Followers

Friday, 2 May 2014

Melukis adalah cara saya untuk hilangkan tekanan!

Follow my blog with Bloglovin

Semua orang dalam dunia ini menghadapi tekanan hidup masing-masing. Bezanya kecil atau besar tekanan yang dihadapi seseorang itu. Tekanan hidup sebenarnya boleh dikategorikan sebagai tekanan fizikal dan tekanan mental. Tekanan fikikal berlaku apabila seseorang itu terpaksa melakukan pekerjaan yang di luar kemampuan mereka manakala tekanan mental pula berkait rapat dengan cara seseorang itu berfikir untuk menyelesaikan setiap masalah yang mereka hadapi. Perasaan bosan terhadap aktiviti seharian juga boleh mengakibatkan seseorang itu rasa tertekan. Lebih malang lagi apabila tekanan hidup tersebut boleh menyebabkan seseorang itu melalukan perkara yang tidak bermoral yang boleh merosakkan masa depan mereka.



Jadi, hari ini saya nak berkongsi bagaimana cara saya menghilangkan rasa tertekan untuk sementara waktu. Kebiasaannya bila saya rasa bosan ataupun tak larat nak menghadap assignment ataupun nota-nota dan buku-buku study saya akan alihkan fokus itu sekejap. Saya buatlah apa-apa pun asalkan kepala saya rasa ringan sikit lepas itu. Antara perkara yang saya akan lakukan adalah mencurahkan idea pada sehelai kertas lukisan macam dekat bawah ini ataupun saya akan mengarang cerita-cerita pendek ataupun cerpen. Menulis blog pun adalah salah satu cara saya untuk kurangkan tekanan dan senang cerita membaca, menulis, dan melukis ini dah memang jadi hobi saya dari kecil lagi.



Tapi biasanya hobi ini bergantung pada minat kita juga dan rasa minat pada sesuatu itu kita boleh pupuk sebenarnya. Sama lah konsepnya kalau kita minat dekat seseorang itu, mesti kita akan cuba cari jalan macam mana nak bagi hubungan itu menjadi lebih mesra. Sama lah juga dengan hobi ini, mula-mula tengok-tengok je lama-lama mesti akan timbul rasa suka dan teruja.


No comments:

Post a Comment