Followers

Sunday, 1 September 2013

Resepi Char Kuey Teow Penang

resepi, char, kuey, teow, penang, sedap, masakan, melayu, malaysia


1) Bahan-bahan untuk paste :-

200 g udang
250 ml air
4 ulas bawang putih diketuk
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ikan bilis
2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula

2) Bahan-bahan untuk kuey teow :-

200 g kuey teow @ secekak unruk seorang makan
1 sudu besar cili kisar
kerang
taugeh
daun kucai
1 biji telur

3) Cara penyediaan paste :-

1. Rebus udang separuh masak. Asingkan kulit dan kepala. ketepikan isi,
2. Kisar kepala dan kulit udang bersama air rebusan, tapis dan ambil stok.
3. Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam, gula dan kiub ikan bilis.
4. Reneh bahan paste hingga agak pekat. Simpan dalam peti untuk tahan lebih lama.

4) Cara memasak kuey teow :-

1. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan 4 sudu besar paste.
2. Masukkan udang dan kerang yang telah direbus.
3. Masukkan setengah cawan air. Bila kuah mendidih masukkan kuey teow, daun kucai dan taugeh.
4. Pecahkan telur, kacau dan boleh diangkat.

**********************************************

Lain-lain resepi :-
1. Sambal Tempoyak Petai
2. Udang Masak Sambal Cili Padi
3. Ikan Keli Bakar dan Kerabu Mempelam Telur
4. Ikan Siakap Steam Cuka
5. Rendang Daging Minang (Cili Padi)
6. Paceri Terung

No comments:

Post a Comment