Followers

Wednesday, 3 September 2014

10 Days Challenge: Day 1 - Pictures


Hai semua..

           Untuk entry 10 Days Challenge Day 1 ni je yang sempat sy siapkan..ni gambar-gambar peribadi saya kalau tak silap dari tahun 1994 sampai la sekarang September 2014. 

            Sepatutnya saya kena siapkan report untuk Latihan Industri ni tapi disebabkan tak ada idea n tengah bosan sangat tu yang edit gambar-gambar ni..hehe..tapi sorry la tak clear sangat sebab saya guna MS Word dan Paint je..Photoshop ke yang canggih-canggih bagai tu memang tak pandai guna..hihi..



        Gambar yang first tu diambil masa umur saya 7 tahun yang pakai baju kurung tu..comot kan??saya memang comot pn..dulu,kini,dan selamanya comot..hehe..seterusnya yang baju oren duduk atas tangga tu masa umur saya 13 tahun kalau tak silap, ni dekat rumah arwah kawan baik saya yang saya sayang sangat-sangat..al-Fatihah untuk arwah.. 

        Seterusnya yang tengah pegang buku tu masa umur saya 15 tahun, gambar ni saya posing dekat dalam asrama..yang lain-lain tu masa tengah study dekat UiTM Jengka Pahang, UiTM Shah Alam, Nusa Camp Taman Negara Pahang, dan dekat rumah sewa n kampung halaman yang tercinta.

       Ok la ye, ni je untuk entry kali ni..Jumpa lagi..bye..

10 Days Challenge..tingkatkan teknik menulis..


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai semua..

          Entry kali ni saya nak tulis tentang 10 Days Challenge. 10 Days Challenge ni khas untuk blogger sebenarnya. Sampai je tempat practical tadi terus check gmail and buka google+ profile sebab nak tengok entry baru dari blogger-blogger yang suka update blog.

          Godek punya godek jumpa lah entry 10 Days Challenge kat blog sallysamsaiman.blogspot.com


challenge, idea, blogger, qiya, saad, kreatif, cabaran, menulis, malaysia

          Benda alah ni sebenarnya nak memudahkan adik-adik ataupun blogger-blogger baru yang berminat untuk terus menulis blog tapi tak ada idea menarik. So, dengan adanya challenge ni boleh la korang semua update blog hari-hari lepas ni kan. Tapi maaf la ye, challenge ni tak ada giveaway sebab ni cuma bertujuan untuk suka-suka sambil memperbanyakkan entry blog dan tigkatkan kreativiti korang dalam bidang penulisan kreatif.

All the best!!!

Sunday, 20 July 2014

The Rock Munajat Cinta Lyrics & Chord


G            D 
Malam ini ku sendiri 

Em             B 

tak ada yang menemani

C         G 

seperti malam-malam  


Am     D     G    
yang sudah-sudah 


G          D 
hati ini selalu sepi 

Em                  B 

tak adanya yang menghiasi 


C          G 
seperti cinta ini  

Am       D    G   
yang selalu pupus 


[reff] 


G             D 
Tuhan kirimkanlah aku 


Em             B 
kekasih yang baik hati 


C           G 
yang cintai aku  


Am  D  G   D 
apa adanya 


G           D 
Mawar ini semakin layu 

Em           B 
tak ada yg memiliki 


C        G  
seperti aku ini  


Am  D     G   
semakin pupus 


to:[reff] 

[int] G D Em B C G Am D G 

to : [reff] 2x




Letto - Sandaran Hati chords and lyric



Intro: F#m A (2x) 

F#m A 
Yakinkah ku berdiri, di hampa tanpa sepi 

F#m E A 
Bolehkah aku mendengarmu 

F#m A 
Terkubur dalam emosi, tanpa bisa sembunyi 

F#m E A 
Aku dan nafasku merindukanmu 

Int: F#m A F#m E A 

F#m A 
Terpurukku di sini, teraniaya sepi 

F#m E A 
Dan kutahu pasti kau menemani 

D E 
Dalam hidupku, kesendirianku 


Reff: 

