Followers

Saturday, 22 February 2014

Yang Indah Itu Milik Kita : Bab 4


novel, baru, 2014, yang, indah, itu, milik, kita, qiya, saad, cinta, emosi, lelaki, perempuan, remaja


“No, mama tak setuju!” Bentak mama keras.

“Tapi kenapa mama?” Soal lelaki itu sedikit sayu kedengaran suaranya.

“Mama tak suka dia, tengoklah macam mana cara dia cakap dengan Zalika tadi. She don’t know how to respect others.” Tambah mama lagi dengan nada suara yang semakin tinggi. Aku hanya mendiamkan diri melihat mama yang begitu marah ketika ini.

“Come on mama, tak kan sebab yang remeh-temeh ini pun mama nak besar-besarkan? Trust me, I know her. She will make me happy and I will marry her soon.” Rayunya lagi. Aku melihat dia bersungguh-sungguh memujuk mama agar merestui hubungan mereka.

“No. If I said no, it means no!” Tegas mama memberi kata putus.

“Mama please..” Rayunya lagi. Kini kedua kaki mama dipegang erat olehnya.

Aku hanya memilih untuk menjadi penonton bisu ketika itu. Selama ini aku tidak pernah melihat mama yang sekeras itu. Mama yang aku kenal adalah seorang wanita yang lemah lembut dan penyayang. Tapi disebabkan wanita sombong bernama Wilda itu mama berubah sikap. Aku melihat lelaki itu masih merayu-rayu walaupun mama telah mendiamkan diri. Suasana menjadi tegang kembali apabila mama kembali bersuara.

“kalau betul Amin dah tak sabar-sabar nak kahwin, mama setuju, tapi bukan dengan perempuan itu. Mama dah ada calon yang lebih layak untuk Amin.”

“Mama please, jangan buat Amin rasa serba salah dengan mama. This is my life, biar Amin tentukan hidup Amin sendiri mama.”

“Mama tak peduli, mama tak benarkan Amin kahwin dengan perempuan itu. Mama dah buat keputusan, Amin kena kahwin dengan Zalika.”

Aku yang mendiamkan diri dari tadi terus tersentak bila mama menyebut nama aku dalam pertengkaran mereka. Calon? Serentak itu juga aku dengan dia berpandangan seakan tidak percaya dengan kata-kata mama sebentar tadi.

“Mama cakap apa ini? She is my sister.” Soalnya dengan nada yang sedikit terkejut.

“Ika cuma adik angkat je kan? tak salah kalau kamu berdua bernikah. Lagipun mama tak jumpa calon yang sesuai untuk kamu lagi. Buat masa ini Ika je yang paling mama percaya. Ika tak kisah kalau kahwin dengan abang kan?” Mama menyoalku lembut. Aku memandang mama dan menoleh wajah Abang Amin yang merenungku dengan pandangan yang sukar aku mengertikan. Tapi yang pasti, bukan renungan sinis seperti dulu.

“Mama, Ika ikut keputusan mama je.” Jawabku perlahan.

Mama tersenyum puas. Aku pula tidak berani membalas renungan tajam Abang Amin tepat ke wajahku. Tapi yang hairannya kenapa dia tidak memarahi aku dengan jawapan yang seolah-olah berpihak kepada mama itu. Setelah lapan tahun menyambung pengajian dan bekerja di United Kingdom sikapnya yang kasar terhadapku dulu kini berubah. Dia sudah tidak sedingin dulu lagi, tapi ini tak bermakna hubungan kami semakin mesra. Masih ada jurang dan tembok pemisah antara aku dan dia.

Tidak lama kemudian mama meminta diri untuk ke biliknya. Mungkin keletihan kerana bertegang lidah dengan Abang Amin tadi.

“Kenapa kau setuju? Kalau ia pun kau terasa berhutang budi dengan mama tapi bukan balas dengan cara macam ini. Perkahwinan ini bukannya barang untuk dijual beli. Aku nak kau pujuk mama supaya batalkan rancangan gila ini. Kau bagi lah alasan apa-apa je. Kau cakap kau nak sambung belajar ke, ataupun kau dah ada boyfriend ke, atau pun apa-apa je lah asalkan aku tak kahwin dengan kau.”

