress akibat sibuk yang melampau-lampau tu.


Kebetulan masa pergi PD ni ada kejohanan perahu layar MSSM 2015 berlansung kat situ tapi tak sempat tengok sebab acara belum mula lagi untuk hari penutup tu (12hb Jun 2015). 


Kat PD hari tu tak buat aktiviti apa-apa pun, memang niat datang sini just untuk mandi dan snap foto as usual. Tapi setahu saya korang boleh main jetsky kat sini tapi saya tak tau berapa harga dia. Korang cek sendiri ye..hehe


Yang datang dari jauh tu kat sini banyak tempat penginapan. Ada chalet, apartmen, dan hotel. Masa datang sini hari tu Hotel Seri Malaysia jadi pilihan saya sebab dah malas nak cari tempat lain. Rate untuk family room adalah RM215. Ni dikira mahal la sebab time cuti sekolah kan. Kalau hari biasa murah sikit tapi tak banyak la dalam berapa ringgit je.

No comments:

Post a Comment