Followers

Wednesday, 28 August 2013

Resepi Paceri Terung

resepi, paceri, terung,  menu, harian, masakan, melayu, malaysia

Assalamualaikum..

Semalam pergi pasaraya ternampak terung panjang, terus je teringin nak makan paceri terung. Nak buat nye tak lah susah sangat pun, macam masak kari je..tapi sukatan kena betul la..first time saya masak hari tu tak jadi paceri pun..paceri kan kuah dia pekat tapi yang saya buat tu kemain banyak kuah dia dan rasanya memang  sebiji macam rasa kari..hihi..masa tu konon-konon nye nak test skill memasak da power ke belum, last-last hampa..(bukan hampa macam lagu To'ki yang jiwang karat tu ye.. :P)

Ok la, malas nak membebel panjang-panjang malam ni, lets check it out the resepi of paceri terung and the way to cook the best paceri terung in the universe..hehe..

Bahan-bahan :-

8 biji terung panjang (di belah dua dari bawah, bukan dari tangkai ye..)
* 1 labu bawang besar
* 2 ulas bawang putih
* 1 inci halia (saiz besar)
700 ml santan ( 1 biji kelapa)
4 sudu besar serbuk kari daging Babas
* 2 keping kulit kayu manis
4 sudu besar kerisik (kelapa goreng yang ditumbuk halus)
8 sudu besar gula
garam sekucup rasa
minyak masak secukupnya untuk menumis

Cara-cara :-

1.Hiris bahan yang bertanda (*).
2.Tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan semua bahan yang bertanda (*), kemudian tumis sehingga sedikit garing.
3. Masukkan serbuk kari yang dilarutkan dalam sedikit air dan tumis sehingga naik minyak.
4. Masukkan terung, santan, kerisik dan garam. Bila terung nampak layu dan kuahnya menjadi pekat, tambahkan gula.

Then, rasa la sedap ke tak..kalau sedap...taaaraaa..da siap pun masak paceri terung..senang je kan..kan kan kan..Ok la ye..thank you for reading my entry..bye..

*****************************************************

Lain-lain resepi :-
1. Sambal Tempoyak Petai
2. Udang Masak Sambal Cili Padi
3. Ikan Keli Bakar dan Kerabu Mempelam Telur
4. Ikan Siakap Steam Cuka
5. Rendang Daging Minang (Cili Padi)

No comments:

Post a Comment