Followers

Saturday, 20 June 2015

Resepi Biskut Almond London

Sumber
Bahan-bahan (Anggaran 150 biji)

250 gm mentega
125 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
50 gm serbuk badam
200 gm tepung jagung
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
50 gm badam cincang (untuk hiasan)
70 gm compound coklat (coklat masakan)

Cara-cara:-

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur serta esen vanila. Pukul lagi.
3. Masukkan serbuk badam dan kacau.
4. Ayak bersama tepung jagung dan baking powder. Gaulkan bersama adunan tadi.
5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
6. Bentukkan doh menjadi bulat kecil/lonjong. Jangan lupa untuk masukkan kacang badam didalamnya.
7. Letakkan diatas dulang pembakar yang telah dilenserkan dengan sedikit mentega.
8. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit atau sehingga masak.
9. Sementara menunggu, cairkan compound coklat dengan kaedah 'double-boil'.
10. Kemudian golekkan biskut dalam coklat yang telah dicairkan tadi dan masukkan kedalam cawan kertas. Setelah itu, taburkan badam cincang ke atasnya sebagai hiasan.
11. Biarkan kering.


Kredit: myresepi.com

Tags: Resepi inti kacang merah|Resepi mini popiah simpul|Resepi rendang daging cili padi|Resepi udang masak sambal cili padi|Resepi kuih bom bijan/onde-onde inti kacang merah|

No comments:

Post a Comment