Followers

Monday, 12 August 2013

Perniagaan : Daging habis dalam masa dua jam



Kuantan - Hanya dalam masa dua jam, daging sembelihan dua ekor lembu yang dijual seorang peniaga, Mohd Mazlan Mohd Daud, 39, di pasar tani, disini, habis terjual, menyebabkan ramai pelanggan terpaksa pulang hampa.

Mohd Mazlan berkata, memang menjadi kebiasaan musim perayaan terutama pada minggu pertama Syawal, permintaan orang ramai terhadap daging sangat menggalakkan.

Menurutnya, walaupun mendapat permintaan tinggi, dia hanya memulakan perniagaan menjual daging pada hari raya ketiga.

Dalam tempoh seminggu Syawal keadaan memang seperti ini dan berpusu-pusu orang datang membeli daging.

"Letak sebanyak manapun memang cepat habis kerana tidak banyak peniaga memulakan perniagaan," katanya.

Mohd Mazlan berkata, ketika ini pelanggan sukar mendapatkan ikan dan ayam kerana tidak ramai yang berniaga, oleh itu mereka akan memilih daging yang mudah didapati.

Permintaan tinggi terhadap daging juga disebabkan ramai yang membuat rumah terbuka," katanya.

Kata Mohd Mazlan, keluarganya memulakan perniagaan menjual daging sejak 10 tahun lalu.

"Paling mendapat permintaan ialah beberapa hari sebelum raya dan minggu pertama Aidilfitri.

Sehari sebelum raya, daging sembelihan daripada 14 ekor lembu habis terjual," katanya.

Mohd Mazlan menjual daging pada harga RM23 hingga RM24 sekilogram.

Sumber : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment