Followers

Saturday, 20 June 2015

Resepi kuih bom bijan/onde-onde inti kacang merah

Sumber
Bahan-bahannya:-

250gm tepung pulut
2 sudu makan tepung gandum
sedikit garam
santan cair secukupnya
Inti secukupnya : inti kacang merah atau inti kelapa atau inti kacang hijau
Bijan secukupnya
Minyak untuk mengoreng

Cara-caranya:-

1. Masukkan tepung dan garam dalam bekas, gaul rata
2. Tuangkan santan cair sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan.
3. Ambil sedikit doh dalam anggaran 30gm dan bulat-bulatkan. Buat sehingga habis doh tersebut
4. Ambil dulang dan tabur dengan bijan
5. Leperkan doh dan masukkan inti, tutup rapat supaya inti tidak terkeluar. 6. Bulatkan dan letakkan diatas bijan yang ditabur atas dulang tadi. Buat langkah 5 sehingga semua doh habis.
7. Goyang-goyang dulang supaya semua kuih diliputi dengan bijan.
8. Rehatkan kuih bom anda sebelum digoreng.
9. Goreng dengan minyak panas sehingga kekuningan. Pastikan digoreng dengan mengunakan api sederhana.

Tips:

1. Jangan terus goreng kuih bom yang telah siap dimasukkan inti. Jika anda terus goreng, kuih bom anda akan mengelembung dan pecah serta 'meletup'. Kuih anda tidak cantik dan ia jugak tidak garing.

2. Jika buat malam, biarkan dalam dulang dan tutup dengan kain bersih. Goreng pagi esoknya. Jika nak makan petang, buat pagi dan goreng petang.

Kredit: resepidaria.com

Tags: Resepi inti kacang merah|Resepi mini popiah simpul|Resepi rendang daging cili padi|Resepi udang masak sambal cili padi

No comments:

Post a Comment