Followers

Friday, 5 June 2015

Muzium 3D Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jika anda kaki bergambar atau kaki selfie, siapkan duit anda, pastikan bateri kamera dan power bank anda penuh, dan masuklah ke Muzium 3D Langkawi di Oriental Village ini.

muzium, 3D, langkawi, tempat, pelancongan, menarik, malaysia

Kini tiba waktu untuk bergambar puas-puas.

Di muzium 3 tingkat bernama Art in Paradise ini, anda boleh bergambar dengan 200 lukisan 3D yang dilakar oleh pelukis-pelukis handalan Korea. Menariknya kumpulan lukisan ini bukan sahaja koleksi lukisan 3D paling besar di Malaysia, akan tetapi ia juga adalah antara koleksi 3D terbesar dunia.

muzium, 3D, langkawi, tempat, pelancongan, menarik, malaysia

Gambar-gambar menarik bukan sahaja kerana ianya kelihatan interaktif, tetapi juga kerana pelukis-pelukis adalah generasi terakhir pelukis 3D Korea. Umur mereka rata-ratanya adalah 60 tahun.

muzium, 3D, langkawi, tempat, pelancongan, menarik, malaysia

Jika harga tiket bukan masalah, dan anda punyai masa, jangan lepaskan peluang ini. Masuk dan bergambar, dan bergelak ketawalah di dalam muzium yang menelan belanja 17 juta ringgit ini.

muzium, 3D, langkawi, tempat, pelancongan, menarik, malaysia

Tips Pengunjung
1. Jika anda datang berkumpulan, datang awal. Anda mungkin menghabiskan masa 2-4 jam kerana sibuk berganti-ganti bergambar.

2. Anda perlu buka kasut untuk masuk. Sila pakai stokin yang bersih.

muzium, 3D, langkawi, tempat, pelancongan, menarik, malaysia

Harga Tiket
Kanak-kanak 3 tahun ke bawah masuk percuma
Warganegara
Dewasa : RM 30
Kanak-kanak : RM 20
Warga Asing
Dewasa : RM 38
Kanak-kanak : RM 28

Waktu Operasi
Setiap Hari: 9pg – 6 ptg

Kredit: www.jomjalan.com

No comments:

Post a Comment