“Tapi kan tak baik kalau kita derhaka dengan orang tua, lagi-lagi dengan mama. Abang dah lupa ye dulu ibu selalu cakap dekat abang, syurga itu di bawah tapak kaki ibu? Mama itu kan ibu yang melahirkan abang, tak kan abang sampai hati nak lukakan hati mama?” Jelasku perlahan. “Memang betul Ika berhutang budi dengan mama, sebab itu Ika tak mampu membantah setiap keputusan mama.” Tambahku lagi.

“Ibu.,” Kedengaran sayu suara Abang Amin.

Tutur katanya yang agak kasar sebentar tadi tiba-tiba berubah menjadi tersangat lembut ketika perkataan ‘ibu’ meluncur dibibirnya. Dan disaat ini juga hatiku terasa begitu pilu bila terkenangkan saat-saat suka dan duka bersama ibu dulu. Perasaan ini sering hadir bila soal ibu menjadi bahan perbualan antara aku dengan dia. Walaupun aku sedar dia bencikan aku kerana katanya aku ini merampas kasih-sayang ibu padanya suatu masa dulu tapi sebaliknya yang terjadi padaku. Wajahnya seringkali hadir bersama rasa rinduku pada arwah ibu. Baru aku faham kini, mengapa sejak ibu pergi wajah dia selalu hadir dalam ingatan aku. Ini adalah kerana aku dan dia berkongsi rasa rindu yang sama iaitu rasa rindu yang tidak tertanggung buat seorang insan yang bernama ibu.

“Abang, Ika nak tanya sikit boleh tak?” Aku cuba memberanikan diri untuk bertanyakan sesuatu yang agak peribadi tentang dia.

“Erm, tanyalah.” Jawabnya acuh tak acuh tanpa memandangku sedikit pun.

“Macam mana abang kenal dengan Wilda itu?” Soalku sambil memandang tepat ke wajahnya dan aku lihat dia seakan terkejut dengan soalan aku tadi. Dia diam seketika seperti berfikir. Mungkin dia sedang mengingati semula detik-detik indah sewaktu awal perkenalan mereka. Dalam hati ini hanya Tuhan saja yang tahu betapa resahnya aku menanti jawapan darinya.

“She is the one of my client when I was working at U.K last year.” Jelasnya bersahaja sambil matanya asyik memerhatikan screen telefon pintar jenis Samsung Galaxy S4 seperti yang baru aku miliki setelah menerima gaji pertama bekerja di Infinity Bina Sdn. Bhd. sebagai Pembantu Koordinator Projek pembinaan di USJ 1, Subang Jaya. Ketika ini aku tidak tahu reaksi bagaimana yang harus aku tunjukkan padanya, tapi yang pasti aku masih tidak puas hati dengan jawapannya itu. Akhirnya aku hanya berpura-pura tersenyum seperti tiada apa-apa yang aku fikirkan.

“Kenapa sibuk nak ambil tahu pasal aku pula, mama suruh kau tanya kah?” Soalnya pula sambil merenung tepat ke dalam bola mataku.

“Tak adalah, Ika saja nak tahu.” Jawabku dalam nada yang sedikit bergetar bila aku cuba memeberanikan diri untuk membalas renungan tajam itu. Sudahnya aku mengalah dan cepat-cepat mengalihkan pandanganku kerana aku bimbang kalau nanti timbul sebuah perasaan yang aneh seperti kata orang dari mata turun ke hati.

“Yang kau itu nak menangis kenapa pula?, kau dari dulu sampai sekarang sama je kan, suka sangat menangis!” Dia mengerutkan dahinya memandang aku yang tiba-tiba terkedu.

“Mana ada orang menangis, mata ini tiba-tiba rasa pedih.” Hanya jawapan bodoh ini sahaja yang terlintas dalam fikiranku ketika ini. Dia mencebikkan bibirnya tanda tidak mahu meneruskan perbualan denganku.
Aku bingkas bangun meninggalkan dia yang masih asyik melayan SMS atau pun pesanan di dalam aplikasi sosial seperti Whatsapp, WeChat, Viber, dan sebagainya. Semua ini hanyalah berdasarkan andaian aku sahaja kerana aku tidak tahu apa yang dilakukan sebenarnya. Aku terus berlalu menuju ke bilikku.

