Followers

Saturday, 30 May 2015

Kepentingan Insurans

Assalamualaikum...


Untuk entry kali saya nak jelaskan serba sedikit secara ringkas  tentang kepentingan perlindungan insurans. Kenapa perlunya insurans ini. Secara umumnya insurans adalah sebuah polisi yang melindungi seseorang jika berlakunya musibah kemalangan dan juga kematian.

Gambar di bawah ini adalah contoh insurans Takaful Ikhlas.Kadar bayarannya bergantung pada umur  dan juga kemampuan seseorang itu.

Antara kelebihannya adalah seseorang itu akan menerima elaun hospital secara tunai dan yang paling penting dapat melakukan rawatan penyakit kronik yang mana kos perubatannya boleh mencecah puluhan ribu ringgit tetapi hanya perlu bayar minimum RM1000 dan maximum RM3000 sahaja walaupun kos perubatan itu katakan perlu ditambah (RM10,000.00), tetapi dengan adanya medical card pesakit hanya perlu bayar seperti yang saya nyatakan tadi. Tapi harus di ingat lain insurans lain polisi yang ditawarkan.saya bercerita tentang Takaful Ikhlas ye.

Memang sangat-sangat membimbangkan jika kita menghidap penyakit kronik seperti kanser,jantung,lukemia dan sebagainya.Nauzubillah minta dijauhkan. Tapi kalau terjadi juga kena redha jela.Apa yang perlu lakukan adalah sentiasa bersedia dengan setiap kemungkinan yang berlaku. Persediaan itu dalam bentuk apa?sudah tentulah persediaan kewangan ketika kita dalam kesempitan. Tetapi sanggup tak anda-anda semua ini membelanjakan wang simpanan dari muda sampai sekarang ni?Katakan simpanan anda ada RM50,000.00,sanggup tak keluarkan semua duit itu untuk bayar kos perubatan?mungkin ada yang sanggup tapi saya rasa mungkin nisbahnya 1 dalam 1000 (1:1000). 



Kalau saya pun jadi anda saya tak sanggup nak keluarkan duit simpanan saya untuk menampung kos perubatan yang tersangat mahal. Jadi kita harus bijak menguruskan kewangan dari sekarang. Tidak rugi pun bayar sejumlah wang contohnya RM180 tiap-tiap bulan untuk perlindungan insurans kerana manfaatnya sangat banyak.

Tone Excel Jana Pendapatan Sampingan

No comments:

Post a Comment