Followers

Tuesday, 20 August 2013

Perempuan Benci Lelaki Merokok!!

Kenapa lelaki suka sangat hisap rokok? Tak boleh buang ke tabiat merokok tu? Hisap pulak kat merata-rata tempat dan asap yang berkepul-kepul tu suka-suka hati je nak hempus kat mana-mana tak tengok kiri kanan dah..Geram betul lah aku kalau terpaksa hidu asap rokok korang tu..

Memanglah korang rasa sedap, tapi kitorang ni yang terpaksa hidu udara yang korang cemarkan tu dapat apa? Free free je dapat macam-macam penyakit akibat terpaksa sedut bahan toxic yang ada dalam sebatang rokok yang dikalikan dengan berapa buah kontena dalam masa 1 hari tu.. Cuba bayangkan berapa banyak asap dan berapa kali pencemaran udara yang korang buat dalam masa satu hari..

Korang lah punca masalah Green House Gases (GHGs), global warming yang menyebabkan suhu sentiasa naik sepanjang masa tu (Kalau dulu masa belajar subjek Geografi masa form 2, tahun2002 dalam buku tu ada tulis suhu kat Garisan Khatuliswa ni adalah panas dan lembab sepanjang tahun..tapi sekarang ni aku rasa buku tu da tak boleh buat rujukan lagi sebab suhu kat Malaysia ni adalah tersangatlah panas dan sentiasa akan panas lagi..So,buku tu aku rasa aku nak buat bungkus nasi lemak je sebab nak bakar tak boleh kan..nanti korang cakap aku pun sama je cemarkan udara jugak kan..kan kan kan kan..hehe..) pastu masalah lapisan ozone yang semakin hari semakin menipis sampai berlubang tu..haaa, korangla yang buat semua tu..korang tak rasa bersalah ke??

Aku rasa patut ada satu tempat khas untuk merokok dan buat sign board besar-besar 'Just For Guys to Smoke' barulah hati perempuan ni rasa tenteram sikit..Kalau korang nak tau sebenarnya perempuan ni benci betul kalau berkawan dengan lelaki yang kategori perokok tegar ni..nak sound direct tak best la kan..So, sekarang aku tolong sound korang bagi pihak diri aku sendiri dan juga perempuan2 yang kat luar sana tu..Berbalik pada cerita tempat khas untuk merokok tu kalau boleh tempat tu khas untuk para-para lelaki jela..pompuan tak payah nak mengada-ngada pergi join ye!!

Sekian untuk bebelan kali ni..bye..


No comments:

Post a Comment