Bersambung...

********************************




Yang Indah Itu Milik Kita : Bab 3


yang, indah, itu, milik, kita, qiya, saad, novel, baru, 2014, cinta, lelaki, perempuan, remaja


“Banyaknya kek chocolate moist dalam fridge ini. Mama buat bisnes kek ke sekarang ini?” Tanya Amin sambil ketawa.

“Chocolate cake?,” Soal mama seperti terkejut.

“Ini lah. Nampak macam sedap je ni..” Balasku pada mama sambil tersenyum menunjukkan kek yang aku keluarkan dari peti sejuk.

“Ermm..memang sedap pun. Nak satu lagi lah.” Aku terus melangkah ke peti sejuk semula.

“oh..kek itu ke? Ika yang buat itu.Dia lupa lah itu agaknya. Dia nak bawa balik asrama tadi. Ishh budak ini” Rungut mama.

Langkah aku terhenti bila nama Ika terpancul dari mulut mama. Aku pandang mama yang sedang sibuk memotong buah-buahan.

“Haa..Ika minta mama sampaikan salam dekat Amin. Malam tadi mama suruh dia balik lewat sikit hari ini, tapi esok dia ada ujian katanya. Pergilah jenguk dia kat asrama itu, dah lama Amin tak jumpa Ika kan?” Sambung mama lagi.

“Waalaikumussalam. Tengoklah mama kalau sempat. Ingat esok Amin nak pergi jumpa kawan dekat Seremban.”. Balasku pula.

“Pergilah sekejap tengok adik kamu itu. Kesian dia, dah lama sangat kamu berdua tak jumpa kan.” Pinta mama sambil merenung aku.

“Amin betul-betul minta maaf mama. Esok memang tak boleh. Pagi esok Amin nak lepak dengan kawan dekat Seremban and then my flight pukul 6 petang. So, I think maybe next time I will visit her.” Jelasku lagi.

“Tak apalah kalau Amin dah cakap macam itu. Jom, mama nak bawa buah ini dekat papa.” Mama menarik lenganku sambil tersenyum.

“Jom.” Balasku. Kami sama-sama beriringan menuju ruang tamu.

https://www.myosiaffiliate.com/harmony/users/main.php?ref=2664
Untuk harga produk D'nars yang lebih murah sila klik gambar

Aku melihat di suatu sudut yang dulunya selalu sibuk. Namun kini hanya tinggal bayang-bayang yang sering menerjah benakku. Terasa kesunyian mencengkam diri bila kehilangan insan yang sangat aku sayangi. Hampir hilang seluruh semangatku bila insan yang aku anggap seperti ibuku sendiri pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Masih segar dalam ingatanku ini setiap gurauan dan pujukan ibu bila setiap kali aku dalam kesedihan.

“Ibu, masak apa hari ini?” Sapa ku bila melihat wanita lebih kurang sebaya mama sedang sibuk memasak di dapur.

“Ishh budak bertuah ini, terkejut ibu tahu tak.” Balasnya separuh terperanjat dengan kehadiran aku di situ.

“Ni ha..ibu masak asam pedas ikan pari dengan masak lemak pucuk ubi.” Sambungnya lagi bila melihat aku yang sedang terjenguk-jenguk melihat masakan yang sedang medidih dalam periuk.

“Sedapnya. Meh Am nak rasa sikit bu.” Senduk di tangan ibu terus aku ambil dan aku tersengih-sengih melihat ibu yang sedang menggelengkan kepalanya kepada aku.

“Macam orang kebulur je!” Aku menoleh belakang bila terdengar sindiran dari suara yang sangat aku kenali.

“Ika, tak baik cakap macam tu. Minta maaf dekat abang cepat.” Puas betul rasa hati ini bila Ika dimarahi ibu. Ika menjeling bila aku menunjukkan isyarat best kepadanya. Dia yang tak puas hati terus berlalu meninggalkan aku dan ibu di dapur. Ibu mengeluh kecil memandang Ika yang terus berlalu tanpa sebarang kata.

“Dah lah ibu, Ika itu kan budak-budak lagi.” Kataku perlahan.

“Sedaplah ibu masak..” Sambungku lagi sambil menghirup kuah asam pedas ikan pari.

“Bukan ibu masak itu. Asam pedas ikan pari ini Ika yang masak. Ibu tolong kacau je.” Ibu tersenyum sambil 
menuangkan air untuk aku. Aku tergamam seketika setelah mendengar penjelasan ibu.

Aku menyapu air jernih yang laju membasahi pipi. Kenangan bersama ibu tak mungkin dapat aku lupakan dan hati ini terlalu rapuh bila terus berada dalam bayangan arwah ibu.

Aku memandang telefon bimbit yang tiba-tiba berbunyi di tanganku dan serentak itu juga bayangan ibu hilang bersama lamunanku yang terhenti.

“Abang, dah lama sampai?” Sapa adikku Iman yang tiba-tiba muncul disebelahku dan tanpa berlengah aku sambut mesra salam yang dihulurnya.

“Lama juga lah, lebih kurang dua jam. Iman dari mana tadi?” Soalku pula.

“Tak ada pergi mana pun abang, saja lepak-lepak dengan member. Abang balik sini lama kah?”

“Petang esok balik lah.” Balasku ringkas.

“Macam mana application study dekat oversees itu, dah tahu result kah?” Tambahku lagi.

“Of course lah dapat abang. Ini kan adik abang.” Aku turut ketawa melihat Iman yang sedang ketawa.

“Macam ini lah baru boleh mengaku adik-beradik.” Sambungku lagi. Terasa gembira bila sekali sekala dapat bergurau senda dengan ahli keluarga sendiri.

“Tapi abang, Iman rasa better I further study dalam negara je. Habis je degree terus Iman kerja dengan papa.”

“Baguslah kalau Iman dah plan for your future. Pendapat abang lah kan, belajar dekat mana-mana pun sama je, yang penting kesungguhan dan usaha kita itu. Satu lagi, niat itu kena betul.” Jelasku lagi.

“kenapa gelak, abang ada salah cakap ke?” Soalku hairan bila Iman mengekek ketawa sambil memicit-micit perutnya yang buncit seperti perempuan sedang sarat mengandung.

“Rasa kelakar pula, gaya abang cakap dah macam Dato’ Fadzilah Kamsah lah pula. Iman ingat bila dah habis sekolah tak payah dengar ceramah lagi, rupanya ada lagi.” Jelas Iman dengan ketawanya yang masih bersisa. Perwatakan kami memang jauh berbeza. Ketika aku remaja dulu, aku tidak seperti dia yang sentiasa ceria.

“Macam-macamlah Iman ini. Abang ada gaya macam motivator ke?” Soalku sekadar bergurau.

“Ada lah sikit.”Balasnya sengaja mengenakan aku lagi.

“Oh ye, abang ada berapa tahun lagi study dekat UK itu?” Soalnya tiba-tiba serius.

“Lebih kurang dua tahun lagi macam itu lah.”

“Oh, tak lama dah lah. Lepas habis study itu apa planning abang, terus stay dekat sana je atau kerja dengan papa?” Soalnya lagi.

“Lepas itu?” Aku sengaja menyoalnya semula.

“Ia lah, lepas itu?” Soalnya tidak puas hati dengan jawapan aku yang berbentuk soalan itu.

“Lepas itu of course lah abang kahwin. Tanya lagi?” Aku ketawa melihat Iman yang tergamam dengan jawapanku.

“Are you sure my brother?” Soalnya bersungguh-sungguh seperti benar-benar inginkan kepastian. 

“Tak adalah, abang gurau je lah. Lepas graduate abang kena kerja dekat sana dulu sekurang-kurangnya tiga tahun sebab abang under scholarship. Means, lebih kurang lima tahun lagi barulah abang boleh decide either terus stay dekat sana or balik sini dan kerja dekat sini je sampai bila-bila.” Jelasku panjang lebar dan Iman hanya mengangguk sepanjang penjelasan aku sebentar tadi.

Bersambung...

****************************

Yang Indah Itu Milik Kita : Bab 2




“Ika, esok boleh balik hostel lambat sikit tak?” Tanya mama ketika menghampiri aku.

“kenapa mama?” soalku sedikit kehairanan sambil mengemas barang-barangku.

Mama senyum melihatku. Aku melihat mama sangat gembira ketika ini.

“Abang Amin nak balik sini esok, tapi petang sikit baru sampai.” Jelas mama.

“Abang balik sini..” Tiba-tiba hati aku rasa berdebar-debar bila dapat tahu dia akan pulang ke Malaysia esok.

“Itu yang mama suruh Ika balik lewat esok, boleh jumpa abang. Mama rasa sejak abang pergi UK Ika dah tak pernah jumpa abang lagi kan?”

“Itulah mama, masing-masing sibuk. Bila abang balik Ika dekat hostel. Lagipun abang balik sini sekejap je macam mana nak jumpa?. Kalau Ika dekat hostel pula abang bukan nak datang jenguk Ika pun.” Rungutku.

Mama hanya tersenyum mendengar omelan aku yang sedang tidak puas hati dengan perangai dia.

“Abang sibuk. Cuti dia tak lama. Lagipun dia ada jawatan dalam society, banyak program dia kena handle. Macam kat sini dulu itu, ada je aktiviti dia nak buat.” Jelas mama lagi.

“Boleh tak balik lambat esok?” Soal mama lagi bila melihat aku terdiam.

“Mama, Ika minta maaf. Ika bukan tak nak jumpa abang. Tapi sebenarnya Ika ada ujian hari Isnin ini. Kalau balik lambat risau Ika penatlah mama. Abang balik sini lama ke?” Terkilan juga rasa hati ini bila tak dapat jumpa dia.

“Ermm, macam biasalah abang tu. Sehari dua terbanglah semula ke UK tu. Tak apalah kalau Ika dah cakap macam itu, kalau sempat mama suruh abang jenguk Ika dekat hostel nanti.”

“Kirim salam kat abang ya ma..” Pesanku ketika mama melangkah menuju pintu untuk keluar dari bilikku.

“Insyaallah nanti mama sampaikan. Ika tidur awal ya.” Balas mama. Aku hanya tersenyum pahit membalas senyuman mama kepadaku.

‘Mesti kau rindukan ibu kan. Walaupun kau selalu rampas kasih sayang ibu dari aku tapi aku tak pernah bencikan kau sebab aku tahu kau sayang sangat dekat ibu. Kenapa kau benci sangat dekat aku? Aku selalu jadi permainan kau. Tapi tak apa, aku tak ambil hati sikit pun.’

Aku mengacau asam pedas ikan pari yang hampir masak. Pagi-pagi lagi mama sudah minta Pak Ali ke pasar untuk belikan bahan-bahan untuk di masak. Aku ingat mama yang nak masak sebab dia yang sibuk minta Pak Ali pergi cepat, rupanya mama minta aku tolong masakkan asam pedas ini. Katanya ini lauk kegemaran Abang Amin. Aku tak tahu kenapa aku dengan rela hatinya setuju dengan permintaan mama sedangkan hubungan aku dengan Abang Amin tidak mesra.

Aku tersenyum melihat asam pedas yang telah siap aku bungkus untuk bawa pulang ke asrama. Perjalanan yang memakan masa enam jam sudah pasti membuatkan perut aku berkeroncong. Kalau ikutkan hati ini nak saja aku bawa dengan periuk itu sekali tapi bila teringat ada orang yang akan menitis air mata bila terbau asam pedas ala-ala masakan arwah ibu ini terus terbantut niat aku ini.

“Oi! Tersengih-sengih ini kenapa?” Hampir terlepas bekas yang aku pegang bila Iman menyergah aku.

“Terkejut aku.” Balasku ringkas.

“Memanglah terkejut kalau asyik berangan je.” Balasnya kembali.

“Mana ada aku berangan. Mata kau tu ada problem sebenarnya.”

“Amboi..sedapnya mulut dia mengata orang. Aku cium kang baru tahu!” Ugutnya seperti biasa.

“Kau jangan nak main-main, nanti aku curah kuah asam pedas yang baru lepas mendidih ini dalam mulut kau baru kau tahu. Kalau kau jadi bisu jangan salahkan aku pula lepas ini.”

