Followers

Tuesday, 16 June 2015

BIGBANG 2015 World Tour (Made) in Malaysia pada 25 Julai 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Kepada peminat-peminat k-pops, korang mesti teruja kan bila ada artis-artis dari Korea ni datang buat concert kat negara kita. Baru-baru ni saya banyak terbaca pasal kontroversi anak-anak gadis Melayu bertudung dipeluk dan dicium artis-artis lelaki dari negara Korea tersebut.

Memang memalukan sebenarnya sebab negara kita adalah sebuah negara Islam yang menganggotai pertubuhan antarabangsa iaitu Organization Islamic Cooperation (OIC) ataupun dalam bahasa Melayu adalah Pertubuhan Kerjasama Islam. Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara Timur Tengah dan utara Afrika, Caucasus, Asia Tenggara, Asia Tengah, Balkan, dan Asia Selatan.

Sedikit teguran ingin saya sampaikan kepada gadis-gadis Melayu Islam yang terlampau fanatik dengan artis-artis k-pop ni lagi-lagi yang menutup aurat. Tak salah pun kalau nak berhibur tapi perlu ada batasan. Berfikir dan terus berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara tu. Kita perlu berfikir secara rasional dalam setiap tindakan kerana setiap apa yang kita lakukan akan mencerminkan siapa diri kita yang sebenarnya dan lebih buruk lagi nama baik negara Islam akan terus tercemar. Maaf kalau ada yang terasa, tapi percayalah, ini hanyalah sekadar satu teguran ikhlas dari saya yang juga insan biasa yang seringkali melakukan kesilapan.

Okay, berbalik semula pada BIGBANG 2015 World Tour ni. Concert ini akan diadakan pada 25 Julai 2015, jam 6 petang bertempat di Putra Indoor Stadium, Bukit Jalil.




Harga tiket adalah seperti berikut:-

Rock Zone A - RM798 (Free standing)
Rock Zone B - RM698 (Free standing)
VIP Cat 1 - RM698 (Numbered seat)
Cat 2 - RM598 (Numbered seat)
Cat 3 - RM498 (Numbered seat)
Cat 4 - RM288 (Numbered seat)
*Harga tiket adalah termasuk 6% GST dan tidak termasuk yuran pemprosesan sebanyak RM4.

Untuk maklumat lanjut berkaitan concert, sila layari Facebook rasmi IME Productions www.facebook.com/imepmy atau Facebook rasmi BIGBANG.

Kredit: k-popped.com




No comments:

Post a Comment