Followers

Monday, 5 August 2013

Resepi Rendang Daging Cili Padi - Menu Hari Raya 2013

Assalamualaikum...

Seperti yang saya janjikan dalam entry sebelum ini, hari ini saya ingin berkongsi satu resepi yang sangat sinonim dengan hari raya puasa iaitu rendang daging cili padi.

Bahan-bahan:-

1kg daging
3 biji bawang besar *
6 ulas bawang putih *
1 inci halia *
2 inci lengkuas *
5 batang serai *
2 keping asam keping
kunyit hidup (secukupnya) *
30 biji cili padi *
santan (1 1/2 biji kelapa)
3 sudu kerisik
garam secukup rasa
2 helai daun kunyit (dihiris halus - sebagai hiasan)

Cara-cara memasak:-

1. Kisar semua bahan yang bertanda (*).
2. Masukkan bahan kisar, daging, santan, kerisik, garam dan asam ke dalam kuali. Masak sehingga naik minyak.
3. Taburkan daun kunyit dan gaul rata.
4. Sedia untuk dihidangkan bersama ketupat dan nasi himpit.

Terima kasih kerana sudi membaca dan selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment