Followers

Tuesday, 27 August 2013

Tip-tip Temuduga


Sebelum menghadiri temuduga calon-calon mestilah:-

  • Selidik profail syarikat/jabatan, jawatan atau bidang tugas yang dipohon.
  •  Ini merupakan soalan-soalan asas yang lazim disoal oleh panel temuduga. Kegagalan menjawabnya menunjukkan seolah-olah calon tidak membuat persediaan yang rapi.
  • Pastikan sijil-sijil asas dan salinan pendua sijil serta resume disediakan. Pastikan sijil-sijil disusun mengikut keutamaan jawatan yang dipohon.
  • Cuba dapatkan nama / gelaran panel temuduga.

Di awal temuduga

  • Beri salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga;
  • Mendengar dan menjawab soalan dengan betul;
  • Mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi;
  •  Bersikap tenang dan tidak gementar;
  • Jangan menguasai sesi temuduga;
  •  Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau berbanyak cakap;
  • Jangan cerita masalah peribadi seperti urusan rumahtangga, kesihatan diri atau masalah kewangan;
  • Jangan bertengkar dengan panel temuduga. Sekiranya calon tidak bersetuju dengan pandangan yang diberi oleh panel temuduga, berilah pandangan lain secara berhemah;
  •  Jangan mengkritik bekas majikan anda atau mana-mana pihak lain;
  • Jangan mengunyah gula getah atau makan gula-gula semasa temuduga;
  • Jangan menunjukkan ‘silent’ protes jika lambat dipanggil panel temuduga.

Di akhir temuduga

  • Biarkan panel temuduga menamatkan sesi temuduga
  • Apabila sesi temudunga tamat, berilah ucapan terima kasih kepada panel temuduga kerana meluangkan masa dengan anda;
  • Sebaik saja sesi temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun;
  • Pastikan barang-barang milik anda tidak tertinggal.
Larangan Temuduga

Perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa temuduga
-        
  •             Jawapan secara bersahaja “A’ah” dan sebagainya : Ianya menunjukkan calon tidak sopan dan tidak mempunyai kesungguhan.
  •       Bercakap terlalu perlahan atau terlalu kuat : Sekiranya calon bercakap terlalu perlahan, panel temuduga mungkin gagal mendenganr apa yang cuba disampaikan oleh calon dan menunjukkan seolao-olah calon tiada keyakinan diri. Sekiranya calon bercakap terlalu kuat, ia boleh menggambarkan sikap calon yang kasar dan biadap.
  •       Melakukan perbuatan-perbuatan yang mengganggu tumpuan panel temuduga : Perbuatan-perbuatan seperti memegang muka, mulut, mengeliat, menggeleng-gelengkan kepala, mengusik-usik rambut, bermain dengan pen atau pensil menunjukkan seolah-olah calon kurang bersedia, tidak yakin dan ianya juga tidak sopan di mata panel temuduga.
  •             Mengunyah gula-gula getah / makan gula-gula : Perbuatan ini adalah tidak sopan dan boleh mengganggu kelancaran percakapan calon semasa sesi temuduga
  •            Menggoyangkan kaki dan bersilang kaki : Perbuatan ini adalah tidak sopan.
  •            Menggunakan “slang” ketika menjawab soalan : Perbuatan ini tidak sopan. Selain itu, sekiranya calon menggunakan ‘slang’ ketika menjawab soalan dibimbangi panel temuduga tidak memahami dan tersalah tafsir apa yang diperkatakan oleh calon.
  •       Menyebut atau memanggil nama panel temuduga tanpa menggunakan gelaran yang sepatutnya : Perbuatan ini dianggap tidak menghormati panel temuduga dan tidak sopan.
  •        Memotong percakapan panel temuduga : Perbuatan ini dianggap tidak menghormati panel temuduga dan tidak sopan.



Sumber : Harian Metro (6hb Januari 2011)

No comments:

Post a Comment