Followers

Saturday, 19 July 2014

Perigi mencari timba..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Untuk entry kali ini saya tertarik dengan topik perigi mencari timba..relevan lagi ke pepatah lapuk ni??lama dah tak dengar sebenarnya..kebetulan terjumpa kat Google tadi terus saya update blog ni..maklumlah dah lama tak menulis, so bila da menulis semula mula lah tak nak berhenti..hihi..


Perempuan ni memang dicipta dengan sifat pemalu, sopan-santun, lemah-lembut, berbudi bahasa dan macam-macam lagi la kan..Masa zaman nenek moyang kita dulu memang pantang sangat la kalau perempuan terhegeh-hegeh nak kan lelaki..malu besarlah kalau perkara ni dah dicanang keliling kampung..hehe..tapi sekarang ni dah tak macam dulu lagi..masyarakat kita dah semakin terbuka dan boleh terima perubahan demi perubahan mengikut peredaran zaman.

Memanglah malu sebenarnya kalau perempuan mengorat lelaki ni..tapi tak salah pun kan..yang penting niat tu kena betul dan ikhlas..Dulu saya pernah terbaca dalam blog mana entah saya pun dah tak ingat..tapi apa yang ditulis dalam blog tu lebih kurang macam ni la..Masa zaman Rasulullah dulu ada seorang perempuan datang dekat Nabi, perempuan tu menangis..nabi tanya la kenapa menangis, dan perempuan tu jawab dia cintakan seorang lelaki tapi lelaki tu tak tahu pun yang dia sukakan lelaki tu..nak tahu tak apa yang Nabi buat lepas tu??kalau nak tau baca lah lagi ye..hehehe..



Tak lama lepas tu Nabi pun cari la lelaki tu dan terus pinang dia untuk perempuan tadi..rupanya dalam masa yang sama lelaki tu pun memang ada menyimpan perasaan pada perempuan tadi..tapi mungkin ada sebab-sebab tertentu kenapa lelaki tu memilih untuk tidak meluahkan perasaannya kepada perempuan tadi..akhirnya diorang pun berkahwin dan hidup bahagia..

So, moral of the story is sebagai perempuan kita tak perlu rasa malu kalau suka kat seseorang tu..luahkan je..kadang2 lelaki tu pun suka kat kita tapi disebabkan faktor-faktor tertentu diorang buat dek je kan..Pada pendapat saya la kan, ramai lelaki sekarang ni takut ada komitmen untuk berumahtangga sebab diorang rasa belum stabil dan perkara yang paling diorang takut adalah waktu nak masuk meminang perempuan yang dia suka..mana tak nya, hantaran je dah berpuluh ribu..tak termasuk cost untuk kenduri lagi..dah macam nak beli kereta la pulak..hahaha..



So,kepada perempuan diluar sana tu janganlah minta hantaran terlampau mahal sangat, berpada-pada lah..kena ikut kemampuan lelaki tu..kesian orang laki ni..ada yang sanggup berhutang sebab nak kahwin..dan bila dah kahwin mulalah timbul macam-macam masalah sampai bercerai-berai..Jadi, renung-renungkanlah ye..semoga apa yang saya kongsi ini memberi sedikit info yang bermanfaat kepada semua yang sudi membaca blog saya ni.


No comments:

Post a Comment