Followers

Saturday, 22 February 2014

Yang Indah Itu Milik Kita : Bab 2




“Ika, esok boleh balik hostel lambat sikit tak?” Tanya mama ketika menghampiri aku.

“kenapa mama?” soalku sedikit kehairanan sambil mengemas barang-barangku.

Mama senyum melihatku. Aku melihat mama sangat gembira ketika ini.

“Abang Amin nak balik sini esok, tapi petang sikit baru sampai.” Jelas mama.

“Abang balik sini..” Tiba-tiba hati aku rasa berdebar-debar bila dapat tahu dia akan pulang ke Malaysia esok.

“Itu yang mama suruh Ika balik lewat esok, boleh jumpa abang. Mama rasa sejak abang pergi UK Ika dah tak pernah jumpa abang lagi kan?”

“Itulah mama, masing-masing sibuk. Bila abang balik Ika dekat hostel. Lagipun abang balik sini sekejap je macam mana nak jumpa?. Kalau Ika dekat hostel pula abang bukan nak datang jenguk Ika pun.” Rungutku.

Mama hanya tersenyum mendengar omelan aku yang sedang tidak puas hati dengan perangai dia.

“Abang sibuk. Cuti dia tak lama. Lagipun dia ada jawatan dalam society, banyak program dia kena handle. Macam kat sini dulu itu, ada je aktiviti dia nak buat.” Jelas mama lagi.

“Boleh tak balik lambat esok?” Soal mama lagi bila melihat aku terdiam.

“Mama, Ika minta maaf. Ika bukan tak nak jumpa abang. Tapi sebenarnya Ika ada ujian hari Isnin ini. Kalau balik lambat risau Ika penatlah mama. Abang balik sini lama ke?” Terkilan juga rasa hati ini bila tak dapat jumpa dia.

“Ermm, macam biasalah abang tu. Sehari dua terbanglah semula ke UK tu. Tak apalah kalau Ika dah cakap macam itu, kalau sempat mama suruh abang jenguk Ika dekat hostel nanti.”

“Kirim salam kat abang ya ma..” Pesanku ketika mama melangkah menuju pintu untuk keluar dari bilikku.

“Insyaallah nanti mama sampaikan. Ika tidur awal ya.” Balas mama. Aku hanya tersenyum pahit membalas senyuman mama kepadaku.

‘Mesti kau rindukan ibu kan. Walaupun kau selalu rampas kasih sayang ibu dari aku tapi aku tak pernah bencikan kau sebab aku tahu kau sayang sangat dekat ibu. Kenapa kau benci sangat dekat aku? Aku selalu jadi permainan kau. Tapi tak apa, aku tak ambil hati sikit pun.’

Aku mengacau asam pedas ikan pari yang hampir masak. Pagi-pagi lagi mama sudah minta Pak Ali ke pasar untuk belikan bahan-bahan untuk di masak. Aku ingat mama yang nak masak sebab dia yang sibuk minta Pak Ali pergi cepat, rupanya mama minta aku tolong masakkan asam pedas ini. Katanya ini lauk kegemaran Abang Amin. Aku tak tahu kenapa aku dengan rela hatinya setuju dengan permintaan mama sedangkan hubungan aku dengan Abang Amin tidak mesra.

Aku tersenyum melihat asam pedas yang telah siap aku bungkus untuk bawa pulang ke asrama. Perjalanan yang memakan masa enam jam sudah pasti membuatkan perut aku berkeroncong. Kalau ikutkan hati ini nak saja aku bawa dengan periuk itu sekali tapi bila teringat ada orang yang akan menitis air mata bila terbau asam pedas ala-ala masakan arwah ibu ini terus terbantut niat aku ini.

“Oi! Tersengih-sengih ini kenapa?” Hampir terlepas bekas yang aku pegang bila Iman menyergah aku.

“Terkejut aku.” Balasku ringkas.

“Memanglah terkejut kalau asyik berangan je.” Balasnya kembali.

“Mana ada aku berangan. Mata kau tu ada problem sebenarnya.”

“Amboi..sedapnya mulut dia mengata orang. Aku cium kang baru tahu!” Ugutnya seperti biasa.