F#m A 
Teringat ku teringat, pada janjimu ku terikat 

D F#m E 
Hanya sekejap ku berdiri, kulakukan sepenuh hati 

F#m A 
Peduli ku peduli, siang dan malam yang berganti 

D F#m E 
Sedihku ini tiada arti, jika kaulah sandaran hati 

F#m E 
Kaulah sandaran hati 

Int: F#m A 

F#m A 
Inikah yang kau mau, benarkah ini janjimu 

F#m E A 
Hanya engkau yang ku tuju 

F#m A 
Pegang erat tanganku, bimbing langkah kakiku 

F#m E A 
Aku hilang arah tanpa hadirmu 

D E 
Dalam gelapnya malam hariku 

Repeat Reff 

Coda: F# A

Saturday, 19 July 2014

Perigi mencari timba..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Untuk entry kali ini saya tertarik dengan topik perigi mencari timba..relevan lagi ke pepatah lapuk ni??lama dah tak dengar sebenarnya..kebetulan terjumpa kat Google tadi terus saya update blog ni..maklumlah dah lama tak menulis, so bila da menulis semula mula lah tak nak berhenti..hihi..


Perempuan ni memang dicipta dengan sifat pemalu, sopan-santun, lemah-lembut, berbudi bahasa dan macam-macam lagi la kan..Masa zaman nenek moyang kita dulu memang pantang sangat la kalau perempuan terhegeh-hegeh nak kan lelaki..malu besarlah kalau perkara ni dah dicanang keliling kampung..hehe..tapi sekarang ni dah tak macam dulu lagi..masyarakat kita dah semakin terbuka dan boleh terima perubahan demi perubahan mengikut peredaran zaman.

Memanglah malu sebenarnya kalau perempuan mengorat lelaki ni..tapi tak salah pun kan..yang penting niat tu kena betul dan ikhlas..Dulu saya pernah terbaca dalam blog mana entah saya pun dah tak ingat..tapi apa yang ditulis dalam blog tu lebih kurang macam ni la..Masa zaman Rasulullah dulu ada seorang perempuan datang dekat Nabi, perempuan tu menangis..nabi tanya la kenapa menangis, dan perempuan tu jawab dia cintakan seorang lelaki tapi lelaki tu tak tahu pun yang dia sukakan lelaki tu..nak tahu tak apa yang Nabi buat lepas tu??kalau nak tau baca lah lagi ye..hehehe..



Tak lama lepas tu Nabi pun cari la lelaki tu dan terus pinang dia untuk perempuan tadi..rupanya dalam masa yang sama lelaki tu pun memang ada menyimpan perasaan pada perempuan tadi..tapi mungkin ada sebab-sebab tertentu kenapa lelaki tu memilih untuk tidak meluahkan perasaannya kepada perempuan tadi..akhirnya diorang pun berkahwin dan hidup bahagia..

So, moral of the story is sebagai perempuan kita tak perlu rasa malu kalau suka kat seseorang tu..luahkan je..kadang2 lelaki tu pun suka kat kita tapi disebabkan faktor-faktor tertentu diorang buat dek je kan..Pada pendapat saya la kan, ramai lelaki sekarang ni takut ada komitmen untuk berumahtangga sebab diorang rasa belum stabil dan perkara yang paling diorang takut adalah waktu nak masuk meminang perempuan yang dia suka..mana tak nya, hantaran je dah berpuluh ribu..tak termasuk cost untuk kenduri lagi..dah macam nak beli kereta la pulak..hahaha..



So,kepada perempuan diluar sana tu janganlah minta hantaran terlampau mahal sangat, berpada-pada lah..kena ikut kemampuan lelaki tu..kesian orang laki ni..ada yang sanggup berhutang sebab nak kahwin..dan bila dah kahwin mulalah timbul macam-macam masalah sampai bercerai-berai..Jadi, renung-renungkanlah ye..semoga apa yang saya kongsi ini memberi sedikit info yang bermanfaat kepada semua yang sudi membaca blog saya ni.


Salam Ramadhan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..




Dah lama sangat saya tak update blog, sampai rasa kekok nak mulakan cerita..ermmm, sebagai mukadimah saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada pembaca yang beragama Islam. Tak terlambat lagi kan??

Ok, untuk entry ni saya nak cerita tentang rasa kagum saya kepada seorang wanita warga Indonesia yang saya jumpa masa saya pergi tarawikh kat surau berhampiran dengan rumah sewa saya pada hari pertama kita berpuasa.

Cerita dia macam ini..sementara tunggu waktu isyak tu saya mengaji la sekejap..tengah saya kusyuk baca surah al-Baqarah tiba-tiba sampai satu ayat saya tergagap..banyak kali saya cuba ulang baca tapi still tak betul..pastu saya dengar satu suara baca ayat yang saya tersangkut tadi dan bacaan tu memang ditujukan untuk saya..tajwid semua betul..panjang pendek harkat semua sama..saya terus pandang makcik tu dengan sebuah senyuman..lama saya tersenyum..terasa malu sebab dalam diam ada orang tengah dengar saya mengaji rupanya..

Pastu makcik tu cakap kat saya nanti datang la belajar mengaji..setiap malam ada bacaan al-Quran dalam kumpulan..saya terlupa apa istilah dia..makcik tu ada cakap tapi saya tak ingat..bukan taranum..taranum tu yang belajar lagu macam pertandingan tilawah tu kan..ermmm, cepat betul lupa..

Ok, berbalik semula kepada rasa kagum saya terhadap makcik tu ye..saya rasa kagum sebab walaupun tak tengok Quran tapi makcik tu baca ayat tu dengan betul dan lancar..maknanya dia dah hafal banyak ayat Quran kan..Alhamdulillah..agama Islam masih tertegak dibumi Allah ini..

Sampai sini je entry kali ini..sebelum saya undur diri saya nak bagitahu istilah yang saya terlupa tadi..mengaji dalam kumpulan tu adalah dipanggil tadarus al-Quran..baru je saya ingat..nak edit post ni dah tak rajin dah..

Ok la ye..bye..





Friday, 20 June 2014

Kelebihan Solat 5 Waktu Terutama Solat Subuh.


Daripada Jundub bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bersolat Subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian Allah dengan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan – perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat Subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka.” (Riwayat Muslim)
Orang Islam digalakkan solat lima waktu berjemaah kerana terdapat banyak fadilatnya. Orang yang menunaikan solat lima waktu khususnya solat Subuh maka dia tetap berada dalam jaminan (tanggungjawab) Allah sepanjang hari.
Sesiapa yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT. Meninggalkan solat Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.



Dikhususkan (ditentukan) solat Subuh dengan kelebihan ini kerana solat Subuh lebih berat daripada solat lain disebabkan Subuh waktu sedang nyenyak tidur, pada musim sejuk pula sukar untuk berwuduk.
Rasulullah SAW bersabda: “Segerakanlah solat Subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. Ketika itu pula orang kafir tengah bersujud kepada matahari.” (Riwayat Muslim)
Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengerjakan solat di awal waktu kerana di akhirat kelak, perkara pertama sekali disoal oleh Allah SWT adalah solat. Jika sempurna solat seseorang itu maka sempurnalah amalannya yang lain.


Seorang Muslim yang taat tidak akan melewat-lewatkan solatnya. Contohnya bersolat Zuhur apabila sudah hampir sampai waktu Asar, solat Maghrib menghampiri waktu Isyak, solat Subuh ketika matahari sudah terbit (subuh gajah).
Berusaha memperbaiki solat menjadi lebih sempurna bukan saja memastikan solat di awal waktu tetapi dilaksanakan secara berjemaah di masjid atau surau dengan menjaga kekhusyukan, bacaan, rukun dan kesempurnaan wuduk.
Rasulullah SAW bersabda: “Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Muttafaqun Alaih)


Hukum Nikah Gantung


nikah, gantung, kahwin, couple, cinta, islam, lelaki, perempuan, bayi, anak, luar. nikah, qiya, saad, hukum, halal, haram, pengantin, muda, belajar, mas kahwin, hantaran

a) Nikah Gantung dalam bahasa arab disebut " NIKAH KHITBAH " dan hukumnya HARUS .

b) Nikah Gantung bermaksud pernikahan diantara pasangan pengantin yang tidak duduk serumah dalam satu - satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua - dua belah pihak . Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan .

c) Nikah Gantung juga mengadakan “ Majlis Akad Nikah “ yang harus mereka
ikuti sebagaimana perkahwinan biasa dilakukan .

d) Syarat SAH Nikah di dalam rukun – rukun perkahwinan seperti suami , isteri , wali , saksi , dan akad (Ijab Kabul) dan juga mas kahwin perlu ada untuk syarat sah nikah .


e) Nikah Gantung menangguhkan “ Majlis Kenduri Kahwin (WalimatulUrus) “ dan penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut kadang – kadang menjangkau bertahun – tahun lamanya .


Sebab – Sebab Biasa NIKAH GANTUNG dilakukan

l ) Suami masih belum mampu menyara sepenuhnya kos sara hidup isteri seperti SEWA RUMAH , PAKAIAN dan sebagainya .
ll) Pasangan yang masih lagi Belajar dan Menuntut .

lll) Belum bersedia memberi Komitmen sepenuhnya didalam menunaikan tanggungjawab berumah tangga .


Setelah majlis Akad Nikah berlangsung , kedua – dua pasangan harus tinggal berasingan sehingga benar – benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai Suami Isteri . Pada kebiasaan pasangan ini akan tinggal di rumah ibu bapa masing – masing .


Tujuan utama “ Nikah Gantung “ ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya Perzinaan dan Lahirnya Anak Luar Nikah . Setelah kedua – dua pasangan ini melalui nikah gantung , mereka boleh bertemu , berdating dan bermesra . Malah jika melakukan sek pun sehingga melahirkan anak ia tidak salah dan tidak haram . Anak yang mereka melahirkan itu adalah “ SAH “hukumnya .


Walaupun mereka Nikah Gantung , mereka adalah pasangan suami isteri yang SAH di sisi Agama Islam dan undang – undang Kerajaan Malaysia .



Thursday, 19 June 2014

Sifat Malaikat

Al-Qur'an dan Hadis banyak menjelaskan tentang sifat-sifat Malaikat:

1. Malaikat dicipta daripada cahaya

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a.: "Malaikat dicipta daripada cahaya, jin dicipta daripada api dan manusia dicipta daripada apa yang diceritakan kepadamu (tanah)" 
- [Riwayat Muslim]


2. Malaikat tidak berkehendak, tiada nafsu.

Dan mereka berkata: "Mengapa rasul itu memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar? Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang malaikat agar malaikat itu memberikan peringatan bersama-sama dengan dia?" 
- [Al-Furqaan : 7] 


3. Malaikat taat melaksanakan perintah Allah SWT tanpa sedikit pun membantah .

"Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan mereka mentasbihkan-Nya dan hanya kepada-Nya-lah mereka bersujud".
- [Al-A'raaf : 206]


4. Malaikat dikurniakan Allah SWT kekuatan.

"Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka."
- [Al-Haaqqah : 17] 


5. Malaikat boleh berubah menjadi apa jua bentuk dengan izin Allah SWT.

"Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah dan merasa sempit dadanya kerana kedatangan mereka, dan dia berkata: "Ini adalah hari yang amat sulit".
- [Huud : 77]

TAKRIF TAQWA

          Kebanyakan orang tidak faham apa sebenarnya taqwa.
Walaupun istilah taqwa selalu disebut tetapi ilmu tentang
taqwa tidak pernah diajar.Syarat-syarat dan rukun-rukun taqwa
juga tidak pernah dinyatakan. Orang sudah lali dengan perkataan
taqwa. Sesetengah orang menganggap perkataan taqwa
itu sudah tidak ada erti apa-apa lagi kerana kebanyakan orang
tidak faham.

           Sebab itu, setiap kali disuruh bertaqwa, orang tidak bertaqwa.
Disebut Ittaqullah, ‘bertaqwalah kamu kepada Allah’,
namun orang tidak bertaqwa juga. Walhal suruhan supaya
bertaqwa itu disebut dalam setiap khutbah sembahyang Jumaat
kerana ia adalah rukun khutbah. Kalau tidak disebut taqwa, tidak
sah sembahyang Jumaat walaupun sembahyang khusyuk. Tetapi
walaupun selalu disebut, orang tidak faham. Ia tidak jadi ilmu,
ia tidak jadi amalan dan pegangan, jauh sekali untuk dihayati.
Oleh itu macam mana hendak jadi orang yang bertaqwa.

              Taqwa bukan setakat melaksanakan perintah dan meninggalkan
larangan. Bukan setakat menunai ketaatan dan menjauhkan
kemaksiatan. Bukan setakat membuat apa yang disuruh dan
meninggalkan apa yang dilarang. Bukan juga setakat meninggalkan
apa yang haram dan menunaikan apa yang fardhu.
Bukan setakat menjauhkan yang syirik dengan beramal dan taat
kepada Allah. Bukan setakat menjauhkan diri dari segala apa
yang akan menjauhkan diri kita daripada Allah. Bukan setakat
menghadkan diri kepada yang halal sahaja dan bukan setakat
Kebanyakan orang tidak faham apa sebenarnya taqwa.
Walaupun istilah taqwa selalu disebut tetapi ilmu tentang
taqwa tidak pernah diajar. Jalan untuk mendapatkan taqwa
beramal untuk menjuruskan ketaatan kepada Allah sematamata.
Inilah kupasan dan kefahaman tentang taqwa yang dibawa
oleh para ustaz, para muallim, orang yang hafaz Quran dan
Hadis bahkan juga para mufti dan kadhi. Taqwa itu tersangat
dipermudahkan sehingga orang tidak merasakan bahawa taqwa
itu penting dan perlu diperjuangkan demi untuk mendapat keselamatan
di dunia dan Akhirat. Maksud taqwa sebenarnya lebih
dalam dan lebih luas dari itu. Taqwa adalah antara perkara yang
terpokok dalam agama.

             Orang membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa
yang dilarang atau orang menunaikan ketaatan dan menjauhkan
kemaksiatan, tidak semestinya berasaskan taqwa. Mereka
taat mungkin kerana ada sebab-sebab lain. Mungkin mahu
upah, mahu dipuji, mahu pengaruh atau untuk mengambil hati
orang. Mereka meninggalkan apa yang dilarang pun mungkin
ada sebab-sebab lain. Mungkin kerana mahu dihormati, mahu
menjaga nama dan kedudukan, takut dihukum, takut orang
mengata dan menghina atau takut dipulaukan orang.

TAKRIF
Bila disebut taqwa, orang terjemah sebagai takutkan Tuhan. Itu
tidak betul. Taqwa bukan bererti takut. Taqwa pada Tuhan bukan
bererti takutkan Tuhan. Takut kepada Tuhan hanyalah satu
daripada sifat mahmudah yang terangkum dalam sifat taqwa
tetapi ia bukan taqwa. Takut dalam bahasa Arab ialah khauf atau
khasya.

          Taqwa berasal dari perkataan waqa–yaqi–wiqoyah yang
ertinya memelihara. Hujahnya ialah ayat Al Quran seperti
berikut:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah
kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu
dari api Neraka.” (At Tahrim: 6)

             Di dalam Al Quran, kerap Tuhan menyeru dengan kalimah
ittaqu atau yattaqi. Di mana ada tambahan huruf pada asal
kalimah waqa, ia membawa perubahan kepada makna. Di sini
ittaqullah membawa maksud hendaklah kamu mengambil
Allah sebagai pemelihara/pembenteng/pelindung. Iaitu hendaklah
jadikan Tuhan itu pelindung. Jadikan Tuhan itu kubu atau
benteng. Bila sudah berada dalam perlindungan, kubu atau
benteng Tuhan, perkara yang negatif dan berbahaya tidak akan
masuk atau tembus. Atau jadikan Tuhan itu dinding dari kejahatan.
Usaha untuk menjadikan Allah sebagai pemelihara atau
pelindung atau pembenteng ialah dengan melaksanakan perkara-
perkara yang disuruh oleh Allah lahir dan batin. Dengan
kata-kata yang lain, perkara yang disuruh itu ialah membina
sifat-sifat mahmudah. Mengumpul dan menyuburkan sifat-sifat
mahmudah itulah usaha bagi menjadikan Allah itu sebagai
pemelihara atau pelindung. Membina sifat-sifat mahmudah
itulah usaha ke arah taqwa.

              Taqwa atau wiqoyah telah disalahertikan. Maksudnya telah
disempitkan. Ia sebenarnya adalah lebih global dan luas. Ia
adalah gudang mahmudah dan merupakan himpunan segala
sifat-sifat mahmudah. Di situ ada sabar, redha, pemurah, berkasih
sayang, pemaaf, memberi maaf, meminta maaf dan sebagainya.
Seluruh sifat mahmudah itulah taqwa. Jadi, besarlah
erti taqwa. Ia membawa keselamatan dunia dan Akhirat.
Oleh itu, kalau dikatakan ittaqullah, maknanya yang sebenar
ialah ‘hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara’.
Oleh sebab istilah-istilah Islam telah banyak disalah guna dan
disalahertikan, maka hilang berkatnya. Bila disebut istilahistilah
Islam, tidak terasa apa-apa. Contohnya ialah perkataan
‘khalwat’. Maksudnya mulia iaitu menyendiri dengan Tuhan. Ia
satu bentuk amalan sufi. Tetapi maksudnya itu telah
diselewengkan dengan membawa erti ‘berdua-duaan lelaki dan
perempuan yang bukan ajnabi’. Begitulah juga istilah ittaqullah
ini. Setiap minggu pada hari Jumaat, dilaung-laungkan di
mimbar masjid tetapi para jemaah tidak terasa apa-apa. Berkatnya
telah hilang kerana maksudnya telah disalahertikan.

             Untuk menjadi orang yang bertaqwa ertinya menjadi orang
yang berada dalam perlindungan Tuhan atau dalam pemeliharaan
Tuhan. Orang yang berada dalam benteng dan kubu
Tuhan. Dia selamat dari serangan luar. Serangan luar tidak lut
dan tidak mengenai dirinya. Orang bertaqwa itu seolah-olah
telah dipakaikan baju besi atau jaket kalis peluru.
Taqwa adalah pakaian jasad batin atau roh. Ia adalah amalan
jiwa atau roh. Taqwa adalah perkara dalaman dan banyak melibatkan
amalan hati. Kalau sungguh-sungguh diamalkan dan
dihayati, akan lahir sifat-sifat mahmudah seperti jujur, adil,
benar, berkasih sayang, lemah lembut, pemurah, tawadhuk,
pemalu, bertimbang rasa, berperikemanusiaan, sabar, redha,
tawakal, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, pemaaf,
amanah, tekun, rajin, lapang dada, bekerjasama, simpati, belas
kasihan dan sebagainya.

             Orang yang bertaqwa adalah orang yang luar biasa. Sebab
dia manusia yang sudah bersifat malaikat. Sifat Malaikat sudah
ada dalam dirinya. Dia sudah jadi orang Tuhan. Sebab itulah
dia dibantu dan dibela oleh Tuhan. Orang bertaqwa sahaja yang
akan selamat di dunia dan di Akhirat.

Monday, 19 May 2014

Ajai - Aduh Lyrics & Chord




Intro: F G F G

Am Em

Berdiri di sebalik awan hitam yang berkepulan

Dm G C
Tiada pandangan yang dapat ku perlihatkan
A Dm
Hanya wajah yang selalu ada di ruang mata ini
Am E Am
Yang sudah terlalu jemu dari pandangan

Am Em
Sudah tiba masanya ku harus berdiri tanpamu

Dm G C
Menggantikan dengan awan putih yang memutih
Am Dm
Bila aku sudah tiada baru kau kan merasai
Am E Am
Bagaimana oh rasanya kehilangan
E
Chorus

Am F

Aduh sayang aduh kasih
C G
Aku dah bosan dengan caramu
Am F
Aduh usah aduh engkau
C G
Cuba kembali pada diriku
Dm
Kerna aku dah tahu
Am
Apa yang kau lakukan
Dm
Kerna aku tahu
F E
Kita tak sehaluan
Am Em
Walaupun ku tahu kan separuh mati merindui kamu

Dm G C
Namun harus ku cuba ‘tuk melupakan dia
A Dm
Tangani semua ini dengan akal fikiranku
Am E Am
Biar engkau kan tahu ku tak cintamu
Ulang Chorus

Tuesday, 13 May 2014

Demi Lovato - Let It Go Lyrics (Frozen movie)


Let it go, let it go
Can't hold it back anymore
Let it go, let it go
Turn my back and slam the door

The snow glows white on the mountain tonight,
Not a footprint to be seen.
A kingdom of isolation and it looks like I'm the queen.
The wind is howling like this swirling storm inside.
Couldn't keep it in, Heaven knows I tried.

Don't let them in, don't let them see,
Be the good girl you always have to be.
Conceal, don't feel, don't let them know.
Well, now they know.

Let it go, let it go
Can't hold it back anymore
Let it go, let it go
Turn my back and slam the door
And here I stand and here I'll stay
Let it go, let it go
The cold never bothered me anyway

It's funny how some distance makes everything seem small
And the fears that once controlled me can't get to me at all.
Up here in the cold thin air I finally can breathe.
I know I left a life behind but I'm too relieved to grieve.

Let it go, let it go
Can't hold it back anymore
Let it go, let it go
Turn my back and slam the door
And here I stand, and here I'll stay
Let it go, let it go
The cold never bothered me anyway

Standing frozen
In the life I've chosen.
You won't find me.
The past is all behind me
Buried in the snow.

Let it go, let it go
Can't hold it back anymore
Let it go, let it go
Turn my back and slam the door
And here I stand, and here I'll stay
Let it go, let it go
The cold never bothered me anyway, yeah, whoa
(Na na, na na, na na na na) [4x]
Let it go yeah
Na, na.
Here I stand.
Let it go, let it go, oh
Let it go.

********************************************************************

More English Songs Lyrics
More Malay Songs Lyrics

More Indonesia Songs Lyrics