Followers

Friday, 12 June 2015

Berakhir seksaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni saya nak tulis entry pasal seksaan yang berakhir. Sementara menunggu ada lagi tak rakan-rakan blogger yang datang lambat di program sepetang bersama blogger kat kompleks sukan lasak, taman cabaran, presint 5, putrajaya ni saya pun manfaatkan la masa menunggu ni untuk update blog saya ni.


Menyesal pulak datang lambat sebab tinggal saya sorang je yang belum ada team sekarang ni. Satu team lapan orang dan semua team da penuh setakat ni tapi still ada lagi peserta yang belum sampai sebab masa pendaftaran tadi banyak lagi button batch yang masih tersisa.


Sementara tengah bosan sangat-sangat ni saya nak cite pasal apa yang jadi kat saya semalam. Dah beberapa bulan ni saya asyik menanggung sakit gigi yang teramat sangat. Baru semalam berkesempatan untuk cabut gigi yang sakit tu. Mula-mula ingat nak buat treatment sebab sayangkan gigi tu walaupun banyak bagi masalah kat saya sampai terpaksa cuti kerja dan terpaksa skip kelas. Tapi masalahnya treatment tu mahal sangat. Dia ada tiga stage treatment. First kena buat rawatan akar gigi yang menelan belanja sebanyak RM600. Second stage saya tak berapa ingat. And final stage kena buat crown lebih kurang macam cover gigi yang da berlubang tu. Harga untuk buat crown tu RM650. Total RM1250. Memang tak mampu la cite dia kan. 

Sejak 2 3 bulan kebelakangan ni memang banyak yang da saya habiskan kat klinik gigi je. Beli ubat je lebih kurang RM100, scaling dan x-ray termasuk ubat RM235, lepas tu pergi klinik lagi ambil ubat da kena bayar RM75, dan last sekali semalam. Berakhir jugak seksaan ni setelah gigi kesayangan saya tu dicabut dan costnya pulak RM80. So total yang saya spent untuk dental treatment saje sejak dua tiga bulan ni adalah sebanyak RM490.00. Fuhhh..banyak tu..kalau shopping da macam-macam dapat kan..hehe..



No comments:

Post a Comment