“Kau jangan nak main-main, nanti aku curah kuah asam pedas yang baru lepas mendidih ini dalam mulut kau baru kau tahu. Kalau kau jadi bisu jangan salahkan aku pula lepas ini.”

Aku pula yang ugut dia semula. Tapi aku tahu dia cuma main-main. Dia tak mungkin buat betul-betul sebab dia tak sekejam Abang Amin.

“Kau masak asam pedas? Perghh..Aku nak makanlah, tiba-tiba je rasa lapar perut aku ini.” Balasnya sambil mencapai pinggan di atas rak.

“Kau itu memanglah, tak pernah kenyang. Badan macam tong drum dah itu.” Aku mengekek ketawa bila dapat mengenakan dia. Dia turut ketawa mendengar kata-kata aku.

“Ada aku kisah?” Soalnya tanpa mempedulikan kutukan aku padanya. Aku tersenyum girang melihat telatah Iman yang selalu mencuit hati aku. Tak seperti Abang Amin yang selalu menyakitkan hati aku dan lansung tak pandai bergurau. Dia selalu kasar bila bercakap dengan aku.

Akhirnya setelah hampir enam jam perjalanan menaiki bas sampai juga aku di Kuala Terengganu.

“Ika, bila kau sampai?” Tanya Anis sambil melabuhkan punggungnya di atas katilku.

“Baru je, penatlah.” Jawabku seakan merungut.

“Itu lah, aku ajak balik Kuantan kau tak nak. Kalau tak, tak adalah kau penat sangat macam ini. KL dengan Terengganu memanglah jauh. Kalau cuti panjang tak apalah juga. Ini weekend, kalau aku memang tak lah.”

“Bukan tak nak, tapi aku seganlah dengan abang-abang kau itu.” Balasku memberi alasan.

           Sebenarnya bukan itu sebab yang utama tapi aku lebih selesa berada dirumah sendiri walaupun hubungan mereka denganku hanyalah keluarga angkat tapi layanan mereka terlalu baik terhadap aku. Cuma Abang Amin seorang yang bersikap pelik dan sering menunujukkan rasa kebenciannya pada aku. Aku selalu tanya kenapa dia tak sukakan aku tapi jawapannya seringkali melukakan hati ini.

“Segan apa pula, abang aku mengorat kau ke?” Soal Anis serius.

“Mana ada diorang mengorat aku. Merepeklah kau ini.” Balasku sedikit geram.

“Habis itu kenapa, ke kau balik KL ini sebab nak jumpa Abang Amin kau tu?” Tersentak aku bila Anis menyoalku begitu.

“Mesti dia balik sini kan?” Aku hanya mendiamkan diri. Malas rasanya nak bercerita tentang orang yang menjengkelkan itu.

“Oi, ceritalah. Dia buli kau lagi ke? Mesti dia handsome kan? Apa nama FB dia ye? Bagilah dekat aku. Teringin juga nak kenal abang angkat kau yang poyo tu.”

“FB? Aku tak friend dan tak pernah tahu pun apa nama FB dia tu Anis.” Balasku ringkas.

Sebelum ini aku tak pernah terfikir pun tentang semua ini. Semua khabar berita tentang dia aku hanya tahu dari mulut mama, papa, dan juga Iman. Mungkin sikap dia yang selalu dingin terhadapku membuatkan aku berasa tersinggung dan berjauh hati begini.

“Sampai macam itu sekali? Tapi kan, tak kan sikit pun kau tak suka kat dia?”

“Kau ini kan, kalau tak korek rahsia aku memang tak boleh kan? Nantilah kalau aku jumpa FB dia aku suggest friend kat kau ye. Puas hati?” Soalku geram.

“Betul ke Ika? sayang kau” Tanpa sempat aku mengelak, satu ciuman singgah dipipiku.

“Ialah, aku pun sayang juga dekat kau.” Sengaja aku tekankan sedikit perkataan ‘sayang’ itu padanya dan kami sama-sama ketawa seperti selalu.


Bersambung...

******************************

No comments:

Post a Comment