Followers

Thursday, 22 August 2013

Betul ke Lelaki Menyampah Tengok Perempuan Selekeh?

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca. Malam ini saya nak kongsi tentang perspektif lelaki terhadap imej yang ditonjolkan oleh wanita. Lelaki suka mendekati perempuan yang cantik, comel, berpewatakan menarik, kemas dan bersih..korang perasan tak?kenapa ye? dan betul ke lelaki menyampah tengok perempuan yang selekeh?

Masa saya sekolah dulu ada sorang cikgu ini selalu cerita kat dalam kelas pasal pakaian bini dia. Dia selalu merungut kat kitorang bini dia tu selekeh, dan dia bosan sangat bila balik je rumah bini dia mesti pakai kain batik ngan T-Shirt pastu muka pulak selalu tempek bedak sejuk dan rambut serabai ala-ala pontianak harum sundal malam tu..hahaha..kesian betul cikgu tu dapat bini yang selekeh..

Tapi lagi kesian kat kitorang satu kelas sebab terpaksa dengar cerita yang sama je sebagai intro untuk subjek tu..haaa..nampak tak lelaki memang benci perempuan selekeh yang tak pandai jaga penampilan diri..so, renung-renungkan lah ye..

No comments:

Post a Comment