Followers

Saturday, 31 August 2013

Manusia dan Perasaan Dengki..

Assalamualaikum semua..

Hari ni saya nak bercerita tentang manusia dan perasaan dengki yang ada dalam hati masing-masing. Sebagai manusia biasa kita pasti tidak akan terlepas dari rasa tersinggung dan kecil hati bila kata-kata kesat dan sindiran sengaja ditujukan untuk kita. Kata-kata tu mungkin tak disengajakan, tapi sebagai manusia yang dianugerahkan akal yang sempurna oleh Allah S.W.T, cubalah kita berfikir sejenak bila nak bercakap sesuatu perkara tu tambah-tambah di khalayak ramai. Cuba renungkan kembali, adakah kata-kata tu sesuai diucapkan, dan kenapa perlu dibicarakan? Adakah ianya membawa kebaikan?

Dulu masa kecik-kecik mak saya selalu cakap Nabi Muhammad S.A.W berpesan dalam satu hadis yang lebih kurang maksudnya begini, 'diam lebih baik daripada berkata-kata, jika kata-kata tersebut tidak berfaedah'.

Sebenarnya saya ada tersinggung dengan seseorang yang sangat dekat dengan saya. Walaupun darah daging tu sama, tapi bila ada rasa dengki saudara sendiri pun mesti akan jadi musuh lagi-lagi bila perkara tu ada kaitan dengan duit. Tapi tak apalah, saya maafkan semua kesalahan mereka yang pernah menyakiti hati saya sama ada secara sengaja mahupun tidak. Saya percaya, bila kita maafkan orang tentu hati kita akan rasa tenang dan gembira..


No comments:

Post a Comment