Followers

Wednesday, 18 September 2013

Susahnya nak dapatkan earning dari Nuffnang!!

Assalamualaikum dan selamat petang..

Hari ni saya nak bercerita lagi tentang Nuffnang, iaitu sebuah syarikat pengiklanan yang boleh mendatangkan income sampingan kepada blogger. Sebelum ni saya dah terangkan serba sedikit tentang Nuffnang ni dalam entry Hilang sudah status GlitteratiNuffnang dan status Glitterati dan Blogging adalah hobi yang bermanfaat.

So, tak payah lah saya cerita panjang lebar lagi kan..kalau ada yang tak tau Nuffnang ni apa, sila la baca kat entry yang saya dah link kat atas tu ye..

Dah lebih kurang sebulan saya join Nuffnang ni..mula-mula saya add 2 blog saya..saja nak test betul ke boleh dapat income kan..setiap hari isnin account kita dengan Nuffnang akan di update, so saya pun tunggu jela isnin berikutnya selepas saya join tu..


Setakat ni saya cuma dapat 2 kali je..tu pun sikit sangat..boleh buat beli gula-gula je..tengoklah gambar kat atas tu..kesian kan?? Kalau korang cari blog tu memang tak jumpa dah sebab saya dah remove diatas sebab-sebab tertentu..lepas 2 minggu pertama dapat income tu, saya dah tak dapat income lagi sampai lah sekarang ni..Susahnya lah nak dapatkan earning dari Nuffnang ni!!


2 comments: