Followers

Monday, 12 August 2013

Resepi : Ikan Siakap Steam Cuka

 


Assalamualaikum..

Hari ini dah pun 5 hari kita beraya..cepat je masa berlalu..sebenarnya hari ni plan nak pergi kelantan sebab ada kawan kahwin tapi tak boleh nak pergi atas sebab2 tertentu..so hari ni melepaslah nak makan nasi minyak raja sehari tp nak buat mcm mana kan dah tak ada rezeki..insyaallah nanti 31hb Ogos ni dapat la makan lauk kenduri, pengantin 4 pulak tu..kenduri kahwin anak saudara kat Felda Chini 1, Pahang..nak ikut?jom la..hehe..

Tengahari tadi tak tau nak masak apa..selongkar peti ais jumpa ikan siakap..apa lagi buat siakap steam cuka la..lauk favorite ni..hehe..mesti korang terliur kan?kalau mcm tu apa kata korang masak ikut resepi yg saya nak share ni..lepas rasa sekali confirm nak makan berkali-kali itu pun kalau tekak korang sihat mcm tekak saya ni..kalau rasa tak sedap msti ada something wrong dgn tekak korang..hahaha..jgn ambil hati la ye, saya gurau je..ok la saya tak nak buang korang lagi, kat bawah ni resepi ikan siakap steam cuka ye..so, teruskan membaca... :)

Resepi Ikan Siakap Steam Cuka

Bahan-bahan:-

1 ekor ikan siakap
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
6 sudu sos tiram
3 sudu cuka
garam secukupnya
100 ml air

Cara-cara memasak:-

1. Kisar semua bahan (kecuali ikan).
2. Masukkan ikan siakap dalam loyang dan tuangkan semua bahan kisar.
3. kukus selama 15 minit, hiaskan mengikut kreativiti masing-masing.

2 comments:

  1. Replies
    1. Memang sedap sangat2 pun..selamat hari raya juga Mala ye.. :)

      Delete