Followers

Sunday, 7 June 2015

Petang yang awesome: Santai-santai di tepi Tasik Kota Kemuning Shah Alam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hujung minggu biasanya mesti banyak aktiviti nak dibuat kan. Petang saya hari ni memang awesome. Tengah sakit-sakit pun boleh bersantai kat tepi tasik Kota Kemuning lagi. Kalau jiwa kacau ni la dia antara tempat yang boleh menenangkan fikiran..hehe..tak ada la kacau sangat pun jiwa ni..sementara tengah cuti lagi ni saya pun ambil la kesempatan untuk beriadah.


Biasanya dulu-dulu saya rajin la joging kat situ tapi sejak dah pindah rumah baru ni jadi malas la pulak sebab kat rumah da ada alat untuk exercise ala-ala mini gym gitu.so tak perlu la susah-susah meredah traffic jam bagai semata-mata untuk pergi jogging je kan...tak berbaloi langsung!


Hari ni kat Tasik Kota Kemuning tu memang ramai giler orang. Banyak aktiviti yang boleh dibuat kat situ. Ada yang tengah berkelah dengan family, ada yang main layang-layang, berjoging, main basikal, main racing speed bot (bot control yang kecik tu). Yang menariknya ramai budak-budak main giant bubble (belon buih sabun yang besar tu). Kalau dulu famous kat Putrajaya giant bubble ni. Sekarang ni kat mana-mana pun da ada. Punya la seronok main giant bubble tu sampai yang macam bapak budak pun tumpang main sekaki..hahaha..


Tapi masa semua orang tengah leka berseronok tu ada sorang budak kecik tu umur macam baru setahun lebih hampir-hampir terjun dalam tasik tu. Saya yang tengah asyik snap gambar orang kat situ terkejut bila ternampak budak tu berlari menuju tasik tu. Terus saya kejar dia. Belum sempat saya tarik budak kecik tu ada sorang lelaki ni dah tarik budak tu lebih awal sikit dari saya. Yang baju hijau kat gambar atas tu la hamba Allah yang menyelamatkan budak tu. Nasib baik budak kecik tu tak sempat terjun kat dalam tasik tu. Kalau tak bertambah pulak tragedi dalam negara kita ni. 

Dengan gempa bumi kat Sabah yang dah mengorbankan banyak nyawa tu sampai esok pun terpaksa diisytiharkan sebagai hari berkabung. Sampai pesta keamatan pun dah dibatalkan. Memang sangat-sangat tragis. Apa-apa pun kita sebagai manusia biasa kena sentiasa bersabar dengan semua ujian yang menimpa kita dan mestilah sentiasa berdoa semoga kita di lindungi dari segala bahaya.



No comments:

Post a Comment