Followers

Monday, 19 August 2013

Sepetang di Mini Kota Paris...

Assalamualaikum..

berjaya, hills, resorts, bentong, pahang, bukit, tinggi, tempat, peranginan, tourism, malaysia, menarik, kampung, tema, perancis
Kalau sebut je Paris, apa yang korang terfikir? haaa...mesti sama kan apa yang kita bayangkan sekarang ni..dah tentu la bangunan menara pencakar langit tak lain tak bukan Eiffel Tower tu kan..Kalau korang datang kat sini mesti rasa terpegun sekejap dengan keindahan senibina bangunan yang bercirikan kota Paris iaitu kota terbesar di Eropah..

Mini Kota Paris ni sebenarnya bukan lah kat negara France tu tapi tempat ni ada dalam negara kita je..lokasinya terletak di Bukit Tinggi Bentong, Pahang..Nama tempat ni bukanlah Mini Kota Paris tapi Berjaya Hill Resorts dan ia terkenal dengan pemandangan kampung bertemakan perancis..maybe bekas tinggalan zaman penjajah dulu..negara kita ni kan pernah dijajah oleh Belanda dan Portugis so mestilah ada bangunan bersejarah macam Kota A Famosa kat Melaka tu..

Kat sini banyak pelancong asing dari negara Timur Tengah, China, Korea, dan Nigeria..diorang datang satu keluarga melancong kat sini..Walaupun saya ni anak jati Pahang tapi baru pertama kali saya jejakkan kaki kat sini..bagi saya tempat ni memang menarik cuma kawasan dia agak kecil..dalam 1 jam je dah boleh habis melawat..sesuai la untuk buat photo shoot..seriusly nampak macam view kat luar negara tu..udara pun segar je..suhu kat sini sejuk boleh tahan jugak la tapi tak lah sejuk macam kat Cameron Highlands ataupun Genting Highlands tu..selesa la sebab tempat ni berada di tengah-tengah hutang simpan negeri Pahang..

berjaya, hills, resorts, bukit, tinggi, bentong, pahang, malaysia, tempat, pelancongan, peranginan, menarik, murah, perancis, senibina, bangunan, lanskap, architecture, menara
Tapi kalau korang datang tu belilah makanan dan minuman kat luar ye sebab barang kat sini memang mahal nak mampus..bayangkan air mineral 500ml tu harganya RM3.00..air tin 100 plus plak  RM6.00..haha..macam mana, ada bran nak beli kat sini?ok la, saya harap korang terhibur dengan entry kali ni..saja bagi inspirasi kat korang yang dah lama tak pergi makan angin tu..datanglah melawat Berjaya Hills resorts kat Bukit Tinggi Bentong, Pahang..saya pasti korang akan rasa berbaloi dengan pemandangan dan suhu kat sini..see you in the next entries..bye..

bejaya, hills, resorts, bukit, tinggi, bentong, pahang, tempat, peranginan, pelancongan, menarik, malaysia, resorts

No comments:

Post a Comment