Followers

Wednesday, 14 August 2013

Kenapa Pendatang Asing Terlalu Ramai di Malaysia?

Salam semua..

Hari ni mood saya tiba-tiba nak tulis pasal kenapa pendatang asing terlalu ramai di Malaysia. Sebenarnya dah lama saya terfikir tentang isu pendatang asing ni, tapi baru hari ini terasa nak share dengan sapa2 yang sudi singgah kat blog saya ni. Tp apa yang saya tulis ini adalah 100% daripada pemerhatian, pengalaman sendiri, dan pengalaman kawan2 rapat yang banyak berurusan dengan pendatang asing.

Sebenarnya isu ini sensitif sebab ada kaitan dengan pihak berkuasa dan kekebalan pertahanan negara kita. Kalau tersalah tulis mungkin akan menimbulkan kemaharan orang ramai but i just trying to be honest and just wanna share with you guys what is happening in our  beloved country..

Tapi sebelum tu saya nak cerita tentang seorang kenalan saya yang berasal dari Filipina. Saya panggil dia abg Mat, umur dia dalam lingkungan 40-an, nama sebenar saya tak tau..yang pasti agama dia Islam tapi dia biasa-biasa je..still amalkan cara hidup lama dia tapi tak kisahlah sebab tu hak peribadi dia. Mula-mula kenal dia masa dia datang kat rumah kawan dekat Jerantut, Pahang, masa tu kalau tak silap saya tahun 2006. Bagi saya dia tu baik, suka tolong orang, tak sombong, tak kedekut..senang cite dia memang baik hati laaa...Dulu-dulu ada juga pergi jalan-jalan kat KL dengan dia..makan semua dia support siap bagi duit belanja lagi sorang RM50 untuk saya dengan kawan..Dia punya loaded memang tak ingat lah..hidup mewah, duit bersepah..errmmm, korang nak tahu tak apa dia buat smpai boleh jadi kaya raya kat Malaysia ni??Rasanya tak perlu cerita la sebab kerja dia illegal ataupun kerja tu kerja haram lah..tapi saya respect dia sebab dia rajin berusaha dan pandai cari dan rebut peluang yang ada..jangan salah faham, dia tak buat bisnes DADAH ye..

Ok, berbalik pada persoalan kenapa terlalu ramai pendatang asing di Malaysia ni? tak kisah lah PADI ke PATI ke, apa yang saya nampak terlampau ramai pendatang asing dalam Malaysia ini. Kenapa jadi macam ini?pernah tak korang terfikir selama ini?

Sebab yang utama kenapa diorang datang beramai-ramai kat negara kita ni adalah kerana diorang nak kerja. Contoh paling dekat adalah pendatang dari Indonesia, kat sana hidup diorang susah, kerja tak ada, makan pun setakat apa yang ada je..pendapatan diorang cuma bergantung kepada sumber semulajadi..hidup diorang cuma kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..macam tu lah lebih kurang..

Jadi, sebagai negara yang sedang membangun tenaga buruh dari negara miskin sangat-sangat diperlukan sebab kerajaan nak jimatkan kos untuk bayar gaji pekerja..beza antara gaji pekerja tempatan dengan gaji pekerja asing agak jauh beza, jadi kerajaan terpaksa ambil inisiatif ni sebagai jalan penyelesaian kepada masalah buruh dan kos yang terpaksa ditanggung negara..

Tapi tanpa disedari ada masalah lain yang timbul..akibatnya anak tempatan sudah kehilangan pekerjaan..sebenarnya kalau pembangunan dari semua segi iaitu dari segi sosial, politik, dan ekonomi stabil mungkin masalah macam ni tak timbul.

No comments:

Post a Comment