Aku pula yang ugut dia semula. Tapi aku tahu dia cuma main-main. Dia tak mungkin buat betul-betul sebab dia tak sekejam Abang Amin.

“Kau masak asam pedas? Perghh..Aku nak makanlah, tiba-tiba je rasa lapar perut aku ini.” Balasnya sambil mencapai pinggan di atas rak.

“Kau itu memanglah, tak pernah kenyang. Badan macam tong drum dah itu.” Aku mengekek ketawa bila dapat mengenakan dia. Dia turut ketawa mendengar kata-kata aku.

“Ada aku kisah?” Soalnya tanpa mempedulikan kutukan aku padanya. Aku tersenyum girang melihat telatah Iman yang selalu mencuit hati aku. Tak seperti Abang Amin yang selalu menyakitkan hati aku dan lansung tak pandai bergurau. Dia selalu kasar bila bercakap dengan aku.

Akhirnya setelah hampir enam jam perjalanan menaiki bas sampai juga aku di Kuala Terengganu.

“Ika, bila kau sampai?” Tanya Anis sambil melabuhkan punggungnya di atas katilku.

“Baru je, penatlah.” Jawabku seakan merungut.

“Itu lah, aku ajak balik Kuantan kau tak nak. Kalau tak, tak adalah kau penat sangat macam ini. KL dengan Terengganu memanglah jauh. Kalau cuti panjang tak apalah juga. Ini weekend, kalau aku memang tak lah.”

“Bukan tak nak, tapi aku seganlah dengan abang-abang kau itu.” Balasku memberi alasan.

           Sebenarnya bukan itu sebab yang utama tapi aku lebih selesa berada dirumah sendiri walaupun hubungan mereka denganku hanyalah keluarga angkat tapi layanan mereka terlalu baik terhadap aku. Cuma Abang Amin seorang yang bersikap pelik dan sering menunujukkan rasa kebenciannya pada aku. Aku selalu tanya kenapa dia tak sukakan aku tapi jawapannya seringkali melukakan hati ini.

“Segan apa pula, abang aku mengorat kau ke?” Soal Anis serius.

“Mana ada diorang mengorat aku. Merepeklah kau ini.” Balasku sedikit geram.

“Habis itu kenapa, ke kau balik KL ini sebab nak jumpa Abang Amin kau tu?” Tersentak aku bila Anis menyoalku begitu.

“Mesti dia balik sini kan?” Aku hanya mendiamkan diri. Malas rasanya nak bercerita tentang orang yang menjengkelkan itu.

“Oi, ceritalah. Dia buli kau lagi ke? Mesti dia handsome kan? Apa nama FB dia ye? Bagilah dekat aku. Teringin juga nak kenal abang angkat kau yang poyo tu.”

“FB? Aku tak friend dan tak pernah tahu pun apa nama FB dia tu Anis.” Balasku ringkas.

Sebelum ini aku tak pernah terfikir pun tentang semua ini. Semua khabar berita tentang dia aku hanya tahu dari mulut mama, papa, dan juga Iman. Mungkin sikap dia yang selalu dingin terhadapku membuatkan aku berasa tersinggung dan berjauh hati begini.

“Sampai macam itu sekali? Tapi kan, tak kan sikit pun kau tak suka kat dia?”

“Kau ini kan, kalau tak korek rahsia aku memang tak boleh kan? Nantilah kalau aku jumpa FB dia aku suggest friend kat kau ye. Puas hati?” Soalku geram.

“Betul ke Ika? sayang kau” Tanpa sempat aku mengelak, satu ciuman singgah dipipiku.

“Ialah, aku pun sayang juga dekat kau.” Sengaja aku tekankan sedikit perkataan ‘sayang’ itu padanya dan kami sama-sama ketawa seperti selalu.


Bersambung...

******************************

Thursday, 13 February 2014

Latihan Kemahiran untuk belia - CIDB

Belia adalah remaja atau pemuda yang berusia di antara 16 hingga 40 tahun. Tafsiran ini khas untuk belia di Malaysia kerana usia bagi belia adalah berbeza mengikut kesimpulan yang dibuat oleh negara masing-masing.




Bagi lepasan SPM saya percaya mesti banyak aktiviti yang dilakukan sementara menunggu keputusan peperiksaan ni kan..ada yang memilih untuk berehat di rumah sambil tolong ringankan ibu bapa dengan membantu mereka dirumah.


Ada juga yang buat keputusan untuk berkerja secara part time untuk cari duit poket untuk kegunaan ketika sambung belajar di Institusi Pengajian Tinggi nanti dan ada pula yang mengisi masa lapang dengan mengikuti latihan kemahiran dari mana-mana badan yang di iktiraf.



Entry kali ni saya nak bagi pendedahan sikit kepada belia ataupun remaja khususnya yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkaitan dengan latihan kemahiran yang di anjurkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Malaysia ataupun Construction Industry Development Board (CIDB).




Banyak latihan kemahiran yang ditawarkan bagi melahirkan belia Malaysia yang berwawasan disamping merealisasikan usaha kerajaan untuk mengurangkan kemasukan tenaga luar dalam negara. Untuk maklumat lanjut sila ke laman CIDB.

Semoga info ini sikit sebanyak memberi manfaat kepada semua yang membaca blog saya ni.

***
Program Latihan 1 Malaysia - GIATMARA


Program Latihan 1 Malaysia - GIATMARA

Sejak akhir-akhir ini kerajaan Malaysia banyak memberi penekanan kepada konsep 1 Malaysia yang sering kita dengar menerusi TV, radio, dan sebagainya. Perkataan 1 Malaysia sudah tidak asing lagi bagi kita penduduk berbilang kaum di negara yang sangat aman dan damai ini.




Tidak dinafikan memang banyak pro and cons bila konsep ini diperkenalkan, tapi janganlah cepat melatah. Cuba pandang dari sisi yang berbeza dan selalu fikir positif kerana persaingan yang sihat pada hari ini akan menentukan siapa kita di masa akan datang.

Ketika saya menulis entry ini saya terfikir mesti ramai lagi yang sedang mencari-cari peluang untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing maklumlah kos sara hidup makin lama makin tinggi. Mungkin ada yang berminat untuk menyertai Program Latihan 1 Malaysia - GIATMARA bagi mendapatkan kemahiran yang bersesuaian dengan minat masing-masing kebetulan permohonan baru sedang dibuka sekarang ini.

Semoga berjaya!

*****
Latihan Kemahiran untuk belia - CIDB

Wednesday, 5 February 2014

Lebih banyak yang menarik di 8share..


Sejak seminggu dua ni saya aktif kongsikan apa yg menarik di 8share ni..terasa kekok plak tulis blog sebab dah lama tak menulis..busy sangat sem ni sampai tak sempat cari info2 baru utk ditulis..ok,straight to the point ye..sebenarnya dalam website 8share ni banyak contest dan info2 yg menarik utk kita baca bagi yg ada masa lapang mcm saya sekarang ni..kebetulan tengah cuti semester, boleh la spend masa utk online lebih sikit.. :)


8share, share, info, contest, rewards, money
8share

Mesti ramai yg dah tau apa benda 8share ni kan..tapi mesti ada jugak yg tertanya-tanya 8share ni macam 4shared tu ke? Errrmmm..jawapannya memang tak sama. 4shared tu adalah website utk kita share lagu-lagu manakala 8share ni plak adalah tempat utk kita kongsi info, aktiviti yang boleh kita join sebagai volunteer utk sesebuah program yang dianjurkan oleh pihak NGO (badan bukan kerajaan) dan setiap apa yang kita share tu plak kita akan dapat Rewards sama ada dalam bentuk duit atau pun point2 utk tebus koleksi2 yang agak limited. Contohnya macam gambar kat bawah ni..


sticker, 8share, online, duit, sampingan
Sticker 50 BP

mug, 8share, hadiah, menarik, duit, sampingan, online
Mug 1000 BP
T-shirt, 8share, hadiah, menarik, duit, sampingan, online
T-Shirt 2000 BP
Haaa..macam mana?menarik kan..so,bagi yang berminat untuk sama-sama share info baru boleh dapatkan maklumat lanjut DISINI..