Followers

Sunday, 8 September 2013

Bagaimana Lelaki Hadapi PUTUS CINTA

bagaimana, lelaki, hadapi, putus, cinta, ego, kecewa, bahagia, kahwin, nikah, wanita, perempuan


Setiap pasangan yang sedang bercinta pasti mengimpikan sebuah hubungan yang berkekalan dan ingin mengakhirinya ke jenjang pelamin. Tapi tak semua yang diimpikan itu menjadi kenyataan kerana tak semestinya yang indah itu milik kita. Setiap perkara yang berlaku telah pun tersurat dan sebagai insan biasa kita harus menerima hakikat bahawa percintaan semalam yang begitu mengasyikkan kini telah terputus dipertengahan jalan.

Bagi kaum wanita, mungkin episod duka putus cinta dengan teman lelaki begitu memeritkan. Setelah ditinggalkan ataupun menyedari hubungan sudah tidak serasi lagi, mungkin ada sesetengah wanita yang hilang semangat untuk meneruskan kehidupan mereka dan hari-hari mereka mungkin hanya ditemani oleh titisan air mata kecewa dan tangisan yang tak berkesudahan. Tapi bagaimana pula lelaki? Bagaimana mereka menangani dan mengawal perasaan mereka setelah menghadapi cinta yang tak kesampaian?

1. Tidak pernah rasa simpati

Ego yang tinggi menjadikan lelaki tidak mempunyai rasa simpati pada diri mereka sendiri. Sekiranya hubungan cinta bersama wanita yang disayanginya berakhir, mereka tidak terbawa-bawa dan kebiasaannya rutin harian mereka akan berjalan lancar seperti biasa.

2. Bukan masalah utama

Kebanyakan lelaki melihat masalah utama mereka adalah bagaimana cara untuk meneruskan kehidupan dan bagaimana untuk meningkatkan prestasi kerjaya mereka walaupun hubungan cinta sudah berakhir. Namun sebaliknya wanita pula menganggap cinta dan pasangannya adalah segala-segalanya sehingga kadangkala perpisahan menjadikan mereka semakin mundur dalam kerjaya mahupun dalam kehidupan seharian.

3. Tiada teman wanita tak mengapa

Mungkin tak ramai lelaki seperti ini namun ada kalangan mereka yang menganggap mempunyai teman wanita adalah satu bonus kepada mereka. Maksudnya mereka tidak terlalu memikirkan tentang keperluan mempunyai teman wanita pada usia muda. Namun pada wanita adalah sebaliknya. Wanita menjadikan hubungan bersama lelaki itu satu kemestian. Jika tiada, hidup mereka terasa tidak sempurna.

4. Isi masa lapang

Perkara sudah berlaku, buat apa dikenang lagi. Kebiasaannya lelaki melihat hubungan cinta yang terlerai lebih-lebih lagi jika bukan berpunca dari diri mereka adalah sebagai perkara silam. Jadi, adalah tidak perlu jika hidup terus dibayangi masa lalu. Mungkin ada sedikit rasa kecewa dalam hati mereka, namun mereka bijak menguruskan perasaan mereka dengan mengisi masa lapang dengan hobi yang mereka minati.

5. Tanggapan positif

Kebanyakan lelaki yang putus cinta mempunyai tanggapan bahawa bekas teman wanitanya tidak sesuai dengan mereka dan mereka yakin akan ada wanita yang lebih baik untuk mereka di masa akan datang. Jadi, tak perlu untuk merumitkan keadaan dengan memikirkan sebab-sebab mengapa perpisahan berlaku sedangkan banyak lagi pilihan yang ada didepan mata mereka. Dalam soal ini, mereka menganggap bahawa bekas teman wanitanya tidak pandai menjaga hatinya dan tidak pandai memanjakannya.

6. Ego akui rasa kecewa

Kebanyakan lelaki berani bersumpah bahawa mereka tidak kecewa dengan perpisahan yang berlaku padahal mereka sebenarnya rasa sedih dan terluka. Namun kerana ego yang tinggi, mereka tidak mahu dillihat begitu kecewa dan tindakan yang seumpama itu boleh memalukan dan menjatuhkan air muka mereka.

7. Tidak mudah menangis

Kerana sifat ego yang sebati dalam diri lelaki, mereka tidak mudah untuk menangis lagi-lagi untuk meratapi sebuah perpisahan. Bagi mereka, satu pergi 10 mari.

*************************************************
Artikel lain yang menarik:-

Tanda-tanda awal kanser payudara
Doa untuk kekasih
Minat Bola? Dapatkan Jersey Pasukan Bola Sepak Kegemaran anda Sekarang!!
Surah amalan ketika mengandung
Barut bayi 100% kain kapas (cotton)
Tudung bawal bunga dengan harga yang murah
Betul ke lelaki menyampah tengok perempuan selekeh?
Perempuan benci lelaki merokok!!

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

No comments:

Post